Khamis, Januari 29, 2009

Hati rasa berbunga…





Huish… tak tahulah kenapa, hati rasa berbunga2 je tiba-tiba. Sesuatu yang manis berlaku mungkin! 
Dalam keadaan tak terduga… Rasa macam muda 5 tahun pula… Haha. Sesuatu yang manis dan indah… pastinya jadi memori paling hangat tahun ni. Huhu…

Jumaat, Januari 23, 2009

Airmata… bahasa hati yg tak mampu bibir ungkapkan

Hari ini sekeping hati kecewa.
Hari ini juga sekeping hati terluka.


Siapa sangka semalam membawa kenangan indah dengan pelangi, hari ini bertukar menjadi sesuatu yang tidak beerti lagi.
Oh… sedihnya kan? Walaupun Riana tak pernah merasa mencintai seorang lelaki, tapi Riana memahami hati yang luka parah dikhianati lelaki. 
Siapa sangka, siapa menduga… semuanya terjadi dengan begitu pantas. Nasihat Riana, banyak-banyakkan bersabar dan letakkan sedikit rasa syukur di dalam hati kerana Allah memperlihatkan sikap lelaki itu sebelum kita mempunyai hubungan yg lebih serius kelak. Nasib baik belum ada apa-apa ikatan yang dijanjikan. Tapi… hati wanita kan lembut. Walau di mulut mengatakan tidak rasa apa-apa. Tak banyak, sedikit tetap menyentuh hati. Maka… airmata tiba-tiba jadi teman. Hmm… pedihnya dilukai. Tak kiralah lelaki atau perempuan semuanya pasti akan melalui saat-saat sukar tersebut dengan airmata kan! 


Huhu… untuk mood yg tiba-tiba jadi mendung apa kata kita layan lagu ni bersama; 
p/s: Kejadian menyayat hati ini bukan berlaku pada Riana, tp atas dasar rasa sahabat yg begitu akrab, sesungguhnya apa yg berlaku pada dirinya… tetap turut memberi kesan di hati Riana. 




Khamis, Januari 22, 2009

Perjalanan dalam mencari CINTA…

Huhu… entah kenapa otak ni asyik nak hadam tentang CINTA saja sejak dua menjak ni. Tak tahulah kenapa. Dah jatuh CINTA kah? Rasanya belum lagi kot… Mungkin juga dikelilingi oleh orang-orang yang sedang bercinta kot… jadi aura CINTA tu terasa melekat. Hehe…
Entahler… kekadang seronok juga rasa diri ini dicintai kan? Bohonglah kalau anda tak rasa seronok. Apatah lagi jika anda tidak bertepuk sebelah tangan kan? Hmm…
Tapi alangkah sedihnya jika cinta yang tumbuh di hati tiba-tiba tidak mendapat balasan dari si dia. Tentu anda sedih bukan… Ya… CINTA bukan boleh dipaksa-paksa. Sakitnya CINTA tak berbalas kadangkala terasa lebih sakit dari luka di tangan. Hmm… entahlah… Riana bukan Doktor Cinta. Haha… Hanya pemerhati orang-orang yang asyik dilamun cinta aje… Huhu =)

Sabtu, Januari 17, 2009

Mencari sentuhan yg semakin pudar…



Huhu… semacam jer tajuk entri. Meremang jer roma. Tapi sememangnya Riana tengah buat sesuatu. Dengan manuskrip yg tak bergerak-gerak… risaunya Riana rasa. Hmm… hari ni mula baca balik citer yg Riana dah buat separuh jalan tu. Cuba menjiwai balik watak-watak di dalamnya. Sambil-sambil tu cuba cari mood yg sepadan dengan cerita dengan mencari lagu-lagu yg sesuai. Konon-konon macam lagu soundtrack gitu. Haha… Lagi satu… cuba buat research di internet berkenaan watak mahupun latarbelakang cerita. Huhu… Riana kena mula dari awal balik. Kalau tidak terperamlah nampak gayanya manuskrip Riana tu dalam folder kat PC. Hmm… Insya Allah, ia akan menjadi permulaan tahun baru yg baik. Doa-doakanlah ye moga Riana sukses tahun ni.
Dalam keadaan masih tercari-cari ni Riana sekali lagi dapat surat dari Uni. Penangguhan untuk sambung Master diluluskan. Tapi… entah kenapa masih terasa berat hati nak pergi. Tak tahulah kenapa. Tengah menunggu surat susulan yg berkemungkinan akan tiba dalam bulan Mei mungkin. Hmm… Apa nak buat ni? 
Dah start buat planning untuk bulan Februari. Ingat nak ambik cuti panjang. Tapi mungkin tak dapat kot. Huhu… takder org nak cover. Sian arr… Tapi dah buat plan dengan rakan2 MPH yg lain. Kita org semua akan sekali lagi ke Genting. Huhu… apsal la tak pernah puas dengan tempat tu?? Hmm… Takperla… Sekurang2nya kita orang masih ada masa nak bersosial kan!

