Isnin, April 28, 2014

My breakfast ♥

Ini antara koleksi sarapan pagi saya. Ringkas dan cepat sangat nak buat.


Goreng telur hancur kemudian letak kepingan cheese atas telur yg masih panas.


Selasa, April 22, 2014

Lunch yang ringkas #4

Nak cuba menu diet yang ekstrim sikit. Sekarang ni dah hampir sebulan tak sentuh nasi sangat. Makan nasi seminggu sekali saja. Nak tengok kesannya bagaimana.
Lunch hari ni simple, tapi pening juga la dari semalam fikir nak buatnya...


Dalam telur dadar ni ada daging hancur yg digoreng dgn bawang dan sedikit perencah tomyam. Makan tadi rasa sedapnya. Ditambah dengan daun salad yang rangup. Sedap je pun. Esok, tengah fikir nak masak apa pula untuk breakfast, lunch dan mkn mlm... hmmm...

Isnin, April 21, 2014

Selsema


Dah lama tak kena demam atau selsema. Sekali kena rasa macam nak tidur je sepanjang hari. Tak mau buat apa-apa. Sangat tidak selesa.
Merah dah hidung asyik dok tenyeh dengan tisu. Nak tidur pun tak senang juga sebab air hidung dah meleleh. Kalau kerja depan customer lagi la tak best. Takut customer pun tak selesa dan takut berjangkit.
Biasanya waktu selsema macam ni kalau ada sup panas, memang best! At least boleh bernyawa sekejap. Selain tu saya amalkan makan supplimen Omega Guard dari Shaklee. Dah lama dah tak makan panadol segala ni.
Ni ada perkongsian tentang selsema di blog satu lagi. Jaga diri, macam-macam penyakit beredar di sekeliling kita sekarang ni.