Jumaat, Disember 25, 2009

~~No Heart…~~






~~ Did I'm feelin' happy when I saw the person that I hate, got the lesson?? ~~
~~I know it's not good for me to hate people and I hate the feelin' of 'HATE' inside me. Coz I know I'm not good enough as a friend.~~
~~ But I've no choice when the situation not on my side~~


~~I'm only want to said… What goes around, comes around… Only Allah knows…~~


p/s: Perasaan benci tidak baik untuk kesihatan dalam persahabatan anda. Jika ada pilihan…buanglah perasaan benci anda itu…gantikanlah dengan sebaik-baik perasaan. Memaafkan adalah satu perbuatan yang mulia. Sentiasa ada tolak ansur, hormat menghormati. Kalau kita tak hormat orang lain…mcm mana org lain nak hormat kita kan… *Nasihat utk diri sendiri juga ni*


Ryana: Menunggu lahirnya novel Wafiy dan Arsyad bagai menyiksa batin sendiri. Mohon maaf dari Ryana di atas kelewatan tersebut dan Ryana berharap masih ada sisa penantian di hati kalian yg masih setia menanti. Seperti sabarnya Ryana menunggu buah tangan dari Ryana itu selama hampir 2 tahun. Akan Ryana war2kan bila akan muncul di pasaran. ;)

Isnin, Disember 07, 2009

Wedding… wedding and wedding…

Cerita tentang wedding jer semenjak dua ni… Bz sangat dgn wedding. Tapi bukan wedding Ryana yer… Wedding my niece and my sis… ;) 
Semalam berlangsung majlis anak saudara Ryana di Danau Kota. Meriah dengan warna Hijau… 







Now to get ready with other wedding on 19th Dec. Huhu… make me serabut again… lol ;)






Wedding planner tak bertauliah bakal beraksi…hikhikhik ;)



>_<

Khamis, November 12, 2009

Rainy day…







Well… hujan-hujan ni seronok betul kalau tidur nih… Hmm… mari kita panaskan otak sikit… Kalau ada yg sudi nak berkongsi tu, sila-silakanlah berkongsi di sini. Riana nak tanya sikit;


Apa pendapat anda seorang wanita yg masih single cuba approach lelaki yg dia suka? Sesuai atau tak sesuai? Kalau sesuai, kenapa sesuai? Kalau tak sesuai, kenapa?


Seandainya… anda sebagai seorang wanita, berterus-terang dgn lelaki yang anda suka bahawa anda menyukai dia. Tetapi dia… reject anda. Bagaimana anda akan menghadapi situasi tersebut? Anda bersedih? Menangis? Terluka? Atau bagi anda itu merupakan satu dari cabaran hidup. Dia terima atau tidak… terpulang kepada dia, janji dia tahu aku suka dia. 




Terima kasih terlebih dahulu Riana ucapkan buat sesiapa saja yg sudi memberikan pendapat mereka di sini… Seronok buat perbincangan macam ni sambil minum kopi cecah dengan biskut kering… hehe ;)

Isnin, November 09, 2009

PMS Syndrome…make me down…



Huhu… serabut dengan sindrom yg satu ni… Dua hari mood tak berapa ok telah memberi tanda bahawa harinya sudah tiba. Hesy… serabut satu alam tu… Hari ni dok rumah berlepak-lepak di depan macbook sambil melayan fesbuk… Satu hari plak tu… Jadi kerja betul…
Kalau org lain PMS syndromenya teruk dari segi fizikalnya seperti mengalami senggugut, makan tak lalu dan sebagainya lagi… Tapi Riana plak pelik sikit… Time-time macam ni mmg kena beware jer. Kalau boleh bercuti di rumah, memanglah digalakkan… Mood walaupun x ok… tapi xderla sampai nak marah-marah puting beliung satu dunia… Cuma satu jer la… jgnlah ade waktu2 cenggini ada yg sesaje nak me'laser'… sesaje nak test perasaan ke haper… atau sesaja je nak mengguris perasaan… amatlah tidak digalakkan. Minah ni akan jadi ratu air mata… Silap2 leh banjir sebab terbabit secara direct dgn sindrom ni… Dah terbukti berkali-kali… 

p/s: but mmg enjoy dgn hari ini… xder stress… mood pun ok… xder dah airmata mengalir kat pipi… siap leh blog hopping lagi… Best sungguh!

