Jumaat, November 30, 2012

Ceritera di ILHAM.

Sebelum ni saya pernah berkisah perihal ILHAM di blog ni. (ILHAM)Kali ni nak berkisah pula perihal novel. Dah lama rasanya tak keluar novel baru. Ramai yang bertanya. Tapi apa boleh buat, masa sangat-sangat mencemburui. Ni dah pun nak masuk bulan Disember. Tahun depan dah 2013. Masih belum nampak bayang-bayangnya. Oh, editor dah mencari-cari.
Mula waktu awal tahun hari tu ingat nak mulakan kembali e-novel di blog. Tapi, entah mengapa... penyakit apa la yang menyampuk. Entri tak bergerak ke mana-mana. Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru. Hmmm... satu lagi yg sangat menganggu ialah berkenaan dengan kerja. Sekarang dah jadi outlet head, tak boleh nak main-main lagi macam masa staf dulu. Haih…
Tapi bila timbulnya platform Ilham dari Grup Buku, terus hati rasa berkobar-kobar nak cabar diri. Mungkin ini caranya dapat mempercepatkan lagi proses menyiapkan manuskrip. Siapa tahu kan!
Cover sementara di ILHAM... nanti buat lagi better kot..

Jadi, saya dah upload cerita "Di Bawah Pohon Rindu" ni di ILHAM. Sekarang ni masukkan sehingga Bab 2. Berliku sungguh nak menghabiskan cerita yg satu ini. Nama heroin je tak tukar. Nama hero nya dah berkali-kali tukar. Dasyat betul! Akhirnya stick pd yg publish dalam ILHAM. Perjalanan cerita tu masih panjang... Apa yang rasa tak patut ada, boleh je bagitau ye.. Selamat membaca!

Ahad, November 25, 2012

MAHA 2012: Part 1

Do you know about MAHA, guys? 1st time dengar? Atau dah pernah dengar tapi tak tau la apa yang orang kalut sangat pasal MAHA nih… Hehe… Actually MAHA ni aialah Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism  International Show. Tahun ini MAHA diraikan dengan Hari Peladang , Penternak & Nelayan peringkat kebangsaan. MAHA ni ada pameran & juga show berkenaan pertanian, perikanan dan yang setara dengannya. Berlangsung pada 23 November dan akan berakhir pada 2 Disember 2012 ini di tapak MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), berhampiran dengan UPM.
Rock melon


Bunga-bunga orkid yang pelbagai warna bisa buat peminat-peminat orkid jadi gila.. :D

Best giler kalau berkunjung ke sana. Banyak acara & pameran diadakan di sini sepanjang berlangsungnya MAHA. Banyak pokok bunga, pokok sayur, herba, pokok ubat-ubatan, haiwan ternakan, lembu, ayam, kambing, rusa, arnab, kucing...ladang buah, nenas dan banyak lagi yang boleh anda dapati di sana. Satu hari pergi confirm tak cukup masa nak melawat semua tempat di sana. Pameran utama diadakan di Hall D. Ada lebih dari 3 pameran besar di sana. Lepas tu anda boleh melawat Agro Bazaar. Terdapat pelbagai jenis produk-produk agro dipamer & dijual di sini. Menarik sangat. Masuk dalam ni, macam-macam produk makanan kita boleh taste.
Upin Ipin pun ada di Agro Bazaar.

Kambing ni sangat jinak..

Teringin nak pegang Arnab, tapi takut..hehe

Memandangkan jarak antara satu tempat pameran khusus ke tempat yg lain sangat jauh, maka perkhidmatan shuttle bus disediakan untuk memudahkan pengunjung dan disediakan secara percuma. Perkhidmatan tram juga disediakan namun dikenakan sedikit bayaran.
Kami ke ladang ternakan setelah penat berjalan di Hall D. Di sana teruja nak cari anak kambing, kucing dan arnab sebenarnya. Hehe..akhirnya memang ada setelah penat pusing-pusing. Arnab kat situ comel sungguh. Anda boleh membeli arnab-arnab di sini dengan harga serendah RM30 seekor. Ikut hati memang nak beli... tapi takut x mampu pula nak jaga. Jaga diri sendiri pun terkapai-kapai lagi..hehe.
Comel giler..
Di ladang ni juga ada pelbagai spesis lembu yang didatangkan dari seluruh negara. Oh, sangat-sangat besar tau lembu yang ada. Bukan setakat lembu, kambing pun..macam-macam ada. Kat sini ada dibuat lelongan kambing. Sapa yang berminat nak beli, boleh beli terus tanpa berlengah lagi.. Nak buat farm sendiri pun amat dialu-alukan. Diaorang akan bagi khidmat nasihat.
Berhampiran Hall D, di pintu masuk pula terdapat gerai-gerai yang menjual buah-buahan, bunga-bungaan dan pokok-pokok untuk landskap. Sangat-sangat murah harganya. Jom join segera sebelum berakhir hari ahad depan. Dibuka mulai jam 10pagi hingga 10 malam.
Kalau ada masa akan disambung dengan part 2. Ingat nak pergi lagi jelajah apa yang belum jelajah tempoh hari. :)

