Jumaat, November 06, 2015

Hobi baru - release stress

OK... dah 2 bulan menyepi. Lepas raya tak ada mood nak blogging, dengan pelbagai jenis alasan. Ni tetiba nak letak entry balik. Apakah stress dah mula merasuk? Haih!

OK, ni mungkin salah satu hobi baru yang saya praktikkan di rumah. Rumah kecik sekangkang semut dan tak ada tanah pula tu. Setakat harapkan pasu dan botol mineral yang diubah suai jadi pasu kecik. Mungkin ni hobi baru nak releasekan tension yang ada dalam kepala. Biasalah... keadaan sekitar, sepusat sepusing semuanya boleh mendatangkan stress. Tengok ayat kacau bilau camni pun dah boleh gambarkan tahap stressku ini.

Bina satu taman mini dan tanam hampir beberapa jenis tanaman. Idea datang setelah kejatuhan harga ringgit dan kenaikan kebanyakan pelbagai jenis barangan. Untuk mengurangkan belanja dapur, jadi saya dan house mate bertekad nak try tanam sayur sendiri. Nak try juga tangan panas atau sejuk... kehkehkeh...
Dan ini hasilnya...








Alhamdulillah. Dah dua kali jimatkan perbelanjaan dapur untuk stok sayur. Kebanyakan bekas atau pasu saya gantikan dengan botol mineral 1.5L yang dipotong dua dan ditebuk penutup botol agar dapat memasukkan sumbu. Menjimatkan duit, malah sangat efektif. Cara-cara menanam, saya banyak google untuk tahu lebih lanjut. Banyak je blogger yang suka menanam sebagai hobi ni. Selain tu saya join grup di FB.

Sabtu, Oktober 24, 2015

Bridge of Spies

Hari ni dating dengan Housemate. Kami decide nak tengok wayang lakonan pelakon kegemarannya, Tom Hanks. (I pun dah terjebak suka.)
Tajuknya... Bridge of Spies arahan Steven Spielberg. Movie ini berkisah dari kisah benar era Perang Dingin antara US-Soviet, antara 2 blok politik. Mengisahkan pertukaran 2 warga Amerika yg tertangkap di USSr dengan seorang pengintip KGB.
Pada tahun 1957, di Brooklyn, US seorang pengintip KGB Soviet, Rudolph Abel telah ditahan di bilik tumpangannya kerana didapati melakukan kerja-kerja pengintipan.
James B. Donovan pula merupakan peguam insurans yang telah diminta oleh rakan kongsinya untuk mengambil kes Abel sebagai peguam pembela. Dia telah bertemu Abel dan Abel sendiri bersetuju Donovan menjadi peguamnya tetapi awal-awal lagi Abel dengan tegas tidak akan sesekali memberi maklumat kepada kerajaan US.

Donovan bekerja dengan sebaik mungkin. Tiada siapa menyangka Donovan benar-benar ingin membela Abel dengan cuba mencari bukti agar Abel dibebaskan. Usaha ini mendapat reaksi kemarahan dari masyarakat Amerika, sehingga keluarganya diancam.
Abel akhirnya didapati bersalah atas kesemua tuduhan namun Donovan berjaya meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun berbanding hukuman asal iaitu hukuman mati dan mungkin juga Abel berguna untuk Amerika untuk sesuatu yg boleh ditawarkan kepada USSR jika ada tahanan Amerika yg ditawan di Soviet.
Dalam masa yg sama, Francis Gary Power, juruterbang pesawat pengintip U-2, US telah ditangkap setelah pesawatnya ditembak jatuh oleh pihak USSR di kawasan Soviet. Dia telah disabitkan kesalahan dan disoal-siasat.
Manakala Frederic Pryor, seorang graduan jurusan ekonomi warga Amerika telah melawat teman wanitanya di Berlin Timur, betul-betul bersebelahan dengan tembok Berlin yang sedang dibina. Dia cuba membawa teman wanitanya ke Berlin Barat, tetapi tidak berjaya. Dia ditahan dan dituduh sebagai pengintip.
USSR telah menghantar mesej 'back channel' kepada Donovan, melalui sepucuk surat dari 'keluarga' Abel, yang telah mencadangkan penukaran tahanan; Abel untuk Powers. CIA bersetuju dan menghantar Donovan sebagai wakil awam untuk berunding dengan pihak USSR di Berlin. Apabila mendengar tentang kisah Pryor, Donovan menegaskan bahawa dia ingin Powers & Pryor sebagai penukaran kepada Abel.


