Memaparkan catatan dengan label sassy water. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sassy water. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 24, 2014

Infused Water #6

Lepas pos tips untuk detox dulu >>Di SINI << Ramai yang tanya apa benda infused water dan detox water atau sassy water ni? Sebenarnya sama je semua tu. Cuma bila guna bahan yang berlainan, maka banyak manfaat lain yang kita perolehi. Contoh seperti dalam infographic kat bawah ni. Saya cuma perna try satu jenis infused water je. Yang lain-lain tu belum sempat cuba. Insya Allah satu hari nanti nak cuba juga!



Sekarang ni dah macam-macam jenis buah orang buat untuk infused water ni. Dah pelbagai. Meriah sangat bila Google.

 
Menarik kan!

Yang kat atas ni boleh cuba bila ada kesempatan nanti.
Step 1: Oren, Lemon, Limau nipis di masukkan ke dalam jar setelah dipotong nipis.
Step 2: Press buah-buah tersebut agar air buah tu keluar. 
Step 3: Letakkan ais sampai penuh jar.
Step 4: Masukkan air kalau nak atau... kalau tak  mau guna ais, boleh masukkan air dan simpan dalam peti sejuk.
Step 5 & 6: Kacau dengan sudu. Sedia untuk di minum.




Sekarang ni ramai dah gunakan botol khas yang boleh kita gunakan untuk buat infused/detox water ni. Macam kat atas ni. Mudah. Boleh bawa ke pejabat dan minum di mana saja. Terpulang apa pilihan anda.

Aaaaaa....bestnya tengok infused water kat atas ni!!! Nak juga!



Selasa, Januari 21, 2014

Tip Nak kurus dan sihat. #1

Hai... jarang benar ada masa nak update blog sendiri. Bulan ni sangat sibuk. Ada stock check la.. book fair la.. Stress kadang-kadang tu.. Bila stress ni, selalu sangat nak cari makanan. Maka, berat naik mendadak tanpa sedar. Bila naik atas penimbang, rasa nak terjojol je biji mataku.
Kucing Gomoksss..
*Kucing gemuks takpe...tetap nampak comey...hikhik
Tahun baru ni tiba-tiba nak google cari macam mana atau tip-tip berguna untuk menguruskan badan secara alami tanpa guna chemical.
Maka terjumpalah satu cara nak buat air detoks atau detox water atau sassy water. Dah try pun... memang best sangat rasanya.


OK, kat atas ni bahan-bahan untuk buat detox water yer..

-Hirisan Timun
-Hirisan Lemon
-Sedikit halia (boleh ditumbuk atau dihiris)
-Beberapa keping daun pudina
-Air masak (terpulang sama ada nak buat 2 liter atau 1 liter)

Cara membuatnya:

-Masukkan semua bahan-bahan mentah tadi ke dalam bekas air. Kacau. Kemudian boleh simpan semalaman di dalam peti ais dan diminum keesokan harinya.


Mudah kan resepi detox water ni. Boleh terus mencuba. 

Kenapa detox amat penting untuk tubuh kita? Detoks amat perlu untuk membuang toksin-toksin yang ada dalam badan kita. Bila badan kita dah buang toksin, lebih mudah proses pembakaran lemak berlangsung bila kita bersenam. Bukan tu saja... ia juga memperbetulkan hormon badan kita. Baik untuk mendapatkan kulit-kulit yang cantik. :) Sesiapa yang makan vitamin tambahan, harus kena detoks dulu untuk memudahkan badan menyerap vitamin-vitamin tersebut. Kalau tak rugi jer. Toksin dalam badan kita yang ambil dan sembunyi khasiat tersebut. Paling penting kena minum banyak air untuk proses pelangsingan. Air pun sebahagian daripada agen detox ye kawan-kawan. At least 2 Liter air sehari... atau pesan Kevin Zahri minum sampai rasa urin kita jernih. :)

Jom cuba! Cara mudah dan murah nak kurus. :)
Nanti saya kongsikan lagi tip-tip untuk kurus ya. Kita cuba sama-sama. Rajin-rajin belek kevinzahri.com untuk inspirasi.