Isnin, Disember 29, 2008

Tahun Baru 2009…

Umur bertambah setahun lagi… Siapa sangka pantasnya masa berlalu. Tahun 2008 bakal ditinggalkan… Selamat datang Tahun 2009. Moga memberikan cahaya baru buat kehidupan yang bakal mendatang. Siapa yang tahu apa yang ada bakal menunggu di hadapan kita akan datang kan? Malam-malam Tahun Baru ni tetiba cuba nak bermuhasabah diri. Merenung balik apa yg terjadi dalam tempoh 366 hari yang lalu. Apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang dan apa yg masih boleh diperbaiki di tahun mendatang. Dalam kesibukan kereta-kereta di jalan raya menuju ke destinasi menyambut tahun baru, biarlah Ryana berada di rumah saja. Tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang ramai yang ghairah sangat nak sambut tahun baru. Kat rumah pun boleh sambut. Sambutan Tahun Baru di luar rumah tu sesuai untuk budak-budak yang tak matang je kot. (Jangan marah!)
Ameen… bagi Ryana, ada beberapa azam tahun lepas yg dah berjaya Ryana laksanakan. Ada juga yang masih tersangkut atas pagar dan ada yang masih tak lepas-lepas pagar. Hehe… takpe, kita bring forward next yearlah sambil tambah azam baru kan! 
Salah satunya ialah kelahiran novel Jauh Di Sudut Hati. Harap-harap tahun 2009, ada lagi buah tangan untuk semua dari Riana. (Insya Allah harap2 ada! Tapi bila tu Riana pun tak tahu). Alhamdulillah… tahun 2008 juga menyaksikan yang Riana dah ada assistant baru iaitu Inche Macbook yang sangat membantu ketika Riana buntu nak menyiapkan manuskrip. Juga kehadiran Cik Putih yang juga memudahkan Riana bergerak ke tempat kerja kini. Syukur Alhamdulillah. 
Azam tahun 2009~ Riana nak laksanakan beberapa projek penulisan yang terbengkalai. Juga setia menanti kelahiran novel baru. Riana juga nak settlekan beberapa projek jahitan Riana yang masih in progress. Selain dari tu, Riana nak improvekan diri dari segi amal pada Tuhan juga pada manusia. Ye la… sebagai manusia biasa, Riana ni masih penuh dengan kelemahannya. 
Tak naklah pasang niat lebih-lebih. Takut tak mampu pula nak laksanakannya. Bab jodoh… berdoa ajelah pada Allah banyak-banyak. Kalau ada tu baguslah. Kalau tak ada, kita carry forward lagi ke tahun 2010 pula kan? No worries…
Ok… untuk seluruh rakyat Malaysia umumnya, kepada teman-teman khasnya… Riana ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009. Moga ada sinar-sinar gembira untuk semua… Ameen.

Sabtu, Disember 27, 2008

Outing @ Sunway Lagoon...

Pada 3hb December lepas, kita orang reramai pergi Sunway Lagoon. Release Tension. Walaupun ada banyak perkara tak syok berlaku, namun kita orang tetap meneruskan misi kita org nak release tensen di sana. Sebenarnya nak letak n3 ni sehari selepas tu, tp memandang x de source of picture, maka terpaksalah delay ke hari ini.
Seawal 10.30 pg lagi dah ada di bus stop. Naik bas sampai ke stesen LRT KJ pastu tukar ke bas tempatan yg lalu depan Sunway Pyramid.
Waa… lama tak pergi Sunway Pyramid, bezanya dari dulu. Rasa bertambah luas pulak. Fuhh… masuk kat side yg sebelha mana ntah… dia org punya decorate utk sambut Krismas memang grand habis. Terpaku sekejap mata memandang warna-warna gemilang kat situ. 
Kita orang masuk ke Sunway Lagoon dengan fee sbyk RM 70 (termasuk RM 10 deposit utk wrist band dikembalikan semula jika wrist band x hilang dan dikembalikan kat kaunter pendaftaran). Kita orang pilih Scream Park + Water Park. Tapi padahal kita orang x main pun bhgn water park tu sbb masing2 x bwk baju spare. 
Mula2 sekali kita orang panjat tangga utk lalu jambatan gantung terpanjang tgh2 panas mentari yg tegak di atas kepala. Fuh boleh terbakar kulit tu. Mula2 sekali kita orang main kapal lanun kot… Alaa… kapal yg tunggang terbalik dan kita rasa macam nak tercampak jatuh ke bawah tu. Fuhh… ngeri gila. Apsal la ada permainan macam tu. Memang rasa macam nak tercampak walaupun ada safety belt dan segala2 yg menahan dari jatuh. Ngeriiii… Pastu kita orang masuk eye on Sunway, Roller coaster yg laju gila. Nasib baik dia tak buat rolling… kalau tidak memang tercampak jugak. Pastu naik bot Grand Canyon. Yg ni best, tp yg x bestnya habih basah baju. Terus mood hilang. Pastu naik jet bodoh dan yg ni paling kecut… masuk rumah hantu!!!!
Ryana ni penakut giler bila masuk dlm gelap then ada org sergah2. Bongok punya hantu la kat dalam tu. Rasanya hantu yg kat luar ni ada sopan santun sikit. Kuar jer dari situ… memang x der darah lagi dah kat muka. Pucat!!! Habis hilang semangat. Penat sesangat rasanya masuk dlm rumah hantu yg bodoh tu. Nyesal dah. Ini lah yg terakhir kali. Lepas tu ryana dah malas nak main lagi. Ada member2 yg main cawan bergerak, then last game yg lebih kurang versi kapal lanun. Riana dah penat sesangat dah waktu tu. x sanggup lagi dah nak melangkah. Mungkin sbb x makan dari pagi kot. Lepas last game tu, kita org beredar masuk ke dalam Sunway Pyramid. Makan time!!! Lepas makan kita org terus balik. Antara gambar-gambar kita org outing di Sunway;



