Jumaat, Februari 29, 2008

Hanya empat tahun sekali datangnya...


Kehadiran tarikh ini hanya untuk empat tahun sekali dan ianya hanya berlaku pada hari Jumaat setiap empat tahun. 
Hehe... terasa ingin mencoretkan sesuatu buat kenangan di kemudian hari kelak... Buat yang menyambut hari kelahiran pada tarikh yang istimewa ini, Selamat Hari Lahir! 
***
Coretan semalam... 28hb Februari, keletihan kerana bekerja. Kerja yang tak pernah henti2. Rutin hidup harian terasa terhenti bilamana, ada seseorang begitu busy body ingin masuk campur hal yang dia sendiri bukannya pakar pun. Hesy… geram betul! Si lalat ini sibuk berbunyi, sedangkan dia sendiri pun bukannya elok. Nampak jer salah orang lain ek... Actually, benda yang aku buat tu sebenarnya tak salah pun... Cuma dia yang tak pernah berdepan dgn masalah tu... kecoh dan gelabah. Eleh… nak bagitau orang atasan konon… Yes, please! Tolonglah beritahu! Nak bawa waktu briefing staff, yg kononnya supervisor and exec yang sepatutnya " should know" supaya ditempelak di depan khalayak staff yg lain. Akhirnya terkena pada dirinya sendiri! Ahaks… orang di atas pun cakap, "we all memang selalu buat prosedur begitu". Siapa yang malu? Hemm… tak faham aku dengan kerenah bz body seekor lalat  ini! 
***
Tahun ini (lebih specific, bulan ini) setelah hampir empat tahun tamat belajar di universiti... tiba-tiba sahaja teringin nak mencari kengkawan lama satu kolej dan satu kelas dan satu fakulti. Padahal waktu kat uni dulu, Ryana bukanlah dalam kategori mesra alam. Ada yang selama empat thn sekelas, sekalipun Ryana tak pernah bertegur sapa. Teruknya sikap Ryana ni bila difikirkan sekarang. Hehe… sekarang baru nak menyesal ek! 
Dan tahun ini pembuka satu sejarah. Talian persahabatan kini bertaut kembali. Rata2 teman yang lain sudah mendirikan rumah tangga. Adalah beberapa kerat lagi yg masih solo.
Moga persahabatan ini berkekalan… 
 

Rabu, Februari 27, 2008

Kerana Ungu Karmila...


Salam buat semua...
Hemm, x der citer yg menarik utk ditulis. Sebab tu diam jer sepanjang hampir sebulan ni. 
Oh ya, memandangkan dah habis membaca karya terbaru my favourite author, Encik Ramlee Awang Murshid. ~ Ungu Karmila~ Memang teruja betul bila keluar tawaran pracetak di Alaf21. Tapi, akhirnya Ryana beli jer kat MPH. Haha... Dan di MPH sendiri ramai pengikut cerita saudara Ramlee. Sampai berlumba2 siapa yg jadi pembeli pertama di outlet kita org tu! 
Oklah… cerita Ungu Karmila ni memang best. Ryana rekomenkan pada sesiapa yg nak cuba membaca satu kelainan. Membaca buku saudara Ramlee ni memang rasa tak boleh nak berenti… Sanggup stay up.
Ryana tak mahu komen pasal jalan ceritanya. Biarlah yg pakar saja buat ulasan. Hehehe... Tapi memang berbaloi dengan duit yang di laburkan. Memang mendebarkan... 

*****
Menjawab tagboard (maaflah, ryana terlupa password oggix ni! Nak kena check balik dlm buku nota. Ahaks!!)

Buat udaidza, rasanya Ryana takkan keluar dengan buku baru dlm masa terdekat ni. Insya Allah sama ada akhir thn ini atau thn depan.

Buat Fifi Sharena,
W'salam! =) Maaf kerana lambat menjawab tag saudari.  Ryana alhamdulillah, sihat sejahtera. 
Nak mengajar, Ryana tak pandai sangat. Cuma apa yg Ryana selalu amalkan, Ryana akan tulis setiap satu idea cerita di dalam buku nota. Bila cerita tersebut semakin berkembang, baru Ryana pindahkan ke dalam sebuah buku khas. Lepas tu barulah bermulanya proses menaip di depan skrin sambil memperkembangkan lai idea.



  









Jumaat, Februari 01, 2008

Pening...

Ryana dalam mode pening dua tiga ari ni... Ntah kenapalah... Manuskrip tu tak bersentuh sejak 2-3 ari ni... Haduiii... tak bergerak-gerak... Agak-agaknya kena keluar menikmati kehijauan alam kot...hahaha... baru idea nak dtg balik. Ni tgh tersangkut di part2 akhir ni... Hish... tak suka betul!
Waktu-waktu lapang begini (time otak tgh stuck), Ryana suka sangat nak klik sana, klik sini kat blog. Pergi merayap ke rumah member2. Dapat baca n3 kengkawan pun rasa pulih sikit semangat. Tak pun, try cari design baru utk jahitan manik. Ryana bukanlah pakar, tapi bolehlah utk diri sendiri. Nak buat utk org tu, belum mampu lagi kot rasanya... Buat sekadar suka2.
Nak membaca karya orang lain pun terasa x der mood. Kat rumah tu masih bersusun novel2 yg belum di baca. Teringin juga nak dapatkan karya terbaru penulis kegemaranku... Ramlee Awang Murshid (ungu Karmila). Tapi, memandangkan masih banyak yg bersusun, maka... Ryana batalkan dulu niat di hati. Tapi akan tetap dibeli dalam masa terdekat ni!