Selasa, April 28, 2009

Cinta Ini

Layan jer MV kat bawah ni…








BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

Jumaat, April 24, 2009

Penat sangat…





Huhu… Penat sangat… Rasa macam tenaga di vakum keluar… 
KLIBF tahun ni sempat menjengah sekali jer… Memang pecah rekod. Sebab tahun2 sebelum ni… pergi berkali-kali. Huhu… sangat tidak best rasa ini…

Rabu, April 22, 2009

Ke mana perginya adab sopan dan budi bahasa…


Tertarik saya membaca rencana oleh Datuk Johan Jaaffar di dalam satu ruangan di surat khabar hari minggu yang lalu. Di hati mengiakan setiap patah kata yang ditulis dan mengakui apa yang direncanakan di dalam akhbar tersebut memang semakin menular di dalam bangsa kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan rasanya semakin serius. Sesama manusia sendiri sudah hilang adab sopan. Masing-masing bagai sudah melupakan adab sopan, rasa bertimbang rasa sesama kita. Dalam zaman yang semakin maju dengan teknologi, manusia bagai terlupa atau sengaja mengabaikan adab antara manusia itu sendiri. 
Adab sopan di sini luas maknanya. Bukan sekadar dilihat dari segi perilaku, malah ianya adalah dari segi cara kita berkomunikasi, cara kita membawa diri di tengah khalayak, cara kita berpakaian dan macam-macam lagi. 
Saya pernah mengendalikan bahagian khidmat pelanggan di tempat saya bekerja. Kerana kekurangan staff di situ, maka saya terpaksa mengangkat telefon dan melayan pelanggan dalam masa yang sama. Ada satu kejadian di mana saya menerima panggilan telefon ketika itu tiada pelanggan lain di depan saya… dan pelanggan di dalam telefon tersebut mahukan beberapa senarai buku. TIba-tiba ada seorang pelanggan datang di hadapan saya. Melihat saya tidak dapat melayaninya, pelanggan tersebut buat muka tidak puas hati. Malah menghempas pen di hadapan saya. Saya sedaya upaya cuba menamatkan panggilan dari pelanggan di dalam telefon itu untuk mengetahui apa sebenarnya pelanggan di depan saya itu mahukan. Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya…
"Sepatutnya you kena serve customer yang datang berdepan dengan you, bukan melayan panggilan telefon."
Dan saya terpaksa menjawab dengan agak kasar (kerana pelanggan tersebut bahasanya pun kurang ajar)
"Di telefon tu pun pelanggan… encik terpaksa menunggu giliran. Takkan itu pun encik tak boleh nak bersabar. Saya rasa tidaklah terlalu lama mengambil masa encik…" 
Pelanggan itu terus membebel dan saya terus ke poin yg sepatutnya saya selesaikan dengan dia iaitu ingin menukar surat rebate kepada voucher… Setelah permintaan dia saya penuhi dalam jangka masa kurang dari lima minit, pelanggan tersebut terus beredar tanpa sedikitpun mengucapkan Terima Kasih. Saya tahu dia marah, tetapi… takkanlah perkataan semudah terima kasih pun lokek benar mahu keluar dari bibir. Saya bukan harapkan pujian atau penghargaan. Cukup sekadar terima kasih. 
Betapa orang kita ini begitu lokek dengan perkataan maaf dan terima kasih. Jika beginilah masyarakat kita hari ini membawa diri dengan keegoan sendiri… Tak mustahil anak-anak kita suatu hari kelak pupus dengan adab sopan dan budi bahasa.