Ahad, Disember 21, 2008

Aku dan Dia saling memerlukan...

Artikel yg menarik ketika Ryana tengah mencari sesuatu di laman web ILuvIslam. Untuk renungan kita bersama. Dalam artikel ini, dikhususkan perhatian kepada tanggungjawab seorang lelaki Muslim. Tapi, rasanya... tak kira apa jantina kita sekalipun, kita tetap punya tanggungjawab besar di dunia ini sebagai khalifah di muka bumi kan? Maka bagi Riana tak perlu timbul lagi ketidak adilan antara gender jika kita semua memahami tugas kita masing-masing. Wahai kaum Adam, wahai kaum Hawa... kita sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti proses simbiosis. Credit artikel di bawah ini untuk ILuvIslam.

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.






WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.


Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


Saksinya kurang berbanding lelaki.


Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.


Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :


1. ibunya


2. isterinya


3. anak perempuannya


4. saudara perempuannya.






Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :


1. suaminya


2.ayahnya


3. anak lelakinya


4. saudara lelakinya


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :


1. sembahyang 5 waktu


2. puasa di bulan Ramadhan


3. taat kepada suaminya


4. menjaga kehormatannya
 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!




Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,

kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,

maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu,

JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,

supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.




Isnin, Disember 08, 2008

Aidil Adha di tempat kerja...

Tahun-tahun sebelum ni tak pernah merakam suasana hari raya Haji kat tempat kerja. Tahun ni terasa pula nak pose sambil makan-makan kat pantry kita orang di MPH. Wah... meriah sungguh beraya kat MPH tahun ni. Satu, baju rayanya berwarna-warni. Satu lagi makanan yg disponsor pun pelbagai. Best lah! Kalau Hari Raya Haji tahun ni adalah Hari Raya Haji terakhir sebelum pindah ke mana-mana, ianya akan menjadi kenangan indah seumur hidup. Cewahh!!! (Ayat jiwang tak leh tahan...)

Kali ni beraya Haji dengan kengkawan di MPH. Masuk kerja afternoon dengan persediaan rendang dan ketupat daun palas sehari sebelumnya. Kita orang memang dah berpakat nak meraikan hari raya ramai-ramai kat MPH. Jadi, ada yang bawa ketupat lah, rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang, kuah lodeh sehinggalah yang ke western foodnya… seperti spagetti.
Seronok sangat rasanya. Bergambarlah kita orang seperti kebiasaannya. Ni antara gambar2 kenangan kita orang bersama2, sehari di Hari Raya.




Want to see more picture, pls click this >> Facebook 

Akan Tiba...




Hey hati ku..

Selalu

mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu

Seperti apa yg ku mahu selama ini

Am Em

Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu



C/o

Kau ku cinta

Engkaulah yg ku puja

Tertunggu selama ini takku jumpa

Dgn mu ku di lamun indah

Ku harap cinta akan tiba di hati kita..




Lihat kamu

Tak ku sedari

Waktu dah mulai tinggalkan ku

Kau kau kau

Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..




Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu

Ku ingin selalu dekatmu

Ku hitung saat dan waktu

Hingga hari esok kembali lagi


Lagu ni best kalau layan time boring atau jiwa tengah kacau ke. Sound track drama Rona Roni Makaroni lakonan Syarifah Amani dan Bront.  

Ahad, Disember 07, 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Maaf Zahir & Batin. Buat Umat Islam yang kini sedang menjalani ibadah Haji di Kota Suci Mekah, doa Riana moga mendapat Haji yg Mabrur.

 

Ahad, November 30, 2008

Pernikahan ~ Nuraida & Izzat 19 November~

Walimatul Urus lagi. Kali ini majlis anak saudara Riana sendiri iaitu Nuraida Basarudin bersama pasangannya Izzat. Kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kg. Batu 3. Selamat Pengantin Baru Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.