Selasa, November 20, 2012

Wayang: Jab Tak Hai Jaan…


Ok Wayang  Time! Tak sangka pula boleh tengok movie ni kat panggung.. Mungkin gara-gara teruja dengan filem Shahrukh Khan (SRK) kot. Tambah pula si dia peminat setia SRK. Mengambil kesempatan cuti dari kerja, dan kebetulan si dia pun bercuti… kami ke KLCC untuk menonton. Kenapa jauh sangat merayau? Sebab cuma di TGV KLCC jer yg paling dekat yg tayang ini movie. 3 jam OK cerita ni. Sakit punggung duduk lama-lama. Biasala…nama pun filem hindi. 
Bagi yang belum tahu, ini serba sedikit fakta yang dikutip dari pakcik Wiki dan beberapa website lain mengenai filem ini. Jab Tak Hai Jaan (bermaksud:As long as there is life (in me)) adalah filem arahan dan terbitan Yash Chopra yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Veer-Zara dan banyak lagi. (Sekadar menyebut dua filemnya.). Filem ini merupakan filem terakhir arahan legenda ini yang meninggal dunia pada 21 Oktober yang lepas. 

Dibintangi oleh Shahrukh Khan (Samar Anand), Katrina Kaif (Meera) dan Anushka Sharma (Akira Rai). Telah release di Mumbai pada Diwali yang lalu dan telah mengumpul berpuluh juta rupee..dan mungkin juga beratus. Boleh rujuk pakcik Google OK! 
2 jam pertama mengisahkan percintaan Samar Anand dan anak jutawan iaitu Meera di kota London. Samar yang bekerja pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung hidup di kota London terpaut dengan Meera yang pada ketika itu melintasi salji yang memutih menuju ke gereja. Kebetulan Samar bekerja untuk Jack membersihkan salji di kawasan gereja tersebut. Ketika itu Meera memasuki gereja kerana ingin memohon kepada Tuhannya agar pertunangan yang dirancang oleh ayahnya tidak menjadi dan semoga tunangnya membatalkan pertunangan mereka. 

Bibit percintaan bermula bila Meera sering bertembung dengan Samar yang juga mencari rezeki menjadi penyanyi/penghibur jalanan di tengah London. Samar menjadi pelayan meja makan semasa majlis pertunangan Meera & Roger. Mereka bertemu tanpa diduga. Dan selepas majlis tersebut, Meera bertemu Samar memohon agar Samar mengajarnya lagu Punjab untuk dipersembahkan ketika hari lahir ayahnya. Samar setuju, dengan syarat Meera mengajar Samar berbahasa Inggeris dengan betul. Mereka rapat dan dari situ cinta mereka mula wujud. Namun dipendekkan cerita, Meera tidak yakin dengan cintanya. Kerana cintanya mampu membuat mereka atau salah seorang dari mereka menderita. Dia menganggap Samar kemalangan kerana dosanya melakukan hubungan cintanya bersama Samar tanpa pengetahuan ayahnya. Jadi, dia sanggup melepaskan Samar agar lelaki itu tidak menderita kerananya. Dia minta Samar pergi jauh dari London dan dia pula akan berkahwin dengan Roger tunangannya. (Kat sini… rasa macam complicated sangat cara si Meera ni berfikir. Haih…cakap jer moden segala…tapi bila datang bab cinta ni…sangat-sangat complicated. Susah nak hadam part ni.)


