Selasa, Jun 30, 2009

Stay the same…

Lagu ni mengingatkan Riana zaman matrikulasi. Famous sangat lagu ni dan sedap. A motivated song. Suka dengar masa diri rasa down :( Don't You ever say you don't like the way you're… When you learn to love yourself… 







Stay The Same ~ Joey McIntyre

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.

Verse
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.

Bridge
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.
cuz there's nothin' 'bout you I would change.
Don't change...

Sabtu, Jun 27, 2009

Ke Syurga Fesyen orang kebanyakan…



Fuh… tajuk entri bukan main lagi… Riana siang tadi ke KL. Saja pusing-pusing sambil shopping ape yg patut. Lama dah rasanya tak shopping2 macam ni. Dah 6 bulan lamanya tak shopping baju untuk kerja. Hehe ;)
So, hari ni kebetulan gaji dah masuk, maka spend sedikit duit untuk baju dan seluar serta tudung di Jalan TAR, syurga fesyen buat orang kebanyakan seperti Riana ni. Haha. Nak cari baju-baju yang berpatutan harganya di sinilah Riana shopping. Kalau tak kat Semua House, kat Sogo lah. Sogo yang sentiasa ada sale setiap bulan. Tak perlu nak tunggu sampai Mega Sale. Hehe… nak pergi beli kat Zara atau kat Mark Spencer, memang lah Riana tak mampu. Bagi Riana, yang penting baju tu selesa dan berpatutan harganya. Nak berbelanja pun kenalah ukur pada ketebalan duit dalam purse jugak kan! Kenalah berhemah dalam berbelanja sebab banyak lagi benda yang perlu dititik beratkan sepanjang sebulan… sebelum masuk gaji bulan seterusnya.
Jalan-jalan di Jalan TAR hari ni memang best. Ditambah lagi dengan adanya pasar malam hari ni. Meriah betul. Hehe… Riana ke Minerva terlebih dahulu sebelum ke SOGO. Di Minerva, biasalah… mencari novel-novel yang belum masuk di pasaran MPH. So, Riana rembat novel Street Vendetta karya Mazni Aznita @Anita Aruszi, novel Ilham Hati karya Damya Hanna dan buku Cinta, Jodoh dan Perkahwinan. Lepas tu ke SOGO, tengok baju-baju yang berkenan di hati. Namun, keluar dari SOGO dgn tgn kosong sebab rasa tak ada yg menarik hati ini untuk membeli. Kembali semula ke Jln TAR. Beli selendang plain sampai 4 helai. 3 untuk diri sendiri dan satu untuk adik. Pastu ke Semua House mencari seluar slack. Seluar ni memang wajib beli sebab seluar lama dah longgar. Tak tahulah sejak bila berat badan susut plak. Terpaksa beli seluar baru. Huhu… Stress kot! Haha.
Beli dua pasang seluar dan sehelai blouse. Huhu… akhirnya. Lepas tu keluar dari Semua House, baru jalan-jalan cari kuih dan isi perut. Pekena Laksa kat satu gerai yg memang wajib Riana singgah. Best sangat walau lone ranger jer… Beli satu benda yg boleh gerak-gerak untuk letak dalam kereta. Comel banget… Lepas tu terus balik. Selesai sudah ekspedisi ke Jalan TAR. Best walaupun jalan sorang-sorang. At least boleh jimatkan masa.
Tanpa diduga masa balik tu bertembung dengan salah seorang penumpang yang naik tren yang sama waktu nak datang tadi. Dan kami menaiki melalui pintu yang sama. Tak diduga kan! 
So, esok kerja. Huhu… weekend terakhir dalam bulan June ini. Ada agenda best untuk bulan depan. Will update later… ciaw ;)

Jom jalan-jalan di KL…





Hari ni Riana gi KL. Jomlah sape2 yg nak ikut… Harap-harap hari tak hujan… Ameen.

One Day In Your Life…

Bila dapat tahu Michael Jackson meninggal dunia pagi tadi, terkejut sangat. Sudden death. Dalam kereta, di radio, semuanya terpasang lagu MJ sehari suntuk. Di kedai pun sama. Macam tribute plak. Riana cari di you tube, terjumpa lagu yg sedap ni. Pernah dinyanyikan semula oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad di dalam albumnya. Kedua-dua superstar yg berbakat ini telah tiada lagi di dunia yg fana ini. Yg tinggal hanyalah lagu-lagu yg buat hati kita terhibur dan sayu…



Selasa, Jun 23, 2009

Ingatlah Diriku…

Suka amatssss dengan lagu ni… sebab ada suara Sheila Majid… Enjoy the song.