Sabtu, November 29, 2008

A Day with… animals @ Zoo Negara

Yeah… sekali lagi setelah lama tidak keluar outing ramai-ramai, akhirnya kami memilih tempat di Zoo Negara untuk meraikan kualiti masa kami untuk bersosial sesama teman sekerja. Sosial yg +tive ya… bukan yg -tive. 
Lapan orang semuanya. Tapi sepatutnya 15 orang… tapi disebabkan cerita yg kurang enak Riana nak ulang cerita di sini, maka… biarlah Riana saja yg tahu kenapa lapan orang sahaja. Yg buruk2 tu kita simpan k!
Perjalanan kami berenam ke Zoo Negara bermula seawal jam 10.30 pagi. (Awallah konon kan!) Kenapa pilih Zoo Negara? Sebab saja… nak bermanja2 dgn binatang. (Ayat Poyo ja!) Sebenarnya… Riana tak pernah pergi Zoo Negara seumur hidup. Itulah pertama kali. Waktu ikut rombongan sekolah dulu pun mana pernah Cikgu bawak melawat Zoo. Yg kita orang pergi waktu tu… shopping complex! Haha…
Part yg paling best pergi Zoo ni ialah… kita orang masak n bawak bekal untuk makan di sana. Ada nasi goreng, meehoon goreng, sambal bilis, sandwich dan macam-macam lagi. Kita orang semua tak pergi makan jamuan kat MPH pun kerana teruja sangat nak pergi Zoo masing2. Sampai Nasi Beriani pun dah rasa x sedap lagi gara-gara nak pergi Zoo. 
Maka tepat jam 11 pagi, kami (Kak Su, Qira, Ermah, Me, Faizul, Tariq, Raymie n Firhan) berlapan bertolak ke Zoo Negara dgn bas dan tren. Haha… dgn paper bag yg pelbagai… Lawak betul. Sampai di Zoo dah hampir pukul satu. Lepas settle beli tiket, kami masuk… perkara pertama yg dibuat ialah cari port makan. Pergh… memang best n havoc. Bukannya teruja nak gi tengok binatang. Perut yg kena isi dulu.
Lepas makan baru kita orang jalan-jalan dalam Zoo tu. Oppss… bukan jalan-jalan tapi kita orang naik pengangkutan yg macam keretapi dalam Zoo tu. Penat kan nak jalan kat kawasan Zoo yg besar tu. 
Terujanya kita orang tengok binatang2 kat situ. Binatang2 kat situ pun rasanya teruja juga tengok kita orang.  Ada binatang yang ok… tapi yg paling banyak… mcm malas jer nak bergerak. Tengok Singa kat situ pun macam tak de nafsu jer. Asyik tidur… tak aktif langsung. Mungkin jgk waktu tidur dia kot… Haha! 
Kitaorang keluar dari Zoo pukul lima lebih. Terus naik teksi pergi stesen lrt and then naik tren. Ada budak2 lelaki tu dia orang dah penat sgt so… dia orang balik dulu. Lagipun keesokan harinya ada yg kena kerja full. Yg perempuan2 ni campur sorang lelaki meneruskan perjalanan ke Mid Valley. Ada yg teringin nak ke The Garden. To fullfil his wish…
Dengan menaiki lrt dan kemudian komuter, maka sampaila kami kat Mid Valley dekat2 Maghrib. Tapi… memang tak puas hati betul naik komuter kat KL Sentral tu… Attitude org kita masih lagi sama sejak zaman Riana belajar kat UPM (dulu rajin ke KL naik komuter) sampai lah sekarang ni. Masih bertolak2 nak naik tren. Tak kiralah org tua ke sapa. Pastu mana ada bagi laluan org nak kuar tren. Fuhh… hari tu jadi jahat sikit. Disebabkan org tak nak bg laluan pada kita yg nak kuar dari koc, maka kita pun main kasar lah… Entah siapa-siapala kakinya kena pijak ngan Riana. Sapa suruh bertolak2 macam budak2 sekolah. Naik cara elok x boleh ke? Betapa rakyat Malaysia punya mentaliti sebegitu… Saya rasa malu. Budak sekolah pun saya rasa lagi berdisiplin. Hai… entahlah dunia…
Okeh, di Mid Valley, usai solat Maghrib, kami berlima gi makan kat Pizza Hut. Akhir sekali oleh kerana masa yg tak mengizinkan, kita orang terpaksa berkejar balik dan memang tak sempat jejak The Garden pun. Sian orang tu! Nak tengok gambar penuh, boleh klik link  ini >>> Facebook 