Wajah…

Setenang air di kolam
Begitu wajahmu
Gelora hati di dalam
Tiada yang tahu

Sentiasa terukir
Senyum di bibir
Lindungi perasaan
Di balik gurauan

Namun dari riak mata
Kudapat membaca
Ada garis keresahan
Jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian

Seperti engkau jua
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan

Seperti kau alami
Kutahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahmu
Tidak setenangmu
Tidak berdaya kau lindungi
Kehampaan ini
Dalam senyum tawaku mereka tahu
Diriku kecundang dalam percintaan





Khamis, November 05, 2009

Shopping… ubat release tension… ;)




Riana outing ke KL hari ni… Huii… sorang-sorang jalan kat KL tu memang best… Tapi, penat dowh… Penat sebab terkejar2. Hihihi ;)


Destinasi pertama, mestilah Area jln TAR. Riana naik tren dari Kelana Jaya ke Masjid Jamek. Dek kerana malas nak jalan ke area SOGO sana tu, Riana naik Star ke SOGO.Hihihi. Mula-mula tak masuk SOGO, Riana terus ke Maju Junction dulu. Rewang2 tgk apa yg ada kat situ. Ramainya org tgh lunch, maklumlah… baru pukul 1.30 waktu tu… Takdelah happening sangat Maju Junction tu… Keluar dari Maju Junction, lintas jalan… masuk pula Avon Boutique… Beli barang yang dipesan kakak. Hehe. Dah settle, lintas balik jalan… menuju pula Bangunan Mara. Pergi hantar kain nak buat baju. Huhu… baju untuk kenduri kakak nanti. Aduhai… tema warna ungu. Nasib baik dah ada kainnya, cuma perlu tempah jer… Settle kat situ, ingat nak makan kat Medan Mara tu… sebab sup nya sedap banget sih… Tapi ramai lak orang… Maka teruslah berjalan gi SOGO lak. Masuk SOGO, gi cari baju utk diri sendiri. Huhu… ingat nak beli dua pasang, tapi rasanya cukuplah satu jer dulu. Bulan depan spend utk satu lagi baju…hihihi.

Settle kat SOGO, kuar gi Minerva. Cari buku Aisya Sofea -Yang Sebenarnya. Yess!! Dah ada pun. Maka, apa lagi… terus gi bayar kat cashier bersama dengan buku Kak Lili Haslina-Menunggu Cinta Tuhan. Puas hati! Pastu gi makan kat KFC. 
Best giler dah dapat semua barang yang dikehendaki. Destinasi seterusnya, KLCC… Sebenarnya dah malas sangat nak ke sana, tapi memandangkan nak juga pergi tengok kedai competitor… maka kaki melangkah jua ke sana. Naik tren ke KLCC… huhu… Destinasi-Kinokuniya.


Kat Kino jumpa dengan Datuk A. Samad Said. Apa yang Riana beli kat sini? Nanti kita bongkar apa yang Riana beli kat sini. Hehe ;)
Balik dari KLCC… pukul 5.30ptg… Nasib baik belum ramai org naik tren balik dari kerja.


Ini yang Riana beli di semua tempat yg Riana singgah…Taraa…


Tu dia… dasyatnya Riana shopping…







Beg plastic Avon tu takleh nak bongkar sebab ada barang2 Wanita… tak sesuai utk tayangan umum. Hehe… Dari beg Kino tu… Riana beli buku knitting dlm bahasa Jepun. Disebabkan ada diskaun 20% utk buku tu… tapi Riana kena beli buku lain utk menikmati diskaun tersebut… maka terpaksa beli buku Barbie…huhu. Kenapa beli buku knitting tu dalam bahasa Jepun? dah tak ada ke buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Jawapannya… sebab Riana dah biasa benor dengan kod2 dalam bahasa Jepun utk mengait. Dari umur 13 thn lagi dah belajar mengait guna buku dalam bahasa Jepun. Bahasa memang tak faham… tapi kodnya mudah dipraktis… Jadi kerja pula Riana ni kan! Haha ;)
Uishh… dah banyak menceceh lak Riana kan! Ok, nak sambung tengok Tower 13 kat TV3… Ngeri…Jom!

At keyboard pad…

Bila tangan mengetuk papan kekunci ni… macam banyak jer nak cerita tapi bila dah buka blog ni… terus idea mati tgh jalan…huhu…
Tapi… kalau dah mula, kenalah sambung ye tak… Buat suspend org lain lak nak baca… Hihihi… Ok, Riana citer dulu ape yg berlaku dua tiga menjak ni sampai tuan punya blog takde masa nak menyapu sawang kat rumahnya ni…


Majlis pertunangan kekandaku.


