Khamis, November 12, 2009

Rainy day…







Well… hujan-hujan ni seronok betul kalau tidur nih… Hmm… mari kita panaskan otak sikit… Kalau ada yg sudi nak berkongsi tu, sila-silakanlah berkongsi di sini. Riana nak tanya sikit;


Apa pendapat anda seorang wanita yg masih single cuba approach lelaki yg dia suka? Sesuai atau tak sesuai? Kalau sesuai, kenapa sesuai? Kalau tak sesuai, kenapa?


Seandainya… anda sebagai seorang wanita, berterus-terang dgn lelaki yang anda suka bahawa anda menyukai dia. Tetapi dia… reject anda. Bagaimana anda akan menghadapi situasi tersebut? Anda bersedih? Menangis? Terluka? Atau bagi anda itu merupakan satu dari cabaran hidup. Dia terima atau tidak… terpulang kepada dia, janji dia tahu aku suka dia. 




Terima kasih terlebih dahulu Riana ucapkan buat sesiapa saja yg sudi memberikan pendapat mereka di sini… Seronok buat perbincangan macam ni sambil minum kopi cecah dengan biskut kering… hehe ;)

Isnin, November 09, 2009

PMS Syndrome…make me down…



Huhu… serabut dengan sindrom yg satu ni… Dua hari mood tak berapa ok telah memberi tanda bahawa harinya sudah tiba. Hesy… serabut satu alam tu… Hari ni dok rumah berlepak-lepak di depan macbook sambil melayan fesbuk… Satu hari plak tu… Jadi kerja betul…
Kalau org lain PMS syndromenya teruk dari segi fizikalnya seperti mengalami senggugut, makan tak lalu dan sebagainya lagi… Tapi Riana plak pelik sikit… Time-time macam ni mmg kena beware jer. Kalau boleh bercuti di rumah, memanglah digalakkan… Mood walaupun x ok… tapi xderla sampai nak marah-marah puting beliung satu dunia… Cuma satu jer la… jgnlah ade waktu2 cenggini ada yg sesaje nak me'laser'… sesaje nak test perasaan ke haper… atau sesaja je nak mengguris perasaan… amatlah tidak digalakkan. Minah ni akan jadi ratu air mata… Silap2 leh banjir sebab terbabit secara direct dgn sindrom ni… Dah terbukti berkali-kali… 

p/s: but mmg enjoy dgn hari ini… xder stress… mood pun ok… xder dah airmata mengalir kat pipi… siap leh blog hopping lagi… Best sungguh!

Wajah…

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan





Khamis, November 05, 2009

Shopping… ubat release tension… ;)




Riana outing ke KL hari ni… Huii… sorang-sorang jalan kat KL tu memang best… Tapi, penat dowh… Penat sebab terkejar2. Hihihi ;)


Destinasi pertama, mestilah Area jln TAR. Riana naik tren dari Kelana Jaya ke Masjid Jamek. Dek kerana malas nak jalan ke area SOGO sana tu, Riana naik Star ke SOGO.Hihihi. Mula-mula tak masuk SOGO, Riana terus ke Maju Junction dulu. Rewang2 tgk apa yg ada kat situ. Ramainya org tgh lunch, maklumlah… baru pukul 1.30 waktu tu… Takdelah happening sangat Maju Junction tu… Keluar dari Maju Junction, lintas jalan… masuk pula Avon Boutique… Beli barang yang dipesan kakak. Hehe. Dah settle, lintas balik jalan… menuju pula Bangunan Mara. Pergi hantar kain nak buat baju. Huhu… baju untuk kenduri kakak nanti. Aduhai… tema warna ungu. Nasib baik dah ada kainnya, cuma perlu tempah jer… Settle kat situ, ingat nak makan kat Medan Mara tu… sebab sup nya sedap banget sih… Tapi ramai lak orang… Maka teruslah berjalan gi SOGO lak. Masuk SOGO, gi cari baju utk diri sendiri. Huhu… ingat nak beli dua pasang, tapi rasanya cukuplah satu jer dulu. Bulan depan spend utk satu lagi baju…hihihi.