Selasa, November 11, 2008

Hot pink… tema baru rumah maya Riana

Salam buat semua. Selamat bertandang ke rumah baru riana. Harap-harap tema kali ni tahan lebih lama sikit. Walaupun Riana sebenarnya tak berapa gemor dengan warna hitam… tapi agak suka dengan combination color ni. Nice… 
Hehe… Riana baru jer settlekan masalah2 broadband nih. Byk pula songehnya. Sebab tu dah seminggu lebih Riana tak dapat online (eleh… macam rajin bebenor je tuan rumah ni mengapdet blog kan!!! Haila…).
Juga beberapa perkara mengenai hidup dengan orang keliling yang tiba-tiba je turut menyesakkan kepala otak riana. Hai la… (Tu lah kes nak menyibuk masalah orang kan!) Juga tentang masalah sendiri yang tiba-tiba juga mengambil tempat dalam diari bulan ni. (Macam sengaja je kan! Tapi tak le berat mana pun kesnya! Dun worry! Biasalah masalah tak pernah surut2 selagi hidup.)
Manuskrip ke 5 baru 300ms, manuskrip ke 6 baru masuk muka surat ke 35, manuskrip ke 7 masih belum bergerak di mana-mana. Masih dlm bentuk draf dan perlukan kajian mendalam. Sekarang ni tengah fikir macam mana nak menyelesaikan semua kerja agar lebih teratur dan yang paling penting nak semai semangat kerajinan dalam diri. Aduilaa…
Macam hebat sangatla kan buat 3 manuskrip serentak. Tapi Tuhan ja yang tahu macam mana nak conduct tiga2 manuskrip tu supaya siap on time.
Macam mana nak siap kalau banyak sangat agenda kan. Start 19 hb. ni Riana dah mula bercuti 6 hari. 19hb, ada lawatan sambil belajar dgn member2 kerja. 20hb. akan bergerak pulang ke kampung… menghadiri juga menyibukkan diri di majlis kahwin anak sedara. Hmm… kena siap2 tebalkan telinga nih…
Riana baru je habiskan baca novel Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya. Memang best karya kaksu ni. Karya Kaksu yang memang riana tak pernah missed sejak Riana mula jatuh cinta dengan Tanah Andryana. Sapa-sapa yang nak membaca, Riana syorkan!





Khamis, Oktober 30, 2008

Rumah terbuka penutup Syawal.

Semalam sempena berakhirnya Syawal, rakan-rakan di MPH bertamu di salah sebuah rumah member, Noraini utk menjamu selera di majlis rumah terbukanya. Huii… meriah sungguh. Dari petang, sampai ke lewat malam org dtg berkunjung sambil menjamu selera. Thanks for guys yang sudi datang memeriahkan rumah terbuka tersebut. Tuan Rumahnya cukup sporting. 
Menu-menunya cukup byk dan dtgnya dari tangan2 kengkawan MPH sendiri. Antaranya. Mee Kari, Rendang Ayam, Bubur durian, Laksa, Roti Jala, Kuah kari, puding jagung, Kuih Cara berlauk dan kek coklat. Well, nak buat kuah laksa jer… kita org berjaga sampai pukul 4 pagi. Pastu esoknya tangkap lentok. Mata tak leh nak celik tengok dunia. Tapi walau camner pun, kita orang kena prepare jgk menu2 yg belum siap waktu tu. Juga utk dekorasi. Bab2 deko, kita org serah beban pada Faizul yg memang pandai bab tu.
Majlis mula pukul 6 ptg. Kita orang mula petang sebab nak memastikan sesapa yg kerja pagi bolehla datang dulu utk makan2. Pastu batch kedua pukul 10 mlm. Meriah dengan suara kita orang yg cukup kecoh. Dari ruang tamu, sampai ke ruang dapur. Paling kecoh, pastinya Faizul. 
Antara gambar2 yg sempat di snap sepanjang majlis. Boleh ke My Facebook utk rakaman penuh.
Riana tengah sibuk sangat sekarang dengan kerja. Lepas ni dah nak kena sibuk dengan bermacam-macam jenis promo. Sebab tu jarang sangat update kat blog ni. Kalau ada acara2 besar tu barulah rasa nak letak kat blog. Jiwa tengah kacau sekarang ni! Hehehe…


P/s: Congrats Sam. You punya artikel keluar kat majalah Eh! Well, I'm waiting for the next step. Keep up the good work! To Kak Suraya, tahniah juga atas kelahiran Panggil Aku Dahlia. Novel yg ditunggu-tunggu!



Ahad, Oktober 12, 2008

OpEN HoUSe kat Rumah Arbaein a.k.a Faizul…

Semalam bertempat di kampung Paya Jaras, kitaorang beramai-ramai menyerbu sebuah rumah di situ. Hehe… makanan yang dihidangkan pada kitaorang bukan main sedap lagi. Menu; Mihun Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Kuih Cara Berlauk, Kuih Karipap dan macam-macam lagi. Menulis nama-nama kuih ni pun dah membuatkan Ryana jadi lapar semula.
Bertolak ke Paya Jaras pukul 8 malam. Sampai lebih kurang 45 minit kemudian. Itupun nasib baik ada pemandu arah jalan. Kalau tidak, memang confirm sesat. Hehe… Sesampainya kami, di sambut dengan meriahnya mulut si teman yg memang tak reti dok diam (Hehe… jangan mare!). Masuk ke dalam rumah, terkejut giler sebab ada kek lima tingkat kat muka pintu… Tak sangka, kata-kata yang dianggap gurauan tu… rupanya memang kenyataan.
  **Tuan rumah cakap tema tahun ni hijau… sebab tu keknya warna hijau. Kek atau baju hijau takper… Jangan perut hijau ok!