Mengenangkan rasa marah, Samar Anand bernekad pulang ke India dan mengishtiharkan perang dengan Jesus (kerana si Meera ni terlalu taksub dengan Jesus. Every single thing kena bagi pilihan pada Jesus untuk tunaikan permintaan dia atau korbankan sesuatu yg dia sayang. Contoh: Waktu Samar kemalangan dan tak bernyawa, dia memohon kepada Jesus supaya menyelamatkan nyawa Samar dan jika Samar sedar dan selamat dia berjanji dengan Jesus tidak akan bertemu lagi dengan Samar. That's why I said she's too complicated. Haih…) Samar pulang ke India dan menyertai Skuad Pemusnah Bom dalam Tentera India. Sepuluh tahun kemudian bertemu dengan Akira Rai yang hampir lemas. Akira Rai seorang yang sangat berani dan merupakan trainee di Discovery Channel. Perhubungan Akira dengan lelaki tidak bertahan lama kerana Akira belum bertemu dengan lelaki yang sesuai di jiwanya. Namun bila bertemu dengan Mejar Samar Anand, dan terbaca diari beliau, Akira terus jatuh cinta.

Masuk jam terakhir dihabiskan dengan kisah Mejar Samar Anand yang kemalangan di London setelah dijemput Akira ke London bagi menyertai majlis perasmian dokumentari mengenai askar tersebut. Namun setelaah sedar dari kemalangan Samar hanya menyebut nama Meera. Doktor mengesahkan Samar amnesia dan hanya mengingati kisah 10 tahun yang lalu sahaja ketika di London. Doktor meminta Akira mencari orang-orang yang pernah bersama Samar especially Meera. Akira bertemu Meera dan memohon Meera menolong agar Samar mampu mengingat semula. 
Siapakah yang berjaya merebut hati Mejar Samar Anand, Meera atau Akira? Ok, kalau cerita sampai habis sure spoilt untuk sapa-sapa yang belum lihat. Hehehehe…

Teraju utama: Anushka, SRK & Katrina
Komen: Serius…tak berapa suka sangat dengan cerita ni kalau nak compare dengan filem cinta Yas Chopra yang lain. Mungkin terlalu moden sangat kot gaya hidup yang cuba disampaikan. Ada banyak sangat pengaruh barat kat situ. Ye lah asyik2 kissing, bed scene… penat kot... Haih… Untuk overall filem bagi 2.5 bintang dari 5. Untuk part heroin, rasanya Anushka lebih menyerlah berbanding Katrina. Part hero: SRK memang superb, 4.5 star! Paling suka part dah jadi Mejar Samar Anand.  Hati kering dia bila digoda Akira sangat-sangat best tgk ekspresi wajahnya. Dan lagi satu setiap lakonannya sangat particular. (cth: sebagai pegawai di Unit pemusnah bom, dia tahu wayar mana yang harus dipotong, dan bagaimana bom-bom disembunyi tanpa dapat dikesan oleh Sinar-X, dan cara dia mematikan setiap bom tu sangat-sangat details & memang siap dengan persediaan fakta. Bukan macam filem Melayu yang pakai belasah jer tanpa buat research terlebih dahulu. One day nak tengok juga filem-filem Melayu kita macam ni. At least every single scene tu berbekal fakta dan research. Bukan pakai belasah je.) Tapi tolak 0.5 star bila mai tang bab kissing nih… Lemas perut aihh… Tak suka part ni. Kalau takde scene ni pun for sure boleh menang aktor terbaik la. Tengok jer la citer Chak De India dan Swades tu.. Tak perlu scene ghairah2 nih. (Emo2…)



Updated: Trailer dari filem Jab Tak Hai Jaan. Lagu Challa ni memang sedap gak la.. Ok satu lagi pesanan penaja. Kalau nak tengok movie ni, kepada family especially…dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak anda yg masih kecil. Kerana adegan dalam filem ini rasanya lebih sesuai untuk 17thn dan ke atas. Biarla anak anda matang dan tahu berkenaan kematangan dalam usia yang sebenar-benarnya. *Peace*

p/s:- Review ini merupakan review personal. Bukan review dari pakar perfileman ya. Saya review berkenaan apa yang saya rasa. Lain orang, lain pandangan dan persepsi. Jangan touching lebih-lebih bila membaca ini. Terima kasih! :) - Ohoiii…janganla pulak tetiba ada orang dari Mumbai sana komen. Mau kena remove terus ini entry.