Settle kat SOGO, kuar gi Minerva. Cari buku Aisya Sofea -Yang Sebenarnya. Yess!! Dah ada pun. Maka, apa lagi… terus gi bayar kat cashier bersama dengan buku Kak Lili Haslina-Menunggu Cinta Tuhan. Puas hati! Pastu gi makan kat KFC. 
Best giler dah dapat semua barang yang dikehendaki. Destinasi seterusnya, KLCC… Sebenarnya dah malas sangat nak ke sana, tapi memandangkan nak juga pergi tengok kedai competitor… maka kaki melangkah jua ke sana. Naik tren ke KLCC… huhu… Destinasi-Kinokuniya.


Kat Kino jumpa dengan Datuk A. Samad Said. Apa yang Riana beli kat sini? Nanti kita bongkar apa yang Riana beli kat sini. Hehe ;)
Balik dari KLCC… pukul 5.30ptg… Nasib baik belum ramai org naik tren balik dari kerja.


Ini yang Riana beli di semua tempat yg Riana singgah…Taraa…


Tu dia… dasyatnya Riana shopping…







Beg plastic Avon tu takleh nak bongkar sebab ada barang2 Wanita… tak sesuai utk tayangan umum. Hehe… Dari beg Kino tu… Riana beli buku knitting dlm bahasa Jepun. Disebabkan ada diskaun 20% utk buku tu… tapi Riana kena beli buku lain utk menikmati diskaun tersebut… maka terpaksa beli buku Barbie…huhu. Kenapa beli buku knitting tu dalam bahasa Jepun? dah tak ada ke buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Jawapannya… sebab Riana dah biasa benor dengan kod2 dalam bahasa Jepun utk mengait. Dari umur 13 thn lagi dah belajar mengait guna buku dalam bahasa Jepun. Bahasa memang tak faham… tapi kodnya mudah dipraktis… Jadi kerja pula Riana ni kan! Haha ;)
Uishh… dah banyak menceceh lak Riana kan! Ok, nak sambung tengok Tower 13 kat TV3… Ngeri…Jom!

At keyboard pad…

Bila tangan mengetuk papan kekunci ni… macam banyak jer nak cerita tapi bila dah buka blog ni… terus idea mati tgh jalan…huhu…
Tapi… kalau dah mula, kenalah sambung ye tak… Buat suspend org lain lak nak baca… Hihihi… Ok, Riana citer dulu ape yg berlaku dua tiga menjak ni sampai tuan punya blog takde masa nak menyapu sawang kat rumahnya ni…


Majlis pertunangan kekandaku.


Pada 31hb Oktober yang lalu, berlangsung satu majlis yang serba sederhana di rumah Riana. Satu rombongan dari pihak lelaki selepas Asar telah bertandang ke rumah Riana untuk menyempurnakan majlis pertunangan buat kakak Riana. Janji diikat, kata termetrai… maka majlis besar buat kakak Riana akan berlangsung pada 19hb Disember depan. Sekarang ni bakal pengantin tengah sibuk buat persiapan majlis. Yang tak jadi pengantin pun sibuk jugak. Hikhikhik… ;)



Cincin tunang tersarung sudah di jari…


Hantarannya… kueh-mueh jer…


Ini Cik Jelita… Posing dgn barang hantaran balas Mak Ndaknya… ;)




Cik Jelita dgn crown kat kepala…hihihi :)


Beberapa aktiviti di MPH yg berlaku dalam bulan lepas tapi terlepas nak load kat blog sendiri… hihihi…
Antaranya:


Bowling Gathering.











Bowling Gathering ni mengumpulkan semua warga MPH One Utama. Huhu… orang lain main siang-siang… Kitaorg main lepas kerja… pukul 10.30mlm… Huhu.

Open House@MPH





Huhu… nak letak semua gambar rasa cam lambat lak nak upload… Cuma ini jer la yg mampu Riana letak…