Pada 31hb Oktober yang lalu, berlangsung satu majlis yang serba sederhana di rumah Riana. Satu rombongan dari pihak lelaki selepas Asar telah bertandang ke rumah Riana untuk menyempurnakan majlis pertunangan buat kakak Riana. Janji diikat, kata termetrai… maka majlis besar buat kakak Riana akan berlangsung pada 19hb Disember depan. Sekarang ni bakal pengantin tengah sibuk buat persiapan majlis. Yang tak jadi pengantin pun sibuk jugak. Hikhikhik… ;)



Cincin tunang tersarung sudah di jari…


Hantarannya… kueh-mueh jer…


Ini Cik Jelita… Posing dgn barang hantaran balas Mak Ndaknya… ;)




Cik Jelita dgn crown kat kepala…hihihi :)


Beberapa aktiviti di MPH yg berlaku dalam bulan lepas tapi terlepas nak load kat blog sendiri… hihihi…
Antaranya:


Bowling Gathering.











Bowling Gathering ni mengumpulkan semua warga MPH One Utama. Huhu… orang lain main siang-siang… Kitaorg main lepas kerja… pukul 10.30mlm… Huhu.

Open House@MPH





Huhu… nak letak semua gambar rasa cam lambat lak nak upload… Cuma ini jer la yg mampu Riana letak… 





Rabu, Oktober 21, 2009

Tengah men'jiwang'kan diri…

Halooo… Riana tengah cari mood utk sambung manuskrip… Huhu… letih arrr… Macam-macam perkara berlaku maka terasa otak tak leh nak berfikir dgn betul sekejap… Hehe… Tapi, manuskrip perlu diteruskan… walau sukar mana sekalipun. Chaiyo! Gambate!


.::Panas bukannya bara… Cintakan tetap Cinta::.
.::Najiha & Najib::.


Ahad, Oktober 18, 2009

Derita yang menjerat kapankan berakhir?

Huhu… seksanya nak menyambung manuskrip yg tergantung… ;) Kena warm up dgn mood dan lagu-lagu… moga-moga ada sinar bahagia untuk manuskrip yg masih di awangan ini…


~ Walau kita tak lagi bersua sayang… cukup sudah tanda setiamu… ~


.:: Najib & Najiha ::.




Jumaat, September 25, 2009

Demi nama CINTA…

Aduduh… melodi dan lirik dua lagu dalam video klip kat bawah ni… sungguh menyentuh hati nuraniku… Abaikan video ya! Dengarin aja… ;)



Cinta tak bersyarat~ Element~



Kekasih yang tak dianggap ~Kertas~

Part yang paling touching ~ :


Kekasih yang tak dianggap.


Aku mentari, tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi, tak memberi warna dihidupmu…
Aku sang bulan, tak menerangi malammu
Akulah bintang, yang hilang ditelan kegelapan…


Cinta tak bersyarat


Demi nama CINTA,
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu…
Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku…
Kerna demi cinta…
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu…
Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti memiliki…

Khamis, September 24, 2009

The BiTTer SwEEt September 09.

Huhu… baru perasan Hari Raya tahun ni jatuh pada 20.09.2009. Cantek betul tarikh tu… 20092009. Riana tak sempat nak ucap Selamat Hari Raya. Di kesempatan ini, Riana nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, buat seluruh kaum muslimin dan muslimat yang mana membaca blog Riana ini, di mana jua anda berada. 
Dalam bulan September ni, macam-macam yang dah berlaku… The bitter sweet moments… Anyway, biarlah ianya disimpan saja di sudut hati kan… Meh kita layan lagu kat bawah. Sedap lagu ni. Lagu Korean ~ I'll be there… Siap dengan English translation lagi…




Yang satu lagi ni, DBSK nyanyi dalam Japanese, with English sub jugak… Kita layan ek…





Khamis, September 17, 2009

Isnin, September 14, 2009

Huhu… Mood Raya come!

Finally, mood raya sudah sampai… Sekejap nye rasa puasa… Belum pun habis puasa dah terase rindu dengan puasa tahun depan. Entah sempat, entah tidak agaknya bertemu dengan Ramadhan tahun depan… Apa-apa pun moga bertemu lagi Ramadhan yang dirindui.


