Rabu, Julai 29, 2009

Bait-bait lagu…

Ku mencari bayangmu tiada, di langit biru, di lautan api… Kau hilang dan semakin jauh, hujung dunia kita berjumpa… 
              (Cinta Kain Putih- Putra

 (^-^) Adorable person… close to my heart… try to touch my soul… (^_^)


Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Isnin, Julai 27, 2009

Saat persahabatan di duga…



Dalam apa jua jenis relationship di dunia ni harusnya pernah di duga sekali dua. It's not going smooth all the time. Tak kira lah relation between couple, or friends. Ada jer salah faham, prasangka yang bakal timbul tanpa diduga. Kata orang, sehari dua berkenalan kita belum mengenali keseluruhan isi hati dan perut sahabat kita. Salah faham, prasangka, dan pertelingkahan yang berlaku di dalam sebuah relationship menandakan kita sedang mengalami proses dalam mengenali sifat dan tingkah laku sahabat yang rapat dengan kita. Ia merupakan proses normal dalam sebuah relationship yang melibatkan hati dan perasaan. Waktu tu lah baru kita tahu the true color masing-masing punya perangai. Ada yg kuat moody lah. Ada yg mudah sangat kecil hati atas perkara-perkara yang kecil. Dan tak kurang ada yang happy jer manjang. Dalam setiap perhubungan yang melibatkan hati, mesti ada sikap give and take, faham-memahami dan menerima diri sahabat kita seadanya dia. Dengan adanya sifat tolak ansur… sekurang-kurangnya sahabat yang sering moody je manjang tu boleh berubah menjadi kurang moody. Siapa tahu kan! Mengalah tak beerti kita kalah kan. Kalau dengan mengalah kita dapat memperbetulkan keadaan, apa salahnya. Setiap manusia ada egonya yang tersendiri. Terpulang dengan individu masing-masing bagaimana ingin menyesuaikan diri di dalam environment persahabatan itu sendiri.
Dan Riana sedang mengalaminya sendiri hari ini dan di saat ini. Tapi, apa-apapun… pengalaman lalu masih ada untuk kita jadikan panduan dalam meniti setiap permasalahan yang berlaku. Doakan semoga yang baik-baik sahaja ya!
Dalam pada itu waktu google tadi terjumpa lagu ini dan ianya punya bait-bait kata yang memang menyentuh. Just to share it here… Erti Persahabatan.





Erti Persahabatan - DidiCazli

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa... oohhh



Khamis, Julai 23, 2009

Si Dia...

(University tempat Aliya dan Haikal pertama kali bertemu)
Wajah pucat Aliya direnung dengan perasaan sayu. Kerana cinta yang tidak berbalas, gadis ini sanggup memusnahkan diri sendiri. Haikal tidak pernah menyangka sesuatu yang pernah berlaku pada dirinya dahulu kini telah menimpa Aliya.
Haikal melihat tangan Aliya bergerak perlahan. Dia kembali duduk di kerusi dan menyentuh tangan Aliya. Mata Aliya terbuka perlahan-lahan. Haikal tersenyum ke arah Aliya.
"Abang Kal, kenapa Aliya tak mati aja?" Soalan tersebut terpacul dari bibir Aliya. Matanya sudah berkaca semula.
(Petikan dari novel Hadirnya Cinta, 2006



Si dia
Janji berpadu ku berikan
Jangan janji keliru yang jadi
Kenangan

Si dia
Wajahnya umpama rembulan
Yang memancar sinar gemilang
Di alam

Bila
Bulan mengambang di pantai
Ombak
Berderai

Dengan
Itu juga lara datang
Menyerang
Kalbuku

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak ke mana

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak kemana

Rabu, Julai 22, 2009

Rabu, Julai 15, 2009

In a Blues Mood…



Cuaca sekarang ni tak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang jerebu dan tiba-tiba hujan. Tapi tak tahulah kenapa, hujan adalah cuaca yang paling Riana suka. Suasana sejuk dingin waktu hujan tu menusuk ke jiwa. Dan tak tahulah kenapa, kalau dalam suasana hujan yang dingin macam ni, mencurah-curah idea suruh diperturunkan di atas kertas. 
Semalam hujan turun dengan lebatnya sekitar pukul 2.45 ptg. Waktu tu Riana ada meeting ringkas di cafe. Di cafe tersebut ada cermin kaca yang boleh nampak pemandangan di luar. Ya Allah, betapa indahnya suasana waktu tu. Hati dah ke lain waktu tu walaupun sedang berada dalam meeting. Haha. Sempat juga menjeling sepasang kekasih atau suami isteri (Riana pun x berapa pasti) yang sedang merenung rintik-rintik halus di cermin kaca, cafe tersebut. Romantiknya! ;)