Sorang demi sorang datang bertandang, akhirnya kami beransur-ansur keluar gi makan dulu. Jangan tak tahu, depan rumah siap buat kemah lagi. Hish… boleh kata macam buat kenduri kahwin. Yang tak ada cuma… pelamin, bunga telur dan… pengantinnya!! Haha…

** Hah… inilah rupanya Birthday Boy (gambar) yg serba hijau malam tu… Hehe…>>>>>

Member-member yang lain datang lepas kerja. Siap dengan baju MPH lagi. Sementara menanti dia orang makan, kami para dara pingitan yang agak nakal ini… masuk senyap-senyap ke dalam bilik Tuan Empunya kek (Oppss!!!) Menyeludup… Kita orang berposing dalam bilik  Si baju hijau tu… (Jangan marah ye baby Arbaein, kita orang candid gambar bilik!!)

<<<>

Inilah rasanya (first time rasanya, beraya sakan macam ni) Kita orang melepak sampai pukul 1 pagi. Sampai detik satu pagi. Masing-masing dah tak larat angkat mata. Penat beb. Driver lagi penat sebab nak kena hantar penumpang
Sampai kat rumah… dah pukul 2 pagi. Misteri jer bunyinya… Memang misteri pun! Penuh dengan mistik… Sampai kat depan kuarters, Pak Guard dah tido kot kat dalam pondok jaga tu. Nampaknya, radio ajalah yang jadi Jaga malam tu. 
Hee… bayangkan… Riana berhentikan kereta kat dalam gelap, dan terpaksa kuar dari kereta dan bukak gate, pastu masuk kereta balik, injak ke depan dan berenti lagi, keluar kereta, tutup balik gate dan masuk balik kereta… Hehehe… tetiba rasa meremang bulu roma. Stop sampai sini dululah… Kita sambung kisah mistik tu pagi esok ya!
Bagi yang nak melihat gambar-gambar rakaman penuh majlis Open House ni, bolehlah ke link di bawah. My Facebook. 

P/s: Actually, to Faizul, Birthday Boy yang meraikan. Akak terharu sangat sebab dalam sibuk-sibuk tu sempat juga menghabiskan novel Jauh Di Sudut Hati. Jauh di sudut hati akak, akak terharu dik! =P (Ayat poyo jer…) ~ Dari kakak baju merah…