Selasa, November 13, 2012

Tokens Of Love 2012


Hi dearies! Yeay... musim-musim cuti dan hujan ni malas betul nak updated blog. Tapi rajinkan juga la mencari bahan-bahan nak diletak dalam blog ni. Disebabkan dah bosan sangat dan tak tau nak updated apa... jadi cari punya cari, ini yang jumpa.. Okey, ini adalah katalog tahunan MPH setiap kali muncul akhir tahun. So, di MPH tiba je akhir tahun kami sibuk macam nak menyambut raya. Stok masuk bertimbun-timbun banyaknya. Nak review katalog ni, boleh dapatkan di semua cawangan kedai buku MPH atau boleh menyelak helaian demi helaian di sini >> Tokens Of Love <<
So, ape yang menarik kat dalam ni? Macam-macam ada... Dari buku-buku Am, buku kanak-kanak, buku fiksyen Bahasa Inggeris sehinggalah ke toys & stationery. Semua item di dalam katalog ini adalah item-item yang baru. Jadi, memudahkan pembeli untuk membeli dan memilih item-item yang mereka kehendaki. Tambah-tambah lagi di musim perayaan, ramai yang membeli untuk diberikan kepada insan-insan tersayang.

Selain katalog, MPH juga telah menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang November dan Disember ini. Lihat poster di atas ya untuk rujukan. :) Promosi MPH nih.. Haha.. Jadi jangan malu dan segan untuk terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami jika terdapat sebarang pertanyaan. 
Anda juga boleh shopping secara online di mphonline.com. Urusan semua di hujung jari. Anda hanya tunggu buku sampai di depan pintu rumah anda sahaja. Cuma ada sedikit caj penghantaran dikenakan.. :D

Bekerja di kedai buku, ramai book lovers cakap seronok sebab sentiasa berdamping dengan buku. Tapi, secara jujurnya bila dah sampai di tahap ini, banyak komitmen yang perlu anda dahulukan untuk kedai berbanding untuk diri. Tapi, apa-apa pun sepanjang 7 tahun ni, memang fun! Tak sangka bertahan sejauh ini. Jadi, inilah promotion free buat MPH untuk hari ini. 

Khamis, November 08, 2012

Hujan dan ceritanya…


Musim-musim hujan macam ni rasa sentimental pulak jiwa ni. :) Macam-macam dalam fikiran. Hehe... banyak yang ingin ditulis...tetapi tak tahu yang mana satu patut didahulukan.. :) Kita layankan gambar di bawah dari Google... Hujan dan ceritanya… Setiap gambar ada ceritanya…(Macam Yuna dalam iklan Canon pulak… ) Tambah-tambah pula bila pasang lagu sedih-sedih… sure feeling habis. :D  Kesimpulannya… I Love Rain so much… (bukan Rain Bi ye.. )









Bila tengok gambar-gambar macam ni rasa banyak sangat yang ingin ditulis.. tapi bila mengadap laptop..dengan keyboard ni.. terus mcm tak jadi.. Hehe.. Moga Hujan ni bawa seribu rahmat juga... :D

Selasa, November 06, 2012

Mari ke ILHAM.


Berita baik untuk para penulis atau penulis-penulis baru atau mereka yang berminat menulis atau mereka yang baru berjinak-jinak untuk menulis... Kini ada ruangan baru untuk anda, anda dan anda yang ingin karya anda dibaca dan dinilai oleh editor Grup Buku. Ini medium yang tak harus anda pinggirkan OK! Mana tahu kelak anda bakal sebaris dengan novelis terkenal yang lain… Jadi jom hantar/pos karya anda di sini >>>ILHAM . Laman ini mungkin dapat membantu anda untuk menjadi seorang penulis. Ada tip penulisan disediakan di laman ini. Tapi yang paling penting jangan lupa daftar! Anda bebas berkarya di sini. Manuskrip anda juga berpeluang untuk dinilai dan dijadikan novel!
Jadi apa tunggu lagi!



p/s: OK, sambung menulis…… :D

Isnin, November 05, 2012

Exam SPM… Good Luck All Student!


Hai adik-adik yang ambik SPM exam tahun ni, selamat menjawab soalan peperiksaan esok! Akak tak nak kasik apa-apa tips peperiksaan ke aper.. Nanti takut lagi stress nak amik exam esok. Lagipun waktu  ambik exam dulu bukannya belajar sesangat.. dan tak pandai pun.. Hehe. Cukup-cukup makan jer dapat. Jangan jadi macam daku.. Huhu..
So, SPM ni kelak menentukan langkah pertama adik-adik semua ke arah mana nanti. Di saat-saat akhir ini, doa saja yang mampu untuk menenangkan hati. Banyak-banyakkan berdoa.. moga kita dapat jawab soalan dengan tenang waktu peperiksaan nanti.
Hehe...teringat dulu waktu nak amik exam SPM... giler ketaq sebab takut sangat-sangat Chemistry dengan Add Math failed. Nasib baiklah tak fail waktu tu.. Bila masuk matrikulasi, apa yg belajar waktu form 5 dulu rasa senang pulak. Ada hati nak ulang ambik kertas add math dengan kimia waktu tu.. Hehehe... So, jangan jadi macam daku. Menyesal kemudian tak berguna. Selamat menjawab soalan periksa adik-adik! Wish you all passed with flying colours! :D