Dunno How To Say…

Stress, kelam-kabut… semua bersatu jadi satu… Bagus betul… lepas satu problem, satu lagi problem tiba… Tak bagi hint plak tu… Haish…
Kita tinggalkan sekejap kisah yg belum ada hujung dan pangkal tu… Hehe :p Last week, 17hb June, kita org celebrate birthday Ermah di cafe, MPH. Sambutan kecik2 jer… tapi meriah. Meriah tu yg penting walaupun sederhana kan! 
Ermah sambut birthday yang ke 21 tahun

Friendship hope never end… ;)

Lagu di bawah… Ikhlas tapi Jauh… Sedap dengar time2 stress camni…



Rabu, Jun 17, 2009

Somewhere Over The Rainbow…


Tak pastilah kenapa mood semenjak dua ni semacam jer… Sekejap sedih, sekejap happy. Entah ape jenis mood ntah… Nak update blog pun malas bila mood macam pasang surut air ni. Hmm… macam-macam hal. 
Oh, ketepikan sekejap semua benda yang menyerabutkan kepala otak. Riana update sikit aper yg dah berlaku dari pertengahan bulan lepas sampai hari ni.
20 Mei 2009.
My buddies… kengkawan rapat kat MPH wat surprise party sempena birthday Riana. Terkejut jugak, walaupun dah dapat agak dia org nak buat surprise…(Ekceli, kita org mmg wat small celebration utk setiap kengkawan yg sambut birthday) But, what I'm speechless… bila dapat hadiah (mcm hadiah org kahwin pulak) dan lagi satu, dapat satu frame besar kata-kata dari setiap kengkawan. Speechless dan terharu. Tak sangka dalam umur macam ni pun ada sambutan hari lahir lagi kan. Kawan-kawan sepanjang jalan kenangan… Tiba-tiba teringat lagu Izinku Berundur dari kumpulan Slam. Seorang teman kat sekolah dulu tujukan lagu tu waktu nak berpisah… Serius, sedih gila. Bait kata-kata dalam lagu tu menyentuh sungguh walau lagu tu rancak. Ni kalau berpisah salah sorang dari kami ni, maunya menangis sebaldi airmata.. Tapi pertemuan dan perpisahan tu lumrah dunia kan… Rela atau tidak, kita terpaksa melepaskan. Soalnya, sama ada kita bersedia menghadapinya atau tidak.. Huhu… tiba-tiba masuk mode sedih pulak. L