Ok, kita layan lagu raya plak… Lagu raya lama-lama tetap best didengar… Abaikan video yg tak berapa best tu…



Ahad, Ogos 30, 2009

Bahagia…



Bukan hari-hari rasa bahagia itu datang menjengah… Jadi bersyukurlah kerana terpilih untuk rasa bahagia pada hari ini.

Hati bahagia pabila kami sama-sama berada di dalam mode mencari keserasian… dan bertambah bahagia bila menemui beberapa titik persamaan di dalamnya.

Hati bahagia pabila dia menjadikan diri ini tempat untuk mengadu kisahnya walaupun tidak keseluruhannya.

Hati bahagia pabila diri ini sentiasa diingati dalam tidur dan jaganya. Setiap saat bagaikan dia sentiasa menyebut nama.

Hati bahagia bila dia tidak mencari bahan untuk bertegang urat dalam perkara-perkara yang kecil sehingga membawa kepada ketidaktenteraman jiwa. Terasa jiwa bagai melayang seketika ke langit.

Hati bahagia pabila diri ini diingati lebih istimewa berbanding teman-teman yang lain.

Hati bahagia pabila dalam diam dia memerhati setiap tingkah laku dan kemudian mengingati dan bertanya mengapa dan mengapa? Itu maknanya si dia pemerhati dan amat concern apa jua tentang diri ini. Apa yang kita sukai dan juga tidak suka semuanya di dalam pemantauan.

Hati bahagia bila di mana-mana sahaja dia sering memerhati dengan lirikan matanya tanpa diri ini menyedarinya.

Hati bahagia pabila membaca kata-kata darinya yang terasa keseluruhannya begitu bermakna dan istimewa. Walaupun sekadar ucapan 'hai'. 

Hati bahagia pabila adakalanya dia bertindak comel dalam kata-katanya yang mengusik. Tanpa sedar jiwa turut terusik.

Hati bahagia kerana dia adalah dia yang dikenali sejak dulu… tidak berubah walau sedikit pun dan dia istimewa dengan caranya yang tersendiri. Dia adalah dia apa adanya. Cukup sekadar penyejuk mata walau tidaklah sekacak mana… namun dengan apa yang ada pada dirinya… budi bahasa dan santun kata itulah yang membuatkan dirinya begitu kacak dipandangan mata. Tiada orang lain lagi yang dapat mengisinya di minda.

Rabu, Ogos 19, 2009

Salam Ramadhan In advance…

Buat semua muslimin dan muslimat, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga puasa tahun ini lebih sempurna dari tahun-tahun sebelumnya. Riana bercuti dikampung sehingga 27hb Ogos depan. Nak bersama keluarga tercenta menyambut Ramadhan bersama-sama.

Isnin, Ogos 17, 2009

Kau Yang Bernama…

Kau yang bernama hati
Engkau yang ketahui
Perasaan ini

Kau yang bernama rindu
Mengusik hatiku
Di setiap waktu


Kau yang bernama mimpi
Sering menemani
Hidupku nan sepi


Kau yang bernama resah
Pabila kau tiba
Aku yang tersiksa


Cinta itukah namanya
Aku yang tak tahu
Merasa terganggu
Kenangan ku bertukar sayu
Ku jadi tak tentu
Gilakah aku keranamu


Tetiba rasa best sangat layan lagu-lagu lama. Waktu Riana kecik-kecik dulu memang rajin dengar lagu-lagu macam ni. Lagu Sharifah Aini yang dulu-dulu memang best sangat bila dengar. Suaranya memang merdu. Dari lagu joget, sampailah ke lagu-lagu romantis macam ni. Haha... mesti ada yang ketawa kan. Sebab Riana layan lagu-lagu zaman kakak-kakak Riana muda remaja dulu. Hehe... Rajin juga Riana ke Youtube... cari iklan-iklan lama yang memang menggamit memori la masa kecik-kecik dulu. Tak lupa juga rancangan TV macam mekar sejambak dan banyak lagi. Tapi sekarang ni Riana memang rindu sangat nak tengok citer drama bersiri Opah. Kalau ada kat You tube ke... mesti Riana tengok punya. Dulu waktu kecik-kecik sanggup tunggu drama ni depan TV dan sanggup habiskan kerja sekolah dulu awal-awal. Walaupun TV Riana dulu bukannya ada warna pun. Setakat hitam dan putih jer... Haila... I missed all the old thing... Rasa macam nak putar balik masa ke zaman tu... Tapi tak mungkin kan!



Jumaat, Ogos 07, 2009

Puase oh puase…


  • Kini Riana tengah