Khamis, Oktober 13, 2011

Bertemu Novelis Grupbuku Karangkraf di MPH 1 Utama


Salam buat semua. Ok, seperti tajuk di atas… MPH One Utama dengan kerjasama Grupbuku Karangkraf membawa kan novelis-novelis terkenal tanah air. Jadi sesiapa yang ingin bertemu novelis-novelis kesayangan anda sila ambil perhatian tarikh yang tertera. Pertama kali kami bekerjasama dengan Grup Buku Karangkraf untuk event ini.

Please save the date for the coming event ya!  (Untung-untung boleh ketemu dengan tuan punya blog ini juga. Hehehe ;) )

Rabu, Oktober 12, 2011

~Aktiviti orang sibuk…~

Haha… sibukla sangat kan… Di waktu ini masih cuba menghabiskan novel Ikhlas A. K! Karya Nirrosette.

Dah hampir setahun rasanya tak membaca seperti ini. Selalu beli novel, mesti separuh jalan je baca. Ini ada perkembangan baik la kot dah habiskan dua novel tanpa sedikitpun melangkau halaman. Teruk kan… Haih! Dan dalam waktu inilah juga projek manuskrip lajunya macam kura-kura jer. Dua kali ganda teruk. Tapi harapannya dengan bermula kembali hobi yang kian lama tertinggal dapat memberikan sedikit semangat untuk menulis semula.
Sambil-sambil mencari dan terus mencari idea untuk manuskrip, inilah antara hobi-hobi yang cuba diluangkan untuk masa yang ada.

Sudoku.
Diperkenalkan dan diajar oleh bf sendiri. Hehe.. selalu kuar suka la bawak menda alah ni jadi teman. Orang lain sibuk shopping sakan, kitaorg berdua duduk kedai makan, minum sambil buat benda alah ni. Haha… sungguh tak romantik… Siap aci lawan sapa leh habis dulu…haha…

Beading.
Tapi tak ada la buat secantik ini. Ini kerja org yang pro jer ni. Nanti ada masa saya pos rekaan saya untuk tatapan. Sapa nak tempah, bolehla… hahaha… :D Belajar dengan buku, majalah dan internet sahaja. Sebab tak sempat nak pergi mana-mana kursus. Hehe…Gambar ehsan dari beadsky.com

Quilling.
Hobi ni dah minat lama tapi baru jer mula mendalaminya. Ada terbaca dalam novel Yes Boss! oleh Areila Sahimi yg turut menceritakan minat heroin dlm citer tu yg buat kad untuk bos nya dengan kaedah ini. Sesapa nak belajar bolehla guna pakcik Google ni. Sebab mmg mudah sangat nak buat. Cuma perlukan kesabaran jer nak menghadap benda-benda halus camni. Gambar di atas pun bukan gambar sebenar. Diculik dari Google. Kad yang buat sendiri malu lak nak tunjuk. Haha…

Secara serius, Riana sendiri memang minat benda-benda seni macam ni sejak dari kecil. Ingat lagi waktu habis UPSR, berguru dengan kakak mengait satu jarum (Crochet). Pastu belajar buat cross stitch dengan kakak lagi sorang dan leh lak bagi hasil kerja yg dah di frem kan kepada guru kelas waktu darjah 6. Waktu sekolah menengah suka menjahit. Itu belajar dengan mak. Mentang-mentangla ada mesin jahit kat rumah kan. (mesin jahit yg guna kaki, bukan guna elektrik) Buat sarung bantal sendiri la. Kadang-kadang tolong mak jahitkan baju kedah dia. Sampaila buat baju kurung dan langsir. Besst giler waktu dah dapat buat baju sendiri. Bangga lak tetiba. 
Yang kelakar, siap adik bleh pula suruh buat present untuk hadiah kepada guru pelatih yang mengajar di sekolah dia (of cos la lelaki…haha.) Habis universiti pun Riana pernah ke kelas knitting di Damansara Jaya. Dapat buat satu muffler. Tapi knitting ni masih lagi nak belajar. Tapi belajar sendiri la guna youtube. Sebab nak ke kelas memang tak tau nak mencelah waktu mana. 
Pernah dulu lepas SPM kakak Riana cadangkan Riana ambil seni halus je kat Uitm. Tapi Riana ambik Science stream.. so sayang pula nak ambil seni. Maka jadila caca marba sampai hari ni. Riana mula menulis pula waktu Tingkatan 1. Duduk asrama, jadi kawan-kawan dorm je la yang baca dan diaorg komen apa yang patut. Tapi waktu tu mana ada PC mahupun laptop. Jadi semua yang ditulis tu jadi pekasam jer dalam gerobok. Hehe… Rasanya macam penulis-penulis lain juga kot. Tulis ikut rasa hati sendiri. Cuba buat sejujur mungkin. Dan kini semua hobi ni kebanyakannya dah jadi macam kerjaya part time Riana dah. Tapi walau apa pun Riana gembira dengan kehidupan. Syukur pada kelebihan yang diberi. 
Kita kena percaya bahawa setiap manusia ada keistimewaan yang tersendiri. ;) Jumpa lagi!! ^_^

Selasa, Oktober 11, 2011

~Kita Berdua Bersatu…~

Jengggggggg…Hehehe… testing2… Dengan langsir baru… Harap-harap semangat pun baru… Moga-moga virus M tu cepat-cepat minggir dariku… Hehehe… ;)