Rabu, Jun 30, 2010

3 Idiots…

Two idiots…on their way … to find the third…



Filem ini di cadangkan oleh seorang teman- Encik Perasan Kacak untuk ditonton. Sudah memiliki DVDnya, tetapi baru hari ini berkesempatan untuk itu. 
Menghabiskan masa selama 3 jam menonton cerita ini memang berbaloi rasanya. Filem Hindi ini amat berbeza berbanding filem-filem hindi tipikal yang lain. Walaupun masih ada lagu-lagu nya yang menyaksikan hero heroinnya berganti baju bagai… tapi filem ini memberi lebih dari semua tu. Dan bersyukur sangat sebab filem 3 idiot ini tidak terlalu mempromosi tubuh badan wanita  sebagai sebahagian dari inti pati cerita…  
Mekap yang sangat natural dan tidak keterlaluan, cinematografi yang sungguhhhhhh cantek…  Lakonan Aamir Khan, Madhavan dan Sharman Joshi yang sangat berkesan… Dari apa yang dapat direnung, dimanfaatkan adalah… nilai sebuah persahabatan yang kian terhakis di kalangan kita tanpa kita sedari. Dan bukan itu saja… nilai kekeluargaan juga turut diselit di antaranya. Filem ini juga membuka minda. Pekerjaan yang kita lakukan mesti seiring dengan minat… Jika tiada minat, dipaksa bagaimana pun tak akan menjadi. Nak komen panjang-panjang…memang tak reti la kan… Tapi filem ini mampu memberi sesuatu kepada kita untuk kita renung2kan… One of motivated film. 5 star untuk filem ini.

p/s: Encik Perasan kacak… saya dah tengok n komen yer… Sesungguhnya Kareena Kapoor sangat cantek dalam filem ni. Hehehe ;)

Rabu, Jun 23, 2010

Dan bila Esok…

Sebenarnya dah lama sangat rasa tak update blog yg makin bersawang ini. Adoii…ampun maafla dari Riana yer…Huhu :( Sebenarnya skill nak menulis pun macam dah berkarat dah ni… Nak menulis rasa macam dah tak ada rasa. Jari jemari rasa keras semacam jer. 
Banyak benda yang berlaku dalam masa blog ini ditinggalkan sepi. Dari cerita gembira, hati berbunga-bunga, ada taman tema dalam hati sampaila cerita kepala yang serabut, hati berbulu jer dan tak lupa…cerita air mata… Huhu :( Biasala… aku hanya insan biasa. Dugaan yang Tuhan bagi tu kita tempuh aje la dgn rasa syukur, sebab ada org lagi yang lebih dasyat dugaannya.


Kehidupan harian rasa makin hectic dari biasa… Kerja makin berlambak2 tak pernah sedikit pun surut. Dengan KPI, Return procedure yang kena diperbaiki, kena kejar sales, sales dan sales. Semuanya tu macam menjerut leher rasanya. Dengan jawatan yang tersandang di bahu, pasti menggamit insan2 lain utk menilai setakat mana tahap kecekapan yang ada pada diri. Itu satu anugerah atau juga mungkin satu bala. Haih… kalau mengambil kira apa orang keliling mengata…mengumpat, pastinya kita tak boleh hidup kan. Ahh… pangkat dan darjat tu bukan nye mintak pun. Kalau boleh x nak pun. Janji gaji naik, sudah… Haih… Susah kan kalau dah naik pangkat, tp org keliling rasa tak puas hati dan memperkatakan tentang hal itu secara terang-terang rasa tidak puas hati mereka. Terpulang la. 
Tapi dalam kesibukan kerja… kehidupan sosial x boleh dilupa. Semakin ada kereta semakin panjang langkah kan…Hehe ;) YE lah buat ape ada kereta tapi tak gi jalan2 merata ceruk.Hehe…*sengal*
Bab penulisan… yer…masih dan masih dalam mood yang tak tentu hala. Citer separuh jalan. Macam mana ya nak menyeru  semangat menulis…huh…masalah…masalah…
Terima kasih yang tak terhingga buat yang memberi komen bermakna untuk novel Percaya Ada Cinta yang dah pun masuk 2nd print. Gembira tu…"Ya"…tapi sesungguhnya gementar juga la…sebab masing-masing dah bertanya bila nak keluar novel baru…Adehh… Penat untuk yang satu itu pun belum kebah-kebah. Harap bersabar yer… Doakan saya moga diberi kesempatan menulis dan menulis… 


Nak jawab tag kat sebelah tu… Sesungguhnya dah lupa passwordnya… Jawab kat sini je la eh…




ainaS
salam, first time masuk
blog ni ....melalui buku
novel percaya ada
cinta....mmmg best....5
star....koleksi buku yg
plg best,.....syabasssss



To ainaS; Terima kasih yg tak terhingga… Terharu2x…




singgah jap kat sini, tuan
umah apa khabar. Sihat ke?
| SEPET ITU KACAK!