Selasa, April 21, 2009

Bagaikan Aur dengan Tebing… kita mengatur langkah seiring…

Bagaikan aur dengan tebing… kita mengatur langkah seiring…

Panas dan hujan, ribut dan taufan… telah menguji kesetiaan…

Dedicated to all my friends… 

A journey to remember…

Last week, 10hb sampai 13hb Riana and members berangkat ke rumah member Riana di Kuantan, Pahang.  Dengan satu tujuan iaitu bercuti… Best sangat. Hari pertama, 10hb… berangkat dari Pudu Raya menuju ke  Kuantan. Naik bas pukul 11 pagi. Riana first time jejak kaki ke Kuantan ni. First time juga menyelusuri jalan berliku ke Pahang. Tak banyak beza sangatla menempuh perjalanan ke Pahang dengan ke Utara. Siapa yang tak tahan memang boleh mabuk... macamla kawan Riana nan seorang tu… Haha.
Perjalanan makan masa 4 jam. Sampai kat Kuantan kitaorg naik teksi menuju ke rumah Kak Su tu yg terletak di sempadan Terengganu-Kuantan. Jauhla juga… Tambang teksi sampai RM35 dan pengalaman dengan pemandu teksi yg kerek. Hahaha… 
Sampai kat rumah Kak Su, maknye menyambut kami dengan senyuman mesra. Besar rumah Kaksu… Boleh main lari2 lagi. Kita orang dijamu dengan nasi minyak. Sedap betul masakan mak kaksu. Rasa macam mak sendiri pula… Petangnya… masing2 sibuk nak pakai inai. Haila… inila bahana budak2 bandar masuk kampung. Kak Su siap mintak kat jiran sebelah yg kebetulan ada pokok inai untuk menzahirkan impian anak2 muda dr bandar ni. Malamnya kita orang masing2 pakai inai. Aduhai… macam2 kerenah budak2 ni.… Selepas pakai inai, ada plak yang nak pergi beli burger… Aduhai… Macam2 pe'el budak2 ni…
Malamnya, tepat pukul 12, kitaorg surprisekan Firhan yg sambut hari lahir 11hb April ari tu… Terharu mamat tu hingga menitiskan airmata… Huhu… Macam2 hadiah dapat… Lepas dah bersurai, kitaorang masuk tidur bilik masing2. Tapi, sampai ke pagi tak leh nak tidur sebab sejuk sesangat gara2 pendingin hawa… Dua selimut tebal pun tak mampu nak melawan rasa sejuk yang mencengkam tu. Akhirnya terlena balik selepas Subuh… dan terlewat bangun untuk ke trip pagi tu… 
Sepatutnya kita orang kena beredar ke pantai pukul 7.30pagi… Kata Mak Kaksu, takut kalau lambat pergi takde tempat nak makan segala… Kami keluar rumah pukul 8.30pg. Sampai kat Pantai Batu Hitam pukul 9 lebih… Main air jap… tapi terasa jgk nak berendam… Pantainya memang lawalah… Akhirnya memang masuk jugak dalam air…tak kisah lagi dah kalau kena sunburn… (Tapi nasib baik tak terbakar kulitku…)
Lepas dah puas kena air, kitaorang naik ke darat dan makan… Ada bihun goreng, nasi goreng, karipap, air oren n sirap… Sedap betul! Dah selesai makan dan makan, kita org bersiap nak balik. Huhu… ngantuk giler time bawak kereta. Mungkin sebab tak cukup tidur agaknya... 
Kita orang singgah pula di gerai keropok lekor… Waktu singgah tu, gerai tu baru nak buka. Tapi… memang sedapla keropok lekor yg dijual kat situ… Memang puas hati betul… Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah sekejap kat Kuantan Parade sebab Mak Kak su nak beli beberapa barang. Sempatla round tempat yg nama Kuantan Parade tu… Sempat juga beli kek dan cenderahati untuk Mak Kak Su. 
Sampai rumah lebih kurang pukul 1 lebih… masing-masing kepenatan. Mata pun dah tak larat angkat… maka, tidurlah kita orang kat bilik masing2. Terjaga waktu tu dah pukul 4 ptg. Terus mandi dan tgk TV kejap. Petangnya berjalan lagi kita orang ke Kuantan, makan seafood plak… Tersangatlah bestnya… 

Balik rumah, sambung lagi makan… sesi tiup lilin pula untuk birthday boy and girl… Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki… Tidur awal malam tu kerna keesokan harinya kami harus berangkat ke Seremban pula…

12hb April…
Naik bas ke Seremban pukul 1 ptg. Masing2 senyap di tempat duduk melayan mata yang mahu pejam. Yang sorang tu mabuk lagi gara-gara tak tahan perjalanan jauh. Degil! Dipaksa makan ubat pun tak nak… Teruk!
Perjalanan makan masa lebih 5 jam… Sampai di Seremban pun dah hampir pukul 7. Dengan pengalaman naik bas yang macam ape ntah… Dengan pelbagai manusia kat dalamnya… Fuh yang paling dasyat, hujan lebat giler… Huhu… kita orang macam anak itik yang kebasahan…
Sampai di rumah Firhan lebih kurang pukul 7.30mlm… Mandi then makan lagi… Pastu mata melayan TV lak… Anugerah Bintang Popular. 
13hb April… lepas sarapan pagi, rupanya ada plan nak gi Ulu Bendul pula… kita orang pergi mandi manda sekejap… Sebelum balik rumah dan berkemas untuk balik ke KL. Syoknye mandi kat Ulu Bendul… hilang stress! Kembali ke KL semula dengan komuter pukul 4 ptg.
Banyak pengalaman pahit manis kita orang sepanjang 4 hari bercuti. Yang pastinya, masa terisi dengan apa yang dah kita orang plan. Memang puas hati sangat. Harap2 ada lagi kesempatan untuk kita orang bercuti sama-sama lagi… Waktu macam ni la kita orang boleh tahu true colour masing2.


Sabtu, April 04, 2009

Perdana Menteri Malaysia Ke 6

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah pun dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. Moga-moga kepimpinan Datuk Seri Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin luntur sejak PRU ke 12 yang lalu. Riana bersetuju dengan beberapa pemerhati politik negara bahawa Datuk Seri Najib harus mempercepatkan perubahan yang telah dirangka. Dari segi ekonomi dan sosial. Di saat ini Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan juga masalah merapatkan jurang diantara kaum yang semakin longgar. Slogan Satu Malaysia yang dilaungkan Datuk Najib moga-moga dapat memberi harapan baru pada rakyat Malaysia dan bukan sekadar slogan yang sedap ditutur di mulut sahaja. Moga Malaysia kembali stabil dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Ameen… 

Mengisi masa cuti…


Huhu… Riana baru siapkan hand made greeting card. Nampak sangatla tak de kerja kan. Terlebih rajin nak menggunting kertas segala tu. Huhu… Ekceli Riana buat kad tu untuk seorang teman yang baru sambut Hari Lahir pada 1 April lepas. Kita org rancang nak wat double surprise party. Di mana n kat mana tu… rahsia ler… Nanti tiba2 ada member2 kat sini yg jadi silence reader, bocor plak rahsia ni… Hehe. (Jgn marah Cik Nurul yg selalu jd silence reader kat sini).