Begitulah kisah Bridge of Spies. Lakonan Tom Hanks ni memang banyak buat kita berfikir. Bukan untuk tontonan nak habiskan waktu senggang. Berbaloi bagi sesiapa yang sukakan cerita sedikit berat macam ni.

Bila tengok cerita ni, kepala berfikir... orang dulu-dulu walaupun berperang, masih ada tolak ansur di situ. Kalau nak bandingkan sekarang... nyawa rasanya terlalu murah. Dulu pun memang ada yang kejam... Kalau tengok dalam filem ni, hati rasa disayat ja bila tengok orang awam kena tembak ketika ingin memanjat tembok nak ke Berlin Barat. Tapi dalam waktu yang sama masih ada tolak ansur di situ... di mana Donovan masih selamat masuk berunding ke Berlin Timur walaupun dia hanya pergi bersendirian dan dalam perjalanan diperas oleh samseng dan kotnya sebagai galang-ganti.

OK. Ni review filem sebab dah lama sangat tak tonton filem. Thums up untuk lakonan Tom Hanks dan pengintip yang bernama Abel. Sebelum ni ada filem yg ditonton tapi rasa tak berbaloi nak buat review.. Hahaha.. Till then.

Rabu, Julai 15, 2015

Salam Aidil Fitri


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 
kepada seluruh pembaca blog ni sejak sekian lama.
Berhati-hati di jalan raya ok!


Rabu, Jun 10, 2015

Planning before Ramadhan.


We've few days to enter Ramadhan. For this Ramadhan I've mission to finish Quran and to fulfill Ramadhan with Ibadah. This year I hope my mission will accomplish. 
For all my friends, forgive me If I'm doing wrong either realize it or not. I hope this Ramadhan will be better than last year for me and will give me something. Ameen... :)

Ahad, Mei 24, 2015

Filem Spy



Sempat menonton filem ni semalam. Dah lama tak nonton wayang sama-sama housemate. Bersempena hari lahirnya, maka boleh redeem tiket wayang dengan pihak panggung. Zaman-zaman semua nak pakai duit ni, maka beruntunglah rasa bila dapat redeem tiket free.

OK, semalam disebabkan pada mulanya nak tengok filem Avengers, tapi penuh la pula panggungnya. Jadi, pilih untuk tengok SPY ni. Tak tengok pun genre apa, pakai pilih je nak isi masa. Dalam otak, mungkin filem berat ala-ala James Bond.  Tapi bila masuk je Melissa McCarthy dalam layar, ternyata sangkaanku meleset sama sekali. Dalam panggung habis dengan gelak ketawa je. Ringan otak rasanya.

Filem ini mungkin parody bagi filem James Bond. Tapi ditambah elemen-elemen komedi dalamnya. Apa yang kita jangka tak semestinya sama. Kalau dah biasa dengan filem Hollywood ni, banyak director yang buat cerita lebih kurang begini. Seseorang yang dari segi fizikalnya kalau ikutkan tak layak nak sertai satu-satu misi, dipilih untuk menjayakan misi. Dan ejen-ejen yang sedia ada kebanyakannya cuba underestimate ejen ini.

Dibintangi oleh Melissa McCarthy, Jason Statham, Jude Law dan ramai lagi. Dalam ni korang boleh tengok Jason Statham dari sisi lain. Selalu berlakon serius, muka ketat je kan... dalam ni pun sama. Cuma dialog-dialog yang dilontarkannya tu memang kelakar. Berlakon sebagai ejen Rick Ford yang menjengkelkan dan kononnya serba tahu.