To farid; free fee entrance encik Farid… ;)


ash
omg jatuh cinta dgn mad
hatter. kak ryana mad
hatter so ugly. :(



To Ash; I'm going mad and mad la… :)




salam...sy dh bce, PERCAYA
ADA CINTA...best cerita
nye...mcm sy lak yg jd Fiy
2...hehehehe...gurau je!

 To Najibah; Terima kasih kerana membaca. Kalau tanya semua org mmg ramai yang nak jadi Fiy dan yg lelakinya nak jadi Arsyad… Hehe ;)




mey18
salam..k.ryana..best sgt
novel akq nie..jlan cerita
yg amat cantik &
romantis..5star tok
akq..:D:D:D:D:D



To Mey18; Thanks, dear… Most appreciate!!! ;)




Akmadolla
dah baca .permulaan cerita
slow ckit nak memahami
banyak sangat watak22 tp
lepas ada arshad tu yg
best sesangat heheh

To Akmadolla; Hehe… thanks kerana membaca… Maaf untuk segala kekurangan ya!


KD
hai akak... saye dah beli
buku percaya ada cinta
masa kat pesta buku KL2010
aritu tp msih x de masa
nak baca...

To KD; Thanks dear… Xpe slow2 baca…




Nur Eyta
Salam, K.Ryana... Eyta dh
dpt pun buku akak. Dh
khatam pun :p



To Eyta: Thanks dik… Most appreciate it dear… ;)





~*luv* ^_^ Sekali lagi thanks dari Riana untuk semua yang membaca Percaya Ada Cinta. Terharu dengan semua yang komen baik di sini, email dan juga di facebook. Tak ada yang paling manis melainkan rasa sungguh gembira dengan terlahirnya Percaya Ada Cinta. Moga-moga masih ada kesempatan yang diberi Tuhan untuk terus berkarya. Amin.

Dengar lagu ni… mesti rasa macam hepi jer tetiba… Kenapa entah… :) Enjoyzzzz 

~♥ Shining Star ♥~ Super Junior



Hangul/romanized:


Shining Star! like a little diamond, makes me love
Naegen kkoomgyeolgateun dalkomhan misoro nal barabomyeo soksagyeojweo

Hangsang hamkke halgeora till the end of time


Oh! Day by Day hangsang nae gyeote geudaega meomoolleo jweo
Stay in my heart noonbooshin Shining my love

Neul barago ijjyo hangsang geogieseo wooseumjitgireul

Ddeut moreul ohaewa iyoo eobneun miwoome himi deureodo
Deo meon goseul bwayo ije shijakijyo woolgo shipeul ddaen naege gidaeyo

Boojokhajiman geudael jikilgeyo



Sarangeun geureohke cheoeum soonganbooteo chajawa gajang gipeun gose narawa nal ddeugeopge hae
Byeonhaji anhneun ddeollim geudaeneun

Shining Star! like a little diamond, makes me love
Naegen kkoomgyeolgateun dalkomhan misoro nal barabomyeo soksagyeojweo hangsang hamkke halgeora till the end of time


Shining Star taeyangboda balka haetsal gateun geudae nonbicheun naege hyooshigeul jweo
Jichyeoisseul ddaen nae mameul balkhyeo jweo Promise midgiro hae eonjedeun ne pyeoni dweyeojoolge
Noogooboda deo keun sarangeuro ni jageun eoggae gamssajoolge

Sarangeun geureohke cheoeum soonganbooteo chajawa gajang gipeun gose narawa nal ddeugeopge hae
Byeonhaji anhneun ddeollim geudaeneun

Shining Star! like a little diamond, makes me love
Naegen kkoomgyeolgateun dalkomhan misoro nal barabomyeo soksagyeojweo hangsang hamkke halgeora

Shining Star! like a little diamond, makes me love
Naegen kkoomgyeolgateun dalkomhan misoro nal barabomyeo soksagyeojweo
KYUHYUN
Hangsang hamkke halgeora till the end of time

Isnin, Jun 07, 2010

Kisah yg menggamit memori…

Kasyah, Ayu, Azmi dan Katerina yang menggamit memori. Sebenarnya dah lama sangat dah cerita Budak Setan ni Riana baca. Zaman sekolah-sekolah dulu lagi. Itu pun pinjam dengan member. Baca pun sorok-sorok dalam kelambu waktu kt dorm. Hehe… Kalau tau dek warden… la la tu jugak la kena rampas. Waktu tu buku Ahadiat akashah merupakan novel remaja yang terhangat di pasaran ketika itu. 
Dan bila menonton sendiri cerita Lagenda Budak Setan… seolah mengembalikan nostalgia satu tika dahulu. Sesungguhnya jalan cerita LBS ini Riana sendiri dah lupa. Sehinggala tengok citer ni minggu lepas…






~Hilangnya cintamu menusuk hatiku… ~