Isnin, Disember 29, 2008

Tahun Baru 2009…

Umur bertambah setahun lagi… Siapa sangka pantasnya masa berlalu. Tahun 2008 bakal ditinggalkan… Selamat datang Tahun 2009. Moga memberikan cahaya baru buat kehidupan yang bakal mendatang. Siapa yang tahu apa yang ada bakal menunggu di hadapan kita akan datang kan? Malam-malam Tahun Baru ni tetiba cuba nak bermuhasabah diri. Merenung balik apa yg terjadi dalam tempoh 366 hari yang lalu. Apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang dan apa yg masih boleh diperbaiki di tahun mendatang. Dalam kesibukan kereta-kereta di jalan raya menuju ke destinasi menyambut tahun baru, biarlah Ryana berada di rumah saja. Tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang ramai yang ghairah sangat nak sambut tahun baru. Kat rumah pun boleh sambut. Sambutan Tahun Baru di luar rumah tu sesuai untuk budak-budak yang tak matang je kot. (Jangan marah!)
Ameen… bagi Ryana, ada beberapa azam tahun lepas yg dah berjaya Ryana laksanakan. Ada juga yang masih tersangkut atas pagar dan ada yang masih tak lepas-lepas pagar. Hehe… takpe, kita bring forward next yearlah sambil tambah azam baru kan! 
Salah satunya ialah kelahiran novel Jauh Di Sudut Hati. Harap-harap tahun 2009, ada lagi buah tangan untuk semua dari Riana. (Insya Allah harap2 ada! Tapi bila tu Riana pun tak tahu). Alhamdulillah… tahun 2008 juga menyaksikan yang Riana dah ada assistant baru iaitu Inche Macbook yang sangat membantu ketika Riana buntu nak menyiapkan manuskrip. Juga kehadiran Cik Putih yang juga memudahkan Riana bergerak ke tempat kerja kini. Syukur Alhamdulillah. 
Azam tahun 2009~ Riana nak laksanakan beberapa projek penulisan yang terbengkalai. Juga setia menanti kelahiran novel baru. Riana juga nak settlekan beberapa projek jahitan Riana yang masih in progress. Selain dari tu, Riana nak improvekan diri dari segi amal pada Tuhan juga pada manusia. Ye la… sebagai manusia biasa, Riana ni masih penuh dengan kelemahannya. 
Tak naklah pasang niat lebih-lebih. Takut tak mampu pula nak laksanakannya. Bab jodoh… berdoa ajelah pada Allah banyak-banyak. Kalau ada tu baguslah. Kalau tak ada, kita carry forward lagi ke tahun 2010 pula kan? No worries…
Ok… untuk seluruh rakyat Malaysia umumnya, kepada teman-teman khasnya… Riana ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009. Moga ada sinar-sinar gembira untuk semua… Ameen.

Sabtu, Disember 27, 2008

Outing @ Sunway Lagoon...

Pada 3hb December lepas, kita orang reramai pergi Sunway Lagoon. Release Tension. Walaupun ada banyak perkara tak syok berlaku, namun kita orang tetap meneruskan misi kita org nak release tensen di sana. Sebenarnya nak letak n3 ni sehari selepas tu, tp memandang x de source of picture, maka terpaksalah delay ke hari ini.
Seawal 10.30 pg lagi dah ada di bus stop. Naik bas sampai ke stesen LRT KJ pastu tukar ke bas tempatan yg lalu depan Sunway Pyramid.
Waa… lama tak pergi Sunway Pyramid, bezanya dari dulu. Rasa bertambah luas pulak. Fuhh… masuk kat side yg sebelha mana ntah… dia org punya decorate utk sambut Krismas memang grand habis. Terpaku sekejap mata memandang warna-warna gemilang kat situ. 
Kita orang masuk ke Sunway Lagoon dengan fee sbyk RM 70 (termasuk RM 10 deposit utk wrist band dikembalikan semula jika wrist band x hilang dan dikembalikan kat kaunter pendaftaran). Kita orang pilih Scream Park + Water Park. Tapi padahal kita orang x main pun bhgn water park tu sbb masing2 x bwk baju spare. 
Mula2 sekali kita orang panjat tangga utk lalu jambatan gantung terpanjang tgh2 panas mentari yg tegak di atas kepala. Fuh boleh terbakar kulit tu. Mula2 sekali kita orang main kapal lanun kot… Alaa… kapal yg tunggang terbalik dan kita rasa macam nak tercampak jatuh ke bawah tu. Fuhh… ngeri gila. Apsal la ada permainan macam tu. Memang rasa macam nak tercampak walaupun ada safety belt dan segala2 yg menahan dari jatuh. Ngeriiii… Pastu kita orang masuk eye on Sunway, Roller coaster yg laju gila. Nasib baik dia tak buat rolling… kalau tidak memang tercampak jugak. Pastu naik bot Grand Canyon. Yg ni best, tp yg x bestnya habih basah baju. Terus mood hilang. Pastu naik jet bodoh dan yg ni paling kecut… masuk rumah hantu!!!!
Ryana ni penakut giler bila masuk dlm gelap then ada org sergah2. Bongok punya hantu la kat dalam tu. Rasanya hantu yg kat luar ni ada sopan santun sikit. Kuar jer dari situ… memang x der darah lagi dah kat muka. Pucat!!! Habis hilang semangat. Penat sesangat rasanya masuk dlm rumah hantu yg bodoh tu. Nyesal dah. Ini lah yg terakhir kali. Lepas tu ryana dah malas nak main lagi. Ada member2 yg main cawan bergerak, then last game yg lebih kurang versi kapal lanun. Riana dah penat sesangat dah waktu tu. x sanggup lagi dah nak melangkah. Mungkin sbb x makan dari pagi kot. Lepas last game tu, kita org beredar masuk ke dalam Sunway Pyramid. Makan time!!! Lepas makan kita org terus balik. Antara gambar-gambar kita org outing di Sunway;