Rabu, Oktober 08, 2008

Sambutan Raya dan ceritanya…


Today, 8th October dan sudah 8 hari juga Umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ni, pertama kali Riana memandu pulang ke Kedah. (Actually, waktu nak balik, my big brother drive from KL till Taiping and me sambung sampai Juru, and he continue till sampai umah). New experience memandu di highway. Sebab sebelum-sebelum ni, Riana balik kampung pun naik bas je.
Riana bertolak ke kampung hari tu pada 30hb September, pukul 3pagi. Sampai di Gurun, pukul 7.30pagi. Sampai je, terus tidur untuk satu ke dua jam sebab sepanjang perjalanan mata tak lelap langsung. (Jealous giler ngan my brother yg sempat tidur masa dia dera Riana drive dari Taiping. Cool! =p)
Bangun lebih kurang pukul 10. Letih giler tu. Kakak-kakak dah bising, tung tang tung tang di dapur. Mak dah siap tanak beras pulut untuk buat ketupat. So, segantang beras pulut, kita orang (me with my sis's) lah yang membalut ketupatnya. Hehe… ketupat di sebelah Kedah-Perlis ni adalah ketuput pulut daun palas. Bentuknya tiga segi. Tapi agak berbeza sedikit bentuknya dengan ketupat di sebelah Kelantan-Terengganu. Ada yg suka tambah kekacang di dalam ketupat pulut ni. Mak pun kadang-kadang suka letak kekacang. Tapi, Riana lagi suka yang original tanpa kacang. (Hehe… kalau ada kacang, Riana akan asingkan kacang dan makan pulutnya sahaja). Daun palas, tak yah beli… dah siap sedia. (Abah Riana dah siap ambil dua tiga hari sebelum raya di tanah lama-tapak rumah yg lama). Kelapa pun tak yah beli juga. Ada pokok kelapa sendiri. Cuma beli beras pulut dan gas je kot. 
Kalau segantang beras pulut tu, biasanya habis di'ketupat'kan lebih kurang satu jam. Biasalah kakak-kakak Riana pakar dalam bab2 membalut ketupat ni. Riana? Bolehlah… asal boleh makan, kira oraitla tu. But I'm one of tenaga yg digunakan untuk membalut ketupat setiap tahun. Hehe…
Kakak Riana yg lagi sorang, sibuk menyediakan bahan-bahan untuk rendang. Tahun ni ada tiga jenis rendang disediakan. Satu, Rendang Daging. Dua, rendang ayam. Tiga, Rendang Ayam kampung yang dimasak ala-ala rendang orang nogori. (Masak lemak cili padi. Paling best!) Ayam kampung, adalah ayam yg family Riana bela.
 **Rendang Ayam Masak Lemak Cili Api.
**Rendang Daging (Tak pastilah apa sebenarnya nama rendang ni Tapi bahan-bahannya paling simple. Daging, (lengkuas, bawang merah, serai, cili kering dan sedikit halia dikisar dan kemudian dituang di dalam kuali), Santan lebih kurang dua liter(ikut kepada kuantiti daging yg digunakan.) Lepas tu masak sampai mendidih. Garam diletakkan ketika daging dah empuk dan kuahnya tinggal sedikit. Boleh masukkan daun limau purut untuk bau yang menawan. Hehe... Atau daun kunyit muda. Nak tahu kenapa rendang sampai berjenis-jenis dan ketupat yang dibuat pun dalam kuantiti yang banyak. Heheh… biasalah, kakak-kakak Riana ni nanti nak bawa balik untuk mak mertua dia orang lagi. Rendang berjenis-jenis, sebab ada yang tak makan rendang jenis ini, tapi makan rendang jenis itu. Ada yang tak makan daging, cuma leh makan ayam sebab allergic. Riana? Hehe… makan semua jenis tanpa takut pada sebarang allergy. Syukur Alhamdulillah sebab dikurniakan kesihatan yang baik begini kan!! **Kawasan rumah Riana dari pintu dapur. Sempat snap sekejap sambil dok tengok periuk  ketupat. Hehe... This is our third time sambut raya di rumah ni. Rumah ni siap sebelum Hari Raya tahun 2006. Dulu rumah Riana sepanjang 25 tahun, terletak di tepi jalan raya. Sekarang ni di dalam kampung. So, suasana raya tu berbeza. Dulu tak ramai budak-budak datang beraya sebab rumah tepi jalan. Mak bapak budak2 ni tak bagi jenjalan ikut suka hati. Almaklumlah kereta laju-laju yg lalu depan rumah Riana dulu. Dulu, time raya… kita orang adik beradik boleh kira berapa kali accident dekat depan rumah Riana tu. Tup-tup tiba-tiba ramai je orang berkerumun sebab ada kereta jatuh dalam longkang besar (parit) di seberang jalan. Ada kemalangan yang serius dan ada jugak yg tak. Pernah sekali dulu… pagi-pagi nak pergi sekolah, terkejut sebab ada kereta jatuh dalam longkang depan rumah. Sib baik tak langgar rumah. Orang tu mabuk. Yang tinggal cuma kereta jer. Bahaya kan?!! Banyak sungguh kemalangan yg berlaku waktu tinggal di situ. Mak Riana pula jenis yang cepat terkejut. Dengar jer bunyi accident, terus kecut sambil beristighfar. Banyak jugalah kemalangan jiwa. Sampai ada satu kemalangan tu, membuatkan anak buah Riana tak boleh tidur malam dan sehari kemudian demam panas gara-gara ayahnya bawa pergi tengok kemalangan maut dekat selekoh depan rumah Riana tu. Anak buah Riana tu sampai terbayang-bayang darah atas jalan tar walaupun kemalangan tu dah lama berlaku. Hmm… Riana, pernah tengok satu kemalangan berlaku depan-depan mata Riana. Waktu tu Hari Raya, dan arwah Atuk Riana masih ada. Umur Riana waktu tu 9 tahun. Tengah main-main kat luar rumah sambil diperhatikan arwah atuk. Riana nampak kereta proton saga warna merah tiba-tiba berpusing-pusing dan kemudian, jatuh di seberang sana jalan. Nasib baik tak cedera teruk orang dalam kereta tu. Bila ditanya pada pemandu, dia cakap… dia nampak jalan tu lurus. Bila sedar depan ada ladang getah, baru dia pusing dan membuatkan keretanya berpusing-pusing. Nasib baik tak ada kereta pada sebelah arah yang satu lagi. Hmm… bila jadi macam ni, adalah orang bercerita dari mulut ke mulut tentang kejadian mistik di selekoh bahaya tersebut. Ramai juga yang bertanya, tak takut ke tinggal kat rumah tepi jalan, dekat dengan kawasan kemalangan tu? Bagi Riana, tak lah menakutkan pun. Pernah tinggal sorang-sorang tanpa ada yang mengganggu, baik orang mahupun yang bukan orang. Tapi… pernah sekali tu diusik kot. Saja jer… Tapi waktu tu Riana dengan kakak Riana dalam rumah tu. Mak ngan Abah kat umah jiran sebelah sebab ada kenduri. Waktu tu malam dalam lebih kurang pukul 9. Tetiba ada orang bagi salam. Sebagai kebiasaan duduk di rumah tepi jalan ni, kita orang akan intai dulu orang yang datang dari celah-celah tingkap. Bila dah confirm ada orang yang memang dikenali, baru kitaorang buka pintu. Kalau tak kenal, kita orang cakap ikut tingkap jer. Takut juga yang datang tu bukan berniat baik. Pada malam kejadian tu, tak ada orang yang dilihat. Kakak Riana yang turut mengintai pun terkejut. Masing-masing saling berpandangan. Hehehe… Mistik betul!
Sejak duduk di rumah baru ni, sambut raya memang meriah dengan budak-budak. Selang seminit ja… rumah penuh dengan rombongan beraya. Bestnya dia orang kan! Yg paling best tu, tuan rumah siap tanya lagi, nak makan ka nak duit raya? Masing-masing mestilah jawab nak duit raya. Bertuah betul! Dulu zaman kanak-kanak Riana, pernah sekali jer pergi beraya. Itupun pergi rumah member, sebab Riana ni bukannya rajin nak kutip duit raya pun. Biasanya dok umah tak jalan pun dapat duit raya sebab ramai yang datang umah. Hehe… Pergi rumah member pun siap kena kutuk dengan mak member tu. Katanya, makan tak mau. Nak duit raya jer… Isk… isk sedihnya. Padahal bukannya hadap sangat pun duit raya. Eleh… 20 sen jer pun. Sian la kat anak-anak buah Riana yang ikut serta. Sejak dari tu dah serik nak pergi beraya. Berkurung kat rumah lagi bagus.
Diam tak diam anak buah Riana dah masuk 26 orang. Cucu saudara pula dah masuk 3 orang dan mungkin meningkat lagi tahun depan sebab ada anak saudara Riana yg bakal mendirikan rumah tangga November ini. 
Masih dalam suasana sambutan Hari Raya. Riana sendiri sedang berkira-kira mahu memenuhi undangan rumah terbuka. Selamat Menjamu Selera, namun makan… biarlah berpada-pada ya. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