Tak pandai nak review banyak-banyak, tapi filem ini sangat-sangat direkomen untuk anda tonton. 

p/s: Never underestimated others! :)







Selasa, April 28, 2015

Keep calm and saving money.. :P

OK... hampir sebulan GST terlaksana. Apo nak dikato... bondo dah jadik... Nak tak nak kena tempuh juga. Sebagai pengguna, tertanya-tanya lah juga kaedah komunikasi kerajaan dalam menyampaikan maklumat. Ada maklumat yang tak sampai, dan mengelirukan. Tengok isu top-up jadi la.. Sekejap takde, pastu ada, pastu?? Hmmm... Dan dulu khabarnya GST ni untuk orang kaya je... orang miskin tak kena. Ni rasanya semuanya kena. Hmmm... Tak guna nak mengeluh pun kat sini. Tak ada orang perasan pun. Mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan... Now must start saving!!! Hutang banyak nak kena settle.


Khamis, April 09, 2015

Kuih cara My Style

Dah beberapa hari start buat diet atkins. Tahun lepas pernah cuba buat dalam pertengahan tahun macam tu dan berjaya turun sampai 7kg dalam masa seminggu. Pastu dah cheat berderet-deret. Hehe.. berat naik lagi 4kg. Now ni dah berazam nak kurus balik. Hari ni dah hari ke 5. Doakan istiqomah. Bukan sebab nak cantik, tapi nak kekal sihat. Nak buat kerja pun senang. Tak malas-malas lagi. Nak buat ibadah pun tak terganggu. Nak tahu pasal Diet Atkins ni boleh pergi melawat Pages Kelab Diet Atkins Malaysia (KDAM) kat FB. Macam-macam info ada dalam tu. Tapi kalau nak amal, make sure ada ilmu. Jangan pakai redah je. Nanti silap-silap penyakit yg dapat.
Bila dah diet, mulalah susahnya nak cari benda yang boleh makan. Tambah-tambah lagi untuk sarapan pagi. Godek-godek sana sini, akhirnya cuba resepi ni. Rasanya modify sikit dari grup atkins. So, resepi kat bawah ya. Rasa macam kuih cara berlauk, so letak nama kuih cara. Kehkehkeh...


Kuih Cara My style

Bahan-bahan:

3 biji telur 
1 ulas bawang merah dicincang halus
ayam cincang /daging cincang
serbuk lada hitam 
daun sup atau daun bawang
garam
sesudu minyak untuk menumis
1 keping cheddar cheese
cili (jika suka)

Cara memasak:
1. Tumis bawang bersama minyak. Masukkan serbuk lada hitam ikut selera kepedasan masing-masing.
2. Masukkan ayam cincang/daging. Letak sedikit air supaya ayam masak dengan elok.
3. Letak sedikit garam.
4. Tutup api.
5. Atas pemanggang ajaib, letak acuan yg telah dilenser dengan sedikit minyak agar tak melekat adunan kuih kita tu.
6. Pukul telur dan curah ke dalam acuan. Jangan terlalu penuh, nanti dia overload dari acuan.
7. Letak isi ayam yg telah digoreng tadi, daun sup yg telah dicincang.
8. Bakar atas api dalam 10-15 minit.
9. Bila dah yakin masak, carikkan cheese dan letak si atas kuih yang dah masak.Cheese akan mencair. 
10. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.


Yang tak diet pun boleh cuba resepi ni. Sedap dan mengenyangkan. :) Selamat mencuba!

