Jumaat, Disember 31, 2010

~End 2010……New 2011 Resolution~



2010…Tahun yg kurang produktif bagi saya… Haih……tak tahula kenapa boleh jadi macam ni… padahal tahun ni mcm2 yg berlaku pada diri… tp… mood asyik swing tak menentu sampaikan badinya terkena pada blog sendiri. Sedih giler tgk entry utk tahun ini…tak sampai pun 30 lebih. Haih…… ini entry yg ke 31 utk thn 2010……sedihnya……Macam busy sgt dgn kehidupan harian kan…
Aper la cik kak ni kan…


Januari 2010~ Sibuk dgn kerja…
Februari 2010~ Bercuti ke Langkawi selama 4 hari. Dengan menaiki flight ke Langkawi, bersama 3 teman yang lain bercuti sakan di sana. Dan sambil-sambil tu buat editing terakhir untuk novel Percaya Ada Cinta.
March 2010~ Seronok giler…akhirnya novel Percaya Ada Cinta keluar di pasaran dan pertama kali merasa bahang kehangatan Pesta Buku Antarabangsa PWTC sebagai penulis novel. Paling best rasanya bila tgk rak buku dah kosong dan stok novel habis langsung dan menyebabkan saya pulang awal pd hari pertama sesi utk saya berlangsung. Syukur sangat novel tersebut diterima ramai sehingga hari ini. Segala komen positif dan negatif saya anggap sebagai pembakar semangat untuk saya.
April 2010~ Kerja…kerja dan kerja…
Mei 2010 ~ Bercuti beramai-ramai ke Melaka dengan rakan-rakan setugas. Best sangat dapat release tension sekejap. Lepas tu sambung cuti balik kampung selama dua minggu di kampung. Hehe…best3x…
Jun 2010~ Kerja…
Julai 2010~ Ke Janda Baik, sebanyak 3 kali……bercuti lagi…
Ogos 2010~ Deklarasi Hati…
September-Oktober 2010- Terlalu sibuk dgn kerja…dan juga perkara2 harian. 
November 2010~ Pindah rumah.
Disember 2010~ Dalam suka ada duka…


Begitulah kehidupan sepanjang 2010. Ada gembira. Ada suka.  Dan tetap ada dukanya… tapi, hidup tetap harus diteruskan sebagai seorang manusia. Apa jua rintangan tetap cuba dihadapi dengan semangat.


Kedatangan 2011 bakal disambut beberapa jam sahaja dari sekarang. Azam tahun baru? Tiap-tiap hari ada azam. Makan azam saya, memperbaharui azam yang byk tertangguh di tahun 2010. Antaranya……melangsaikan manuskrip yang masih lagi di peringkat pertengahan. Sorry teman-teman… 2011 tak akan ada novel baru dariku… Harap bersabar sehingga semuanya selesai.
Lagi satu azam baru untuk tahun 2011 ini iaitu…ingin menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan juga ingin mempertingkatkan kerjaya. Moga dimakbulkan Tuhan…Amin.
Juga tak lupa untuk Resolusi Cinta… ^^ Moga bahagia dan aman sentiasa… =)




Selamat datang 2011…dengan membawa jalur-jalur gemilang dalam hidupku… Amin






Kepada followers dan juga teman-teman yang sering berkunjung kesini sama ada yang meninggalkan jejak atau tidak (kerana tuan rumah tak sempat menjawab di tagboard)… saya ucapkan semoga tahun 2011 memberi kehidupan yang ceria buat semua.

~Happy Birthday…~

Happy Birthday to my dear friend yang menyambut hari lahirnya hari ini……
Hey Bro……Happy Birthday and May Allah bless you always…



 To: Raymie



From: Dang Delima…(hehe) ;)