-----------------------------------------------
Dalam kemeriahan hari raya ini, Riana dikejutkan dengan berita dari Malaysia Timur tentang kepergian abadi seorang teman maya yang dah lama Riana kenali di kalangan teman-teman bloggers. Pada 5 Oktober yg lalu, Allahyarham NurKhairiah bt. Singka atau lebih dikenali sebagai Nursingka telah kembali kepada Maha Pencipta dalam satu kemalangan di Sabah. Mengenali Arwah ketika tahun 2005. Ketika itu Riana baru memulakan e-novel di blog Riana http://loveseasons.blogdrive.com yang berjudul Di Hatiku Cinta Bermula (Versi cetak~ Tautan Kasih). Arwah banyak memberikan komen-komennya. Namun, kami lost contact terlalu lama kerana keadaan Riana yg sukar untuk online ketika itu. Baru-baru ini, sebelum Raya, Riana bertekad nak menjejak kembali Nursingka di blog. Namun, atas tuntutan tugas dan masa, rancangan hanya tinggal rancangan. Tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kepergiannya yang mengejut. Al-Fatihah untuk Arwah dan Riana doakan semoga keluarganya tabah menghadapi ujianNYA. Walau tak pernah bersua wajah dengan arwah, tapi hubungan tersebut terasa dekat dihati, walau hanya sekejap cuma.
 

Isnin, September 29, 2008

Di Akhir Ramadhan, Menjelang Syawal…

Persiapan untuk raya sebenarnya dah dibuat. Cuma saja nak jenjalan kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kebetulan satu dua benda yang belum dibeli. Hehe… last skali, beli juga untuk diri sendiri. Sehelai tudung. Itupun nasib baik tak tambah lagi koleksi baju raya. Nasib baik dapat menewaskan nafsu sendiri. Haha…  =)
Fuh… betapa ramai orang hari ni. Sampai melecet kaki berjalan tu. Sempat juga
 snap dua tiga keping gambar kenangan. Gambar orang ramai yg berpusu-pusu shopping. Hujan pun, orang dah tak kisah. Selamba jer jalan kat tengah-tengah bazar yang cukup panjang tu.

 Ramai kan orang? Ryana akan pulang ke kampung pada pagi nanti. Buat semua yg memandu pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya ok! Selamat Hari Raya! =)

Jumaat, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri…


Waduh… bertapa sekejap Riana selama lebih kurang sebulan lamanya. Dah masuk puasa yg ke 26 baru nak letak entry ya! Tambah-tambah nak nak dekat raya ni. Bermakna entry untuk hari raya lah ni.
Bulan puasa tahun ni memang benar-benar menguji kesabaran betul. Selepas lebih kurang 2 minggu, badan tak sihat dan diserang demam kuat. Dah le waktu tu hari terakhir berpuasa di kampung (Riana balik ke kampung selama seminggu). Travel atas bas yg dibawa laju… Macam nak ketuk jer kepala driver bas tu. Satu, sebab bawak bas laju giler. Kedua sebab pasang lagu rock kapak. Dah la dapat seat no. 2 dari depan. Terseksa jiwa dan raga! Sampai di KL pula, tetiba bas tu melencong pergi Klang dan Shah Alam dulu. Aduhai… sangat2 penat. Panas badan rasanya dah hampir 40 darjah kot. Akhirnya Riana turun di depan Central Market. Haha… turun je dari bas, tetiba nampak bintang-bintang. Nasib baik tak gelap mata. Balik ke rumah dengan lrt dan kemudiannya menaiki teksi. Sehari kemudian, Riana MC. Pergi check up, doktor cakap panas 38 darjah. Fuyoo! Dalam kepanasan yang terlampau tu, Riana mula sedar perubahan-perubahan kepada kitaran semula jadi badan tak berjalan dengan lancar. Ini antara simptom-simptom demam panas Riana hari tu;
1. Rasa letih melampau, sampaikan setiap masa, mata mahu pejam saja.
2. Hidung terasa menyucuk2 jika berada di dalam bas berhawa dingin. Pastu bila batuk, pasti keluar kahak  berdarah. Rasa macam ada pendarahan pula di bahagian rongga hidung dan tekak.
3. Peluh tak keluar. Buah pinggang juga terasa gagal berfungsi secara normal. Pundi kencing juga mengalami nasib yang sama.
4. Dalam panas-panas tu, tetiba je akan terasa seram-sejuk.
Selepas pergi check kat panel clinic, doktor tu tak banyak check. Cuma banyak bertanya. Selsema ke? Batuk ke? Demam dah berapa hari? Sakit tekak ke? Rasa macam kita plak yang jadi doktor tu. Doktor tersebut sempat pesan, kalau demam tak kebah-kebah. Maka, Riana harus menjalani pemeriksaan semula. Dan dalam kepala Riana dah tahu apa maksud doktor tersebut kalau Riana tak sembuh, Riana mungkin disyaki DENGGI. 
Alhamdulillah, demam Riana tu kebah selepas dua hari kemudian. Tapi letih betul dijangkiti demam kali ini. Rasanya dah 2 tahun demam menyerang dalam bulan puasa.

---------------------------------------------------------------------------------

Bekerja semula setelah seminggu bercuti. Dikejutkan dengan satu berita yg memang tak best nak dengar. Riana, currently incharge bahagian Professional Books di MPH 1 Utama. Professional Books ni meliputi, Business & Management, IT, Engineering, Investment & Finance, Law, Medical, Test Reference (SAT, GRE, GMAT, TOEFL & etc), A- Level/ O-Level, Hospitality, Accounting, Architecture & Interior, Science & Technology dan Dictionary. Dah 3 tahun mengendalikan dari A sampai Z di department tersebut. Alih-alih, tetiba nak suruh kita tukar jadi head of department General Books Bukanlah bermakna Riana menolak perubahan. Yes, we need changes. Sekuran-kurangnya untuk menambahkan pengalaman. Ya, Riana sedar, bukan selama-lamanya akan kekal di sini. Tapi, Riana tak puas hati apabila perubahan yang bakal dilakukan itu ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa. Sakit betul hati! 
------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, Tahun ini Riana sekeluarga akan menyambut raya dengan kehadiran orang baru. Kakak ipar Riana,selamat melahirkan baby ke tiganya pada 8 September yang lalu. Maka bertambahlah lagi seorang anak buah yang dah pun memasuki jumlah 26 org. Selamat Datang, Muhammad Adhwa Hakim.
-------------------------------------------------------------------
Dikesempatan yang ada ini Riana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkanlah andainya ada kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan tanpa sedar. Moga lebaran tahun ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.
Buat rakan-rakan yang jauh mahupun yang dekat, sanak-saudara di serata pelusuk Malaysia yang turut membaca bingkisan ini. Buat pengunjung setia blog Ryana ini. Jangan pernah serik untuk terus bertandang ke rumah Riana. Buat teman-teman seangkatan, teman-teman seperjuangan, rakan-rakan dan juga peminat novel… walau di mana jua anda berada.
Jari Sepuluh di Susun, Kemaafan darimu kupohon… Salam Aidilfitri! 

Sabtu, Ogos 23, 2008

Jauh Di Sudut Hati…



Akhirnya… yang ditunggu terbit jua. Buat semua yang setia membaca karya dari 
Riana, Novel Jauh Di sudut Hati adalah buah tangan terbaru dari Riana. Moga-moga karya ini dapat diterima seadanya. Andai ada terkurang di dalam rempah ratusnya, Riana susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan sedia menerima sebarang kritikan agar karya-karya akan datang dapat diperbaiki dan lebih mantap lagi. Selamat membaca! =)

Sinopsis di belakang buku;
Cinta Najiha dan Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan, namun
 kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.
Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagiyang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit dengan keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidu
pan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?
(** Sayang, sesungguhnya bukan mudah… menjalani hidup ini tanpa kau di sisi…**)
Memandangkan Riana sendiri belum dapat hard copy di tangan, maka… Riana tak boleh nak komen apa-apa mengenainya.
-------------------------------------------
Majlis Makan Malam MPH
Venue: Restoran Amarin Thai, Mid Valley
Date: 22 August 2008
Time: 7.30pm
Dinner yang dianjurkan malam ini adalah Dinner untuk staff yang tak dapat pergi pada Dinner pertama di Hilton, 6 Ogos yg lalu.
Walaupun hanya tiga outlet yang terlibat, suasananya agak meriah. Waktu-waktu beginilah nak berkenalan dengan staf-staf HQ yg sebelum ni hanya kenal suara saja. Ataupun yang sebelum ni, hanya kenal muka saja tapi tak kenal nama. 
Makanan Thai yang dihidangkan penuh semeja. Sampai dah tak mampu nak sumbat dalam perut lagi. Terlebih-lebih pula makanan yang ada. Menu, Tomyam seafood, Udang Goreng, Ikan stim, baby kailan masak sos tiram. Sotong goreng, dan ada desert.
Sempat juga snap gambar dengan Deputy COO Mph, Mr. Donald.