Sabtu, April 04, 2015

Cili @ Cabai Jeruk


Tengok tajuk ja memang mengejutkan. Sapa-sapa yang kenal daku, dah memang tahu lagi arif bahawasanya daku ini bukanlah pemakan cili @ cabai yg tegar. Jadi, pasti terkejut bila tiba-tiba up resepi ni.
Dari kecik memang tak suka langsung makan cabai ni. Apa-apa jenis cabai pun. Tapi kalau yang dah dimesin jadi pes untuk masak mihun mee tu, makanla. Sambal ikan, dan segala jenis sambal lain memang tak makan. Kalau yang secara zahir masih nampak bentuk cabai, memang tobatlah tak sentuh langsung. Zaman dok asrama dulu adalah juga kena perli sebab tak makan cabai. Bukan Kedah sejati! Kurang 1 nikmat dunia! Cehh... Nak buat macam mana memang tak makan. Mak pun pernah kata, tak makan cabai tu yang nampak muka pucat ja tu. Haha... ada kena mengena? Makan cabai jadi kera yang dalam kartun tu la...berasap telinga.
Jadi sepanjang proses menuju dewasa ni, mula la makan juga sikit-sikit. Mula dari kerabu yang di letak cabai, sampaila pes tom yam letak cabai melaka dan kuah laksa juga. Tapi cabai yang mentah-mentah ni memang tak cuba-cuba nak makan pun. Teruk betoi kan! Mind set tu kuat sangat mengatakan cabai tu pedas berapi, sebab tu tak pernah nak cuba makan.
Tapi kan... semenjak dua ni makan kuey teow goreng depa letak cabai jeruk ni rasa sedap pula. Terbayang-bayang pula kesedapannya. Jadi entah macam mana rajin google cari resepi nak buat cabai jeruk. Boleh check kat bawah resepinya. Bahan-bahannya simple dan proses penyediaan pun mudah sangat.

Bahan-bahan:

- Cili hijau (8 biji)
- Cuka makan 200ml
- Air 200ml
- 3 sudu besar gula.



Cara-cara menyediakan:

1. Potong cili nipis-nipis.
2. Masukkan cuka, gula dan air ke dalam periuk dan masak di atas dapur. Pastikan gula sudah hancur. Jangan sampai didih. Tutup api.
3. Biarkan sedikit sejuk/suam (lebih kurang 70 darjah).
4. Masukkan cili ke dalam periuk. Biarkan sehingga sejuk.
5. Isikan kedalam balang kaca. Simpan dalam peti sejuk.
6. Boleh dimakan keesokan harinya.



Sedap giler makan dengan kuey teow goreng.. hehehe...
Selamat dan halal.

Ahad, Mac 22, 2015

Movie: Cinderella 2015


Sempat menonton Cinderella semasa hari cuti yang lepas. Jadi, wajiblah letak sedikit entry di blog sendiri, walaupun bukan sebuah review menarik untuk orang baca.
Cerita Cinderella ini diilhamkan dari animasi Cinderella oleh Disney pada tahun 1950. Selepas projek Alice in Wonderland oleh Tim Burton berjaya membuahkan hasil yang lumayan, Disney mula mengorak langkah untuk menjadikan Cinderella sebuah filem.
Jalan ceritanya sama seperti cerita Cinderella yang kita pernah dengar bersama dengan sedikit penambahan di mana Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya sebelum pesta tari-menari di Istana, iaitu di dalam hutan ketika sang putera sedang memburu rusa. Ini ada sedikit persamaan dengan cerita Bawang Putih, Bawang Merah versi Malaysia. :)
Dibintangi oleh Lily James sebagai Cinderella, Richard Madden sebagai Prince Charming dan Cate Blanchett sebagai Lady Tremaine (Cinderella's wicked step mother).
Keseluruhan cerita, 3 bintang! (3/5)

Apa yang menarik?
- Costume cantik! Sangat cantik!
- Prop juga cantik, terutama di Istana.
- Ibu tiri lebih menyerlah berbanding Cinderella.

 
 
   





p/s: Sementara masih ditayangkan di pawagam ni, cepat-cepatlah pergi tengok kepada yang kepingin nak berangan seketika dalam dunia fairy tales. Kepingin juga mahu lihat Malay Fairy Tales setanding ini jika difilemkan... tak kisahlah Fairy Tales yg mana... :)

Update: Oppss...lupa nak beritahu... kepada peminat Elsa & Anna, ada short film sebelum tayangan Cinderella bermula... Sweet! 

Sumber gambar: Facebook Pages Cinderella. Trailer: Youtube.




Selasa, Mac 03, 2015

Bila tiba saat itu...