Selasa, Julai 14, 2009

Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku…

Jula Juli Bintang Tujuh…


Hehe… kenyataan di atas sengaja dibuat tanpa tujuan. Pening sebenarnya memikirkan manuskrip yang tak bergerak-gerak. Cemburu juga rasanya bila baca blog penulis-penulis lain begitu gigih berjuang dengan manuskrip masing-masing. Ada yang sudah siap dan sedia dihantar untuk tatapan penerbit. Riana? Masih bergelut dengan masa yang makin lama makin menghimpit diri. Kalau boleh minta sehari ada 48jam, mahu saja Riana berbuat begitu. Huhu… sungguh tidak bersyukur kan! Astaghfirullah…


'Ini kisah saya yang panjang. Saya tidak tahu kali ini entah kali ke berapa saya jatuh cinta lagi. Jatuh cinta dipandang indah jika berbalas. Sebaliknya bagi saya. Masuk kali ini sudah tiga kali cinta saya ditolak. Saya tidak tahu apa salah saya. Rupa paras saya sempurna… saya tidak mengalami sebarang kecacatan. Saya sempurna sebagai seorang wanita. Saya juga tidak tahu kenapa saya ditakdirkan Tuhan jatuh cinta pada lelaki… dan akhirnya dikecewakan. Cinta saya cinta sehala… cinta yang tidak berbalas. 
Pertama kali saya jatuh cinta ketika zaman anak sekolah lagi. Cinta pertama itu saya pendam sendiri kerana berasa rendah diri. Saya hanya orang kebanyakan sedangkan orang yang saya suka itu dari golongan berdarjat. Tidak berani meluahkan rasa hati, saya mengambil jalan berkawan dengannya seperti biasa. Saya bertuah kerana dia menerima saya sebagai seorang kawan seadanya. Dia lelaki yang sangat baik. Dia lelaki biasa-biasa saja bagi pandangan orang lain. Tetapi tidak bagi saya. Dia cukup kacak dan baik. Saya menyukainya kerana karisma yang ada pada dirinya. Dia mempunyai ciri-ciri pemimpin di kalangan teman-teman. Itu yang membuat dia istimewa di mata saya. Saya tidak peduli apa yang orang lain pandang pada dia. Dia istimewa dan bagi saya satu sumber inspirasi. Namun malangnya… hati si dia sudah dimiliki oleh gadis yang cukup menawan lagi ayu. Hati saya hancur luluh sendiri. Kerana dia cinta pertama saya, maka kelukaan di hati saya amat parah untuk dirawat. Hanya kata nasihat teman-teman dan pujukan dari diri sendiri yang mungkin dapat mengurangkan sedikit tekanan dalam diri. Dia yang pertama ini hilang ditelan waktu-waktu remaja yang melukakan.
Si dia yang kedua… hadir setelah sekian lama diri menutup pintu hati dari cinta. Elok gelar si dia sebagai Mr. A. Mr. A juga merupakan cinta sehala bagi saya. Saya meminati Mr. A kerana dia mempunyai ciri-ciri seperti si dia yang pertama. Dia mempunyai cukup ramai peminat fanatic dan juga tidak. Saya mungkin berada di golongan yang tengah-tengah. Tidak terlalu fanatic. Namun sampai satu ketika, entah kuasa apa yang mendorong saya untuk menyuarakan rasa hati saya pada Mr. A. Dia terkejut, namun tidak pernah menolak kehadiran saya. Sikap gentleman nya ini menambahkan lagi rasa suka saya padanya. Tidak pernah berkurang walau sedikit. Dia amat memahami dan melayan saya seadanya. Dia membuat saya berasa diri saya cukup bertuah menjadi seorang wanita. Bersama dengan Mr. A, buat pertama kalinya saya diserang peminat fanatiknya di khalayak ramai. Saya malu, namun tidak mahu maruah diri saya diceroboh sesuka hati, lalu saya membalas kata-kata wanita tersebut. Saya tidak mahu dilihat menang di antara mata-mata yang