Ahad, Julai 20, 2014

MH17: Luka tambah parah...




17 Julai 2014 pasti jadi kenangan pahit buat seluruh warga Malaysia dan dunia amnya. Di saat umat Islam meniti malam ke 20 dalam ibadah Ramadhan, Malaysia dikejutkan dengan beritanya terhempasnya kapal terbang milik MAS MH17 yang berlepas dari Amsterdam, Belanda menuju Kuala Lumpur. Pesawat dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di Ukrain. Mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal yang berjumlah 298 orang dari seluruh pelosok dunia.
Kini 3 hari berlalu, namun masih tiada tanda-tanda pasukan khas yang dihantar Malaysia dapat memasuki kawasan bencana tersebut. Bagaikan luka ditoreh-toreh dan ditabur garam atasnya. Konflik di kawasan tersebut termasuk blok-blok sokongan US dan Rusia akhirnya membuatkan Malaysia negara kecil ini menjadi mangsa tipu daya dunia.
Sampai bila? Bila harus berakhir penantian keluarga mangsa?

Belum sempat luka MH370 yang dihilangkan dari radar, kini MH17 pula yang ditembak jatuh dengan pelbagai alasan dan tiada pihak yang mengaku melakukannya.

Semoga dengan Ramadhan yang masih berbaki ini dapatlah kiranya seluruh warga Malaysia memanjatkan doa agar dipermudahkan urusan menyempurnakan jenazah-jenazah dan mayat korban ketamakan kuasa dunia.