Pernah terfikir? Bila kita tidur...kita tidak bangun-bangun lagi keesokan harinya? Bila dengar lagu ni, automatik terfikir pasal mati. Ya Allah... cukupkah amalanku untuk aku bawa bekal ke sana?

Ahad, Mac 01, 2015

Zumba #10

Hello ladies! Dah masuk March. Azam baru belum buat lagi. Oh, dah kena start nih! Tahun 2015 nak turunkan berat badan. So, dah decide nak start dengan workout dan jaga makan. Memangla adakalanya azam ni ke laut kadang-kadang. Tapi janji lepas dah ke laut kena ke daratan semula la. Supaya tak lupa daratan. Cewah!!

Sekarang ni ada masa je hari cuti atau sebelah pagi sebelum pergi kerja, saya akan cuba buat workout dalam 15-30 minit. Tujuan utama tentulah nak bakar lemak. Kalau dapat buat kardio lagi best! Google di youtube untuk cari workout yang bisa bagi badan berpeluh dan jimatkan masa. Akhirnya jumpa Zumba. Zumba ni ala-ala senamrobik gitu. Kita bergerak ikut irama lagu Latin. Zumba ni menggabungkan semua jenis workout. Kiranya sangatla menjimatkan masa.
Kat bawah ni antara video-video Zumba yang saya ikut di Youtube. Of course pilih yang stepnya simple dan senang nak ingat.
Sebelum Zumba biasanya saya minum teh hijau dulu. Confirm lepas berzumba Uolls berpeluh bagaikan mandi. Itu namanya bermandi peluh. Selamat mencuba! Nanti saya share tip-tip lain ya. :) Doakan istiqomah. Nak turunkan 20kg ni.



Sabtu, Februari 28, 2015

Hari terakhir bulan Februari 2015

Selamat berehat di hari yang indah. Yang kerja, selamat bekerja. Sapa yang sambut birthday 29hb Februari, selamat meningkat umurnya walaupun tahun ni bukan tahun lompat. Syok kan kalau umur meningkat 4 tahun sekali.. kekeke. :D

Sabtu, Februari 21, 2015

Haruman mandian yang best!

OK, ni satu lagi hobi baru. Suka guna shower gel yang pelbagai. Entahla sejak bila bermula hobi ni. Shower gel yang disukai tentunya dari Bodyshop. Kenapa ya? Sebab shower gel Bodyshop ni jenis tak melekit dan tinggal sisa di badan. Seronok pakai. Lepas mandi bau harum setaman.

Setakat ni memang suka barang-barang bath & body dari Bodyshop. Baunya harum dan tak kuat. Saya guna shower gel strawberry dan Olive. Sangat sedap baunya. Macam enak dimakan pula.



Kawan-kawan boleh cuba. Body lotion pun jenis yang tak melekit. Tapi kalau body lotion ni memang suka beli yang botol kecil-kecil je. Cepat habis dan tak boring. Maklumlah jenis yang kalau beli botol besar susah benor nak habiskan, so memang lagi suka beli botol kecil. Sekarang ni boleh beli online dah di sini >> www.thebodyshop.com.my. Memang syok sangat! Bath & Shower gel harga untuk botol medium baru RM29.90. Body lotion botol kecil pula RM21.90. So far itu antara barang-barang Bodyshop yang sedap diguna. Kalau lain-lain produk untuk skin care atau make up memang tak berani try lagi. Takut tak sesuai dengan muka.

Khamis, Januari 29, 2015

Ice Cream Home made.

Aiskrim home made paling mudah sekali dibuat. Dapat resepi dari kakak. So, berkisah dengan housemate buat aiskrim ni. Aiskrim Milo.

Bahan-bahan:

1 tin Susu cair (Krimer sejat)
1/2 tin susu pekat.
1 camca besar Ovalett
1 sudu teh esen vanila
Perasa kesukaan anda (Saya pilih Milo)


Cara-cara membuatnya: -

1.Masukkan semua bahan kecuali Milo ke dalam mixer. Putar selama 20minit, sehingga kembang adunan.