melihat. Cukuplah sekadar maruah diri saya terbela. Siapa lagi yang harus menjaga maruah diri saya, melainkan diri saya sendiri. Semasa kejadian tersebut, Mr. A tidak berada di tempat kejadian. Selepas kejadian tersebut, saya menerima panggilan telefon dari Mr. A yang memohon maaf bagi pihak wanita yang menyerang saya itu. Katanya, jangan dihiraukan kata-kata wanita tersebut. Biarlah antara kita saja yang tahu apa yang berlaku dalam hati kita. Panggilan dari Mr. A membuatkan semangat saya berkobar-kobar semula. Jika ketika itu saya terluka di jari, pastinya luka tersebut tidak terasa sakitnya. Perhubungan hati di antara kami berpanjangan… namun masa tidak menyebelahi kami... Perhubungan tersebut hilang begitu saja bila masing-masing merasakan bagai tidak bersedia untuk melangkah ke stage seterusnya. Kecewa kali ini tidak terlalu memakan diri. Mungkin kerana segala rasa cinta dan kasih telah diluahkan hampir keseluruhannya pada Mr. A. Dia tahu yang diri ini menaruh hati padanya. Bagi saya, itu sudah mencukupi. Tidak mahu meminta lebih dari itu. Selebihnya, saya doakan dia bahagia dengan siapa jua pilihan hatinya. Saya melepaskan Mr. A dengan perasaan yang cukup redha dan hati saya merasa cukup tenang ketika itu. Akan saya kenang kisah saya dengan Mr. A sehingga akhir hayat saya, Insya Allah!
Bertahun meninggalkan alam universiti, saya sangkakan hati saya bagai pintu gua yang begitu sukar benar dibuka. Bukan tiada lelaki yang cuba menghimpit. Namun semuanya tidak menepati ciri-ciri dan kualiti sebagai seorang lelaki sejati. Bagi saya, lelaki yang sudah berkahwin dan lelaki yang miang ulat bulu… akan saya reject bulat-bulat tanpa berfikir walau sekali. Itu prinsip saya. Mungkin disebabkan itu juga saya tidak bertemu jodoh hingga kini. Siapa sangka, jarak waktu yang begitu lama sebelum saya kembali disuntik Cinta lagi. Kali ini kita gelarkan pula dia sebagai J. J menyukai saya dalam diam, namun dipendamkan saja rasa tersebut. Saya, pada mulanya tiada perasaan padanya. Namun, semakin lama berkawan dengannya semakin saya tertawan dengan sikap dan juga tingkah lakunya. Karektornya berbeza dengan lelaki lain. Dia cukup menghormati wanita. Itu poin utama saya menyukainya. Dia juga menghormati orang yang lebih tua darinya. Dalam masa beberapa bulan, saya dan dia saling memendam rasa. Kali ini saya mengambil langkah berani menyatakan suara hati saya padanya. Saya berterus-terang tanpa selindung-selindung lagi yang saya menyukai dia. Namun dia yang telah menyukai saya, kelihatan teragak-agak untuk menyambut cinta saya. Saya putuskan di dalam hati dengan nekad bahawa saya harus menamatkan rasa di hati saya ini sebelum segalanya terlewat. J saya jauhi dengan sekuat iman di hati saya. Namun, apakan daya… semakin saya ingin menjauhkan diri, semakin dia kembali menghampiri. Saya tidak tahu apa kesudahan yang bakal dihadapi oleh saya dan J. Semakin hari hati saya semakin disuntik cinta. Saya takut terluka lagi... Inilah kisah saya dengan cinta-cinta yang tidak berkesudahan.'


Huhu… testing skill yang makin berkarat. Cerita di atas adalah sebahagian kisah yang berlaku di sekeliling kita. Tiada berkaitan sama ada yang hidup ataupun yang mati. Hanya imaginasi penulis semata-mata. Kisah dengan J itu nanti Riana akan cuba kembangkan lagi jika rajin… Jumpa lagi!