Sabtu, Mac 27, 2010

♥~ Bukakanlah hatimu untuk CINTA~ ♥

Layan lagu nih…



♥ Luv ♥

Buat yang berkunjung ke PWTC dan membeli naskah Percaya Ada Cinta~ Terima kasih dari Riana. Yang bertegur sapa… terima kasih juga. 

Rabu, Mac 17, 2010

~Percaya Ada Cinta~




Buah tangan Ryana yg terbaru buat yg ternanti-nanti. Insya Allah menemui anda di KLIBF, PWTC 19-28 Mac.


Updated: Riana akan berada di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC pada 20, 25 dan 26 Mac ini. Jumpa anda di sana ya! ;)


Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Ryana Adrina
ISBN: 978-983-124-513-2

Sinopsis: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!

Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.

Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?






Jumaat, Mac 12, 2010

~Jatuh Cinta dengan Mad Hatter ~





Oh, saya telah jatuh cinta dengan Mad Hatter (lakonan Johnny Depp). Comel jer… Setakat ni belum pernah kecewa dengan lakonan Johnny Depp dalam mana-mana filemnya…  
Riana dah tgk cerita ni semalam dan memang awesome! Macam nak ulang tayang sekali lagi plak. 
Esok ader test KPLI… tapi masih berpoya-poya di internet. Huhu… otakku telah letih… ;)

Hari-hari yang penuh tekanan…



Melalui keadaan yang penuh tekanan… memerlukan kesabaran yang cukup kuat. Andai tidak cukup kuat, maka apa-apa sahaja kemungkinan bakal berlaku… ;)

Jumaat, Mac 05, 2010

Teka-teki gurauan Hati…





Wah-wah… saje jer letak tajuk entri cam gitu…hehe ;) Dua tiga hari ni tidur asyik terganggu jer… Tak puas rasa tidur… 
Dok memikir banyak sangat yg nak kena ingat… banyak juga yg nak kena follow up…banyak juga yang nak kena buat…Adoi!! Haha ;) Hidup macam gitulah yer… tak pernah habis-habis dengan kerja… Kalau takde kerja macam mana la keadaan hidup kita yer…
Itu baru soal kerja… belum masuk lagi soal hati ke… soal perasaan ker… Haih…
Semalam tengok My Name Is Khan… best!! Lain dari cerita SRK y sebelum-sebelum ni… Dan suka andainya dalam kehidupan sebenar SRK mengamalkan cara hidup seperti seorang Muslim…  Suka dengan tagline yg sering disebut-sebut SRK… My Name is Khan…and I'm not a terrorist… Betul kat ibu Rizwan Khan dalam filem ini… Hanya ada dua jenis manusia dalam dunia ini… sama ada ia jahat atau baik… dan ia bukan bergantung kepada agama yang dianutinya…



Dunia Islam abad ke 21 ini memang semakin mencabar. Banyak isu-isu panas timbul. Semua isu yng timbul akhirnya membuatkan umat Islam itu yg tersepit dan berada di dalam kerugian…