Huhu..teringat perangai huduh time periksa dulu2... Selalu conteng balance kertas kosong untuk buat plot novel... hehehe..


Sabtu, November 03, 2012

Filem Istanbul Aku Datang, wajib tonton!



Ok, actually dah tau tentang filem ni dah lama. Tapi tak tau apa yang filem ini ingin sampaikan kepada audience. Tapi sungguh teruja bila melihat pemegang watak-watak di dalamnya.
Tadi sempat tonton The Making of... 'Istanbul Aku Datang' di TV. Menarik dan tertarik. Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 8 November 2012. Dengan caption 8000km mencari cinta. Tema: Komedi Romantik.Yeay, wajib pergi tengok!

Pelakon utama, Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat... Sure teruja! Sinematografi yang sungguh cantik dan jalan cerita yang fresh.. Teruja nak tengok Beto berlakon setelah tersangkut dengan cara lakonannya. Tak nak citer panjang-panjang.. Kita layankan gambar dulu ok! :D






Awww.....apsal gambar Lisa jer banyak?? Ok, will update later with others.. :) 

Update: Ok... ni gambar pelakon-pelakon lain.. Semua gambar di ambil dari Facebook: Istanbul Aku Datang.




Here the Trailers……………




Ok guys, counting days... :D 
Update 10th November: Dah tengok citer ni dengan si dia.  Over all memang best. Not bad. Walaupun kisah cinta biasa…tapi cara penceritaannya sedikit berbeza dari filem melayu lain. Pemandangan Istanbul sangat cantik. Rasa nak terbang ke sana juga. Pelakon yang berlakon dalam filem ni pun sangat best dan dialog yg dilontar pun sangat bersahaja. Ada part sedih jugak dalam ni dan buat airmata bergenang (so touching & focus sungguh minah ni…haha). I love Beto more… :D Lisa also good. Lari dari watak yang dia selalu bawa. 4.5 bintang from 5... Worth watching!

Khamis, November 01, 2012

Kenapa sukar melafazkan maaf?


Persoalan yang ingin saya bold kat sini ialah mengenai maaf. Kenapa agaknya kebanyakan dari kita sukar melafazkan maaf? Bila dah buat salah, bila dah mengguris hati orang lain boleh jer buat bodo..hati kering... takder perasaan.. Teruknya kita, kita dan kita ni kan?  Apa salahnya hulurkan kemaafan bila kita buat salah. Cuma empat huruf, M.A.A.F atau 5 huruf untuk S.O.R.R.Y diselangi dengan beberapa perkataan pemanis kata, sure tak berat sangat kan! Tapi peliknya... yang sedikit itu lah yang begitu berat nak terlafaz di bibir. Berat dengan rasa angkuh, berat dengan rasa ego. Kawan-kawanku, kita ni menapak di bumi Tuhan, janganlah terlalu angkuh dan ego. Siapalah kita kalau bukan Tuhan yang ciptakan, Tuhan yang pinjamkan bumi untuk kita diami sehingga tiba hari kita dipanggil mengadap Ilahi. Tak rugi memohon kemaafan dan tak rugi memberi kemaafan. Lagi satu yang paling penting, sila memaafkan dan melupakan. Please forgive & forget. Kalau dekat mulut jer ucap maaf, di hati tu masih rasa berdendam kesumat, tak ada maknanya! 
So, di malam yang tenang dan dingin ni apa kata kita renung sejenak salah silap kita dan maafkan apa jua kesalahan orang pada kita. Setiap orang pernah mengalami bermacam-macam jenis peristiwa setiap hari. Jadi ada kalanya ada kelakuan dan kata-kata yang membuatkan orang lain terguris luka dalam sedar dan juga tanpa kita sedar. I'm a human too.. tak pernah lari dari kesalahan. Tapi tak salah untuk kita merenung diri kita sendiri. Muhasabah diri kita. Ok! Selamat Malam!