29-30-31 Mei 2009
Mood jadi kacau bilau. Sangat2 kacau dan sangat serius. Kecil hati dengan perkara2 yg kecil…Hehehe… x yah tahulah kenapa, sebab semuanya mungkin telah settle. (Mungkin!) 
1 June 2009
Mood x best langsung… Haish… Musim semi yang menyedihkan. Huhu… tak tau ape maksud semi, selak kamus. Orang lain happy jer manjang, Macam lagu Amy Mastura yg berjudul Happy tu… ;) 'Lebih baik cinta dari rasa benci… Menari dan menyanyilah sesuka hati yg penting kita happy!' Kalau lah boleh macam tu kan? Huh…
4 June 2009
Mood agak Ok walau tak sepenuhnya OK. Hehe…  Pergi Pudu beli tiket bas untuk balik kampung. Waktu pergi KL ni, otak di sepanjang jalan asyik berfikir tak habis-habis. If I’m doing something wrong… I hate this situation. I’m able to get more than that… Huh… Tiba-tiba otak terasa bagai berhenti berfikir dan ingatan terasa di bekukan seketika sampai hati tertanya-tanya, di mana diri berdiri dan di daerah mana… Ngeri sungguh. Nasib baik sekejap.
5 June 2009.
I’m going back to my hometown… and some*** has accompany me although *** not with me. My Mood~ dah boleh senyum…
6 June 2009.
Zihan Wedding. My best friend wedding. Zihan adalah kawan baik Riana waktu zaman remaja dulu ( di sekolah menengah Ibrahim), sampailah sekarang. Kebetulan dia juga ada sangkut paut saudara dekat sebelah ayah Riana. Mak sedara sepupu kot… Riana pangkat mak dengan dia… Haha, lawak gila. Padahal sebaya. Lebih kurang la… Bersekolah di Sekolah menengah Ibrahim dan dok kat asrama, Zihan merupakan teman paling karib. Kami banyak berkongsi minat, juga rahsia… hehe. Pernah sekelas waktu form 2. Sampai habis form 5, ditawarkan ke matrikulasi yang sama dan course yg sama jugak. Matrikulasi Sains Hayat kat Kolej Legenda, Langkawi. Masih tetap berkawan baik walaupun lain-lain kuliah dan kelas tutorial. Rajin melepak kat bilik dia kat tingkat 9. Hehe… Waktu kat matrik ni dia kenal dengan suaminya kini. Memang dah lama gila hubungan dia orang ni. Akhirnya terpatri jua. Ameen. Doa Riana moga sampai hujung nyawa jodoh kalian.
7 June 2009.
Acara wajib yang Riana kena tulis kat blog ni. Tak tulis karang, ader yg kompelin.Hehe. Lawatan sambil belajar ke menara Alor Setar. Huhu… inilah pertama kali naik menara ni sejak menara ni didirikan. Kesian kan! Nama je orang Kedah tapi tak pernah naik menara ni. Yg menara KL tu dah naik sampai 2 kali pulak. Haha. Ekceli lebih kurang sama dengan menara KL la, cuma menara KL lagi tinggi dan viewnya cuma panorama Kuala Lumpur la. Dan menara KL kalau naik telinga akan berdesing(tindak balas gravity dan tekanan kat telinga. Telinga orang lain la, sebab Riana punya telinga tak pernah pulak rasa berdesing atau apa. Hehe) Kat Menara Alor Setar ni Riana sempat rakamkan waktu masa matahari terbenam dan view Bandar Alor Setar. Nampak jelas Pulau Langkawi dan Gunung Jerai. Cantik dan menawan hati. Waktu Shot untuk sunset tu, memang cantek sangat view dia… Huhu.
Lepas tu kita orang beredar ke restoran berputar Sri Angkasa untuk menjamu selera. Huhu… berpusing kita orang dalam restoran tu sampai lebih 2 jam. Haha. Sedapla menu malam tu. Baru jer nak diet…
8 June 2009
Hehe… Mak kuar dengan abah n abang ke Gajah Putih (nama tempat kat area Jeniang) Sebelum keluar tu, mak dah pesan suruh Riana dan adik ni masak ayam yang dah selesai dibuang bulunya. Adik Riana ditugaskan buat gulai (org KL panggil kari) rebung. Riana pulak kena panggang ayam tu. Berpeluh jugak la wat semua tu. Berkali-kali jugak hidupkan api nak jadikan bara kat luar rumah tu.
Ingatkan bila mak dah balik, dah habis seksa kita orang. Rupanya ada lagi. Mak suruh pulak kita org berdua siangkan ikan keli yang masih hidup. Fuh… Ini memang puas menjerit. Haha… Menjerit sebab geli. Waktu nak buang insang tu pun ikan tu masih bergerak. (Sekali rasa macam ular pun ada) Haha. Akhirnya selesai menyiang 11 ekor ikan keli tu setelah hampir 45 minit berjuang dengan jeritan. Huahuahua…
10 June 2009
Balik semula ke KL dengan bas P&O. Huh, sakit hati betul dpt seat yg kurang selesa di belakang. Dah la org depan (mamat Arab mana ntah) turunkan seat dia sampaikan nak tidur macam dalam plane pulak. Ngada betul. Yg org sebelah tu plak, xnak bagi kesempatan aku masuk ke seat sebelah tepi tu dengan aman dan tenteram. X bagi laluan langsung. Hampeh… Dah la dia turun kat kajang. Hish… angin betoi… 



12 June 2009
Dah start kerja balik dah. Huhu… mood masih mood cuti. Yg tak bestnya off day selang satu hari… Sungguh x best…


13 June 2009
Anniversary setahun wat makan-makan bersama rakan2 sekerja. 



Khamis, Jun 04, 2009

Serabut…


Pernahkah anda bila kecewa dengan sesuatu, atau seseorang… terasa bagai satu batu besar menghempap di atas kepala? Atau pernahkah anda rasa bila anda tidur… tak mahu bangun-bangun lagi dan paksa diri tutup mata walaupun hari dah meninggi. Atau… pernahkah anda berjalan di shopping complex atau di tengah2 bandar seorang diri… dan anda tidak tahu ke mana arah untuk anda tuju?
Pernahkah anda pecut kereta anda dan dalam masa lima ke 10 minit kemudian anda telah berada di hadapan rumah anda? Hehe… ape makna semua tu ya?
Emm… Ryana akan berada di kampung selama seminggu… Wow! Banyak urusan ni. Urusan dengan keluarga, urusan dengan kengkawan yg nak menyambut hari bahagia… Banyak sungguh… Hehe… Kat kampung nanti x dapat nak access internet sbb xder line broadband… Anyway, doakan Ryana slamat pulang n selamat kembali ya! ;)