2. Selepas 20 minit, saya slowkan pemutar dan masukkan perasa yang disukai. Putar sekajap dan kemudian, tuang ke dalam bekas untuk disejukbekukan. Masukkan ke dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Dah boleh makan keesokan harinya.

3. Siap!!! Boleh makan. Kalau tak suka manis, boleh kurang kan 1/2 tin kepada 1/4 tin susu pekat.

Selamat mencuba resepi ringkas tapi sedap.

Selasa, Januari 27, 2015

New Resolution


2014 dah hampir separuh resolusi tercapai. So, now we go for 2015.
My 2015 resolution:

1. Siapkan manuskrip yang dah lama terkandas di tengah jalan.
2. Travel as many places as you can.
3.  Nak amalkan pemakanan sihat.
4. Nak buang lemak-lemak tak perlu di badan.
5. Nak amalkan hidup yang sihat.
6. Nak masuk acara larian, at least 1 or 2 event dalam tahun 2015.
7. Nak belajar infak harta.
8. Nak perbaiki amalan-amalan rohani.


Cukuplah lapan. Moga istiqomah. Amin!

Khamis, Januari 15, 2015

Resepi fettuccine carbonara

Ini resepi cincai. Suka hati punya resepi. Tanpa google resepi orang. Cuma berpandukan gerak hati dan ringkasan resepi di tin Prego carbonara. Tak dijamin sedap. Tapi okla untuk tekakku ini.

Bahan-bahan:
1.Bawang besar 1 biji (jenis Holland. Tapi dlm ni guna bawang merah biasa dan didadu)
2. Bawang putih 2 ulas didadu
3. Isi ayam & sosej dipotong nipis.
4. Cendawan tiram. (Tapi better cari cendawan butang lg sesuai.)
5. 1 biji tomato didadu & 2 batang celery di potong nipis.
6. 1 tin carbonara cendawan Prego 
7. Minyak zaitun.
8. Fettuccine 
9. Garam 

Cara membuatnya:

1.Rebus fettuccine. Letak sedikit minyak zaitun dan sedikit garam untuk mengelakkan dari pasta tersebut melekat. Boleh juga gunakan minyak masak biasa.
2. Selepas mendidih dan sudah elok masaknya, tos. Ketepikan.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. 


4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.


5. Cuci ayam dan sosej, masukkan ke dalam kuali. Saya letakkan sedikit air untuk pastikan daging benar-benar masak dan rasa bawang tadi meresap masuk ke dlm ayam.
6. Masukkan pes carbonara cendawan dari Prego. Saya tambah sedikit air untuk mengelakkan terlalu pekat.
7. Boleh tambah sedikit krim cheese jika mahu. Kacau rata. Dibiarkan sehingga mendidih.
8. Setelah mendidih, saya masukkan sayuran yang telah dipotong tadi, tomato, celery dan cendawan.

9. Letakkan garam secukup rasa.
10. Siap dan hidangkan.
Taraaa... Hias sikit dengan olive.

Selamat menikmati.



p/s: Ini entah-entah mungkin yang pertama dan terakhir kali agaknya buat cerita tentang masak. Fuhh... salute giler la blogger memasak yang memang ada skill tangkap gambar lepas siapkan sesuatu bahan. Berpeluh ok nak siapkan bahan pastu ambil gambar. Nak kacau-kacau bawang yang ditumis tanpa hangit, sambil-sambil tu kena ambil gambar. Wow, cayalah para blogger memasak sekalian. :) Anda memang awesome!

Sabtu, Januari 10, 2015

I wish I could...


Oh my... lazy in January...
Otak masih memikir-mikir lagi apa resolusi untuk Tahun 2015. Banyak yg tersasar di Tahun 2014.
Menulis, konon nak keluar novel... hmm... ke laut perginya. Tapi dengan special support ni, harus tahun ni keluar satu novel. Nak habiskan Di Bawah Pohon Rindu hingga ke garis penamat. Half of it! Another half to go. Tengok orang lain keluar novel dah banyak... saya masih merangkak-rangkak. Maaf untuk yang dah lama menunggu. Love u to the moon and back! Cewahhhh...
Doakan.... :D Ready to challenge myself!
Gambate!