Selasa, Januari 13, 2009

Bermulanya tahun 2009…


Hello January 2009…
Hemm… nampaknya mood nak bersuka2 dan bersemangat di awal tahun baru ni agak tercalar dek incident yg begitu menyayat hati. Siapa sangka… dalam masyarakat dunia terutamanya golongan muda begitu ghairah nak sambut tahun baru, saudara-saudara kita di Gaza sedang bertarung nyawa menyelamatkan jiwa sendiri dari kekejaman Zionis. Beribu-ribu nyawa terkorban tanpa sedikitpun rasa belas kasihan. Kita kat sini hanya mampu berdoa dan buat sekadar apa yang mampu. Sedang darah tumpah umpama air sungai di Gaza, Dunia seperti tak mampu bersuara untuk menghentikan sifat binatang Regim Zionis.
Kembali pada kehidupan Riana yang baru bermula di tahun 2009 ini. Agak kelam kabut juga di awal-awal tahun ini. Pada 2hb Januari, ayah Riana di kampung terlibat dalam accident. Terkejut Riana bukan main. Malam itu juga balik kampung dengan abang2 n kakak. Keadaan ayah Riana agak teruk juga. Luka, retak tangan kanan dan bengkak kaki kanan dan terkehel buku lali. Hari pertama, terpaksa papah untuk berjalan. Sayu jer hati melihat. Hmm… Sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir Maha Berkuasa.
Perjalanan kerja, macam biasalah. Bertambah lagi satu amanah di atas bahu. Hmm… suka atau tak suka, nak atau tak nak… itu aje pilihan yang ada. Boleh atau tak boleh tu… dah tak dapat nak dikenal pasti lagi. Sekarang ni redah ajelah dulu. Tiga hari pertama lepas pulang dari kampung, kerja full 3 hari berturut2. Terpaksa, sebab tak ada orang yg boleh kelola department. Lepas 3 hari, maka hari ini bercutilah. Baru terasa sakit-sakit badan. Tuhan je yang tahu tu. Itupun paksa diri untuk pergi pejabat pos, claim rebate utk road tax yg sekian lama bertangguh tak di ambik. Lepas tu terus ke stesen minyak, buat penyelenggaraan kereta seperti angin tayar, isi minyak dan yg paling penting… cuci kereta. Kereta tu dah tak macam kereta lagi dah. Berhabuk satu macam… macam tak ada tuan. Haila… buat camner… tuannya sibuk manjang. Sian keretaku itu… Sorry ek Cik Putih.
Perjalanan manuskrip Riana rasa makin jauh. Huhu… masih tak dapat kosentrasi utk manuskrip yang telah pun ditulis separuh jalan.  Haila… susah betul nak dapat balik magic touch ni! Nak berjaga malam-malam pun tak boleh pula sebab dah ada penghuni kecik dalam bilik Riana ni yg kena tidur awal sebab nak pi sekolah. Haru betul jadinya… Takkan nak wat kerja dalam gelap pula. Mata ni dah le koman je. Hmm… Wat citer kali ni Riana rasa lain macam pulak. Macam ada badi jer citer ni bila bersangkut paut dengan kehidupan Riana. Haduih… Doa-doa tak de la yg burok2 kan! Oklah… ini n3 pertama Riana setelah 13 hari berada di tahun baru. Hmm… moga-moga hari yang mendatang dapat Riana tempuhi dengan keazaman dan semangat yg membara di dada. Fuh… Amin.

(* Ini dia budak kecik yg dah pun start sekolah. Ini geng-geng yg cukup anti dengan maksunya ini)
Nota post-it: Huhu… tengok citer Little Women kat HBO tengah hari tadi, tetiba rasa bersemangat pula macam watak Winona Ryder yg bawa watak Josephine dalam citer tu. Dulu pernah baca novel Little Women ni, yg kalau tak salah ialah karya klasik. Baru kali ini dapat menonton cerita tersebut yg diangkat ke layar lebar. Terkesan dengan watak Josephine yg menolak lamaran kawan baik lelakinya Laurie yang menyintainya. Last sekali Laurie tu jadi adik iparnya. Huhu… =)