Ahad, Disember 21, 2008

Aku dan Dia saling memerlukan...

Artikel yg menarik ketika Ryana tengah mencari sesuatu di laman web ILuvIslam. Untuk renungan kita bersama. Dalam artikel ini, dikhususkan perhatian kepada tanggungjawab seorang lelaki Muslim. Tapi, rasanya... tak kira apa jantina kita sekalipun, kita tetap punya tanggungjawab besar di dunia ini sebagai khalifah di muka bumi kan? Maka bagi Riana tak perlu timbul lagi ketidak adilan antara gender jika kita semua memahami tugas kita masing-masing. Wahai kaum Adam, wahai kaum Hawa... kita sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti proses simbiosis. Credit artikel di bawah ini untuk ILuvIslam.

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.






WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.


Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


Saksinya kurang berbanding lelaki.


Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.


Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :


1. ibunya


2. isterinya


3. anak perempuannya


4. saudara perempuannya.






Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :


1. suaminya


2.ayahnya


3. anak lelakinya


4. saudara lelakinya


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :


1. sembahyang 5 waktu


2. puasa di bulan Ramadhan


3. taat kepada suaminya


4. menjaga kehormatannya
 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!




Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,

kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,

maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu,

JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,

supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.




Isnin, Disember 08, 2008

Aidil Adha di tempat kerja...

Tahun-tahun sebelum ni tak pernah merakam suasana hari raya Haji kat tempat kerja. Tahun ni terasa pula nak pose sambil makan-makan kat pantry kita orang di MPH. Wah... meriah sungguh beraya kat MPH tahun ni. Satu, baju rayanya berwarna-warni. Satu lagi makanan yg disponsor pun pelbagai. Best lah! Kalau Hari Raya Haji tahun ni adalah Hari Raya Haji terakhir sebelum pindah ke mana-mana, ianya akan menjadi kenangan indah seumur hidup. Cewahh!!! (Ayat jiwang tak leh tahan...)

Kali ni beraya Haji dengan kengkawan di MPH. Masuk kerja afternoon dengan persediaan rendang dan ketupat daun palas sehari sebelumnya. Kita orang memang dah berpakat nak meraikan hari raya ramai-ramai kat MPH. Jadi, ada yang bawa ketupat lah, rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang, kuah lodeh sehinggalah yang ke western foodnya… seperti spagetti.
Seronok sangat rasanya. Bergambarlah kita orang seperti kebiasaannya. Ni antara gambar2 kenangan kita orang bersama2, sehari di Hari Raya.




Want to see more picture, pls click this >> Facebook 

Akan Tiba...




Hey hati ku..

Selalu

mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu

Seperti apa yg ku mahu selama ini

Am Em

Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu



C/o

Kau ku cinta

Engkaulah yg ku puja

Tertunggu selama ini takku jumpa

Dgn mu ku di lamun indah

Ku harap cinta akan tiba di hati kita..




Lihat kamu

Tak ku sedari

Waktu dah mulai tinggalkan ku

Kau kau kau

Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..




Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu

Ku ingin selalu dekatmu

Ku hitung saat dan waktu

Hingga hari esok kembali lagi


Lagu ni best kalau layan time boring atau jiwa tengah kacau ke. Sound track drama Rona Roni Makaroni lakonan Syarifah Amani dan Bront.  

Ahad, Disember 07, 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Maaf Zahir & Batin. Buat Umat Islam yang kini sedang menjalani ibadah Haji di Kota Suci Mekah, doa Riana moga mendapat Haji yg Mabrur.