Sabtu, Ogos 23, 2008

Jauh Di Sudut Hati…



Akhirnya… yang ditunggu terbit jua. Buat semua yang setia membaca karya dari 
Riana, Novel Jauh Di sudut Hati adalah buah tangan terbaru dari Riana. Moga-moga karya ini dapat diterima seadanya. Andai ada terkurang di dalam rempah ratusnya, Riana susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan sedia menerima sebarang kritikan agar karya-karya akan datang dapat diperbaiki dan lebih mantap lagi. Selamat membaca! =)

Sinopsis di belakang buku;
Cinta Najiha dan Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan, namun
 kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.
Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagiyang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit dengan keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidu
pan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?
(** Sayang, sesungguhnya bukan mudah… menjalani hidup ini tanpa kau di sisi…**)
Memandangkan Riana sendiri belum dapat hard copy di tangan, maka… Riana tak boleh nak komen apa-apa mengenainya.
-------------------------------------------
Majlis Makan Malam MPH
Venue: Restoran Amarin Thai, Mid Valley
Date: 22 August 2008
Time: 7.30pm
Dinner yang dianjurkan malam ini adalah Dinner untuk staff yang tak dapat pergi pada Dinner pertama di Hilton, 6 Ogos yg lalu.
Walaupun hanya tiga outlet yang terlibat, suasananya agak meriah. Waktu-waktu beginilah nak berkenalan dengan staf-staf HQ yg sebelum ni hanya kenal suara saja. Ataupun yang sebelum ni, hanya kenal muka saja tapi tak kenal nama. 
Makanan Thai yang dihidangkan penuh semeja. Sampai dah tak mampu nak sumbat dalam perut lagi. Terlebih-lebih pula makanan yang ada. Menu, Tomyam seafood, Udang Goreng, Ikan stim, baby kailan masak sos tiram. Sotong goreng, dan ada desert.
Sempat juga snap gambar dengan Deputy COO Mph, Mr. Donald.

2 ulasan:

Mersik berkata...

Wahh.. Ryana, tahniah daun keladi dgn kelahiran nvl baru itu. Semoga ianya mendapat sambutan yg hangat, ngetop serta laku keras.. yihaa.

Amboi.. bila nk ngeteh2 ngan kita plak? hik hik

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Mersik! Hehe... moga-moga manis mulut pakcik tu! ;)
Bila nak ngeteh2 hehe... bila ya?