Sabtu, Jun 28, 2008

Dramatik…


Dua tiga hari ni perasaan tiba-tiba jadi dramatik semacam jer… Buat itu tak kena, buat ini tak kena… Apahal entah!
Nak je aku humban perasaan ni ke tepi dulu supaya tak mengganggu gugat kerja-kerja aku… Aduhai!
Semenjak dua ni juga aku sering berSMS tgh2 malam dgn rakan2 Xpax ku haha… Masing2 x leh tido kerana memikirkan berbagai jenis perkara dalam otak. Ada yg susah hati sebab itu dan ini, termasuk jugalah aku. Ada satu hari tu, terjaga tiba2 pukul 4-5 pg. Pastu dah x leh tido lg dah sampai Subuh. Hem… jam jangka semualajadi dah berbunyi agaknya. Entah2 ada yg tak kena dengan proses kimia dan biologi dlm bdn. So, dia dah bg sign awal…
Dunno how to say lah!
Manuskrip baru… belum start. Draft pun baru sekerat jalan… Malasnya lah hai… 
Berputar-putar soalan bertemu soalan…
Ramai di kalangan rakan sebayaku yg masih belum berpunya atau dalam kata lainnya masih single mula risau tak bertemu jodoh. Virus pada mereka tu, sedikit demi sedikit mula berjangkit pada aku sendiri. Tapi belum critical… Tak pasti lah nak bagi dos vaksin apa ni. Motivasi diri paling penting. Mungkin Tuhan belum mempertemukan kita dengan orang yang betul… Haha… tiba-tiba rasa seronok pula melayan lagu-lagu lama Sheila Majid di rembang tengah hari ini. ~Cinta jangan kau pergi… tinggalkan diriku sendiri. Cinta jangan kau lari, apalah erti hudup ini tanpa cinta dan kasih sayang…~
Tertarik dengan tagline pada filem Sepi ~ Cinta tak datang hanya sekali~ Dalam hati membenarkan kata-kata tersebut. 1st July nanti dah janji dengan member berempat nak pi tgk this movie. Sesuai untuk insan2 kesepian… ahaks! ;)

Ahad, Jun 08, 2008

Kamu ketahuan…


Aduh, aduh… penat! Penat berkejar ke sana ke mari. Ryana mengisi masa terluang dengan bermain game di pc dan juga membelek novel2 yg belum lagi disentuh yg Ryana beli di pesta buku dulu… Haha stock untuk berapa bulan ntah Ryana beli ari tu. Bukan setakat novel, malah buku-buku ilmiah pun diborong sama. Masih belum bersentuh…
Manuskrip baru belum dimulakan… ingat nak take a break… Seminggu ke, dua minggu ke, gi jenjalan tengok dunia luar. Baru best sikit. Baru idea berkembang ya tak?Untuk manuskrip terbaru, ada beberapa rangka idea bermain-main di kepala. 
Selain dari semua yg tersebut di atas, Ryana tetap sibuk ngan kerja. Alamak, dgr byk cerita dr pihak management, membuatkan mood nak kerja pun drop…
Aduhai…

Isnin, Jun 02, 2008

Hariku indah…

Berbalik pada sebuah cerita di hari semalam (1st June). Seorang lelaki yang mungkin mempunyai pangkat dan darjat yang tinggi agaknya kot, dtg ke kedai buku tempat Ryana bekerja dengan lagak yang amat menjelikkan. Nama saja dari golongan professional, tapi tingkah laku langsung tak professional.

Ok, Kedai tempat Ryana bekerja ni beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Normal prosedur yang selalu kita orang buat, paling lewat pun kita orang balik, 10.30 mlm, setelah selesai running sales dan system.

Hamba Allah yang kononnya ahli golongan professional yg tak pro ini datang ketika kedai hampir2 nak menamatkan operasi. Itu masih tidak dikira dengan tingkahnya yg cukup biadap. Kami terpaksa menunggu dia menghabiskan bacaannya sebelum menamatkan sesi perniagaan kami. Kesian la pada cashier yg punya anak di rumah yang menunggu kehadiran ibu-ibu mereka ke rumah. Kerana pak cik sorang ni, maka terbantut segalanya. Itu belum dikira lagi kalau staff yg jadi cashier pd waktu tersebut, terpaksa bangun awal pagi esoknya dan masuk shift pagi. Memang jika nak dibayangkan, zalim sungguh hamba Allah ini. Sangat2 biadap. Dia menganggap kami yg bekerja dlm sektor ini seperti sgt rendah darjatnya dengan dia. Dia fikir dia tu siapa? Raja yg pernah dtg ke kedai kami pun masih humble dan low profile. Semua kemahuannya kena complete dan perfect. Jika tidak, kami akan disindir, dan dihina dengan sindiran yang mampu membakar perasaan. Duh! =(

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam (2nd June) Kami reramai (kawan2 MPH) pi makan (supper) kat Damansara Perdana. Lama x lepak ramai2 lepas kerja mcm ni. Berkumpul reramai sambil sembang2 pasal diri masing-masing. Usik-mengusik, gelak ketawa menjadikan keakraban kami seperti sebuah keluarga besar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua tiga minggu kebelakangan ni entah kenapa jiwa dilanda satu perasaan yg sukar nak ditulis di sini? Hmm susah! Forget about it! Mainan perasaan semata-mata (* FIkiran memujuk jiwa*)

Dalam dua tiga hari kebelakanagn ini, perasaan bahagia tiba-tiba memasuki ruang-ruang hati. Gembira dan bahagia… Sebab ada beberapa perkara yg membahagia dan mengembirakan berlaku dalam masa-masa ini. =)

Apa dia ya? Tekalah… ;) 

Tapi dalam waktu yg sama ada sekeping hati seorang kawan yg terluka. Outchh! Ooppss, I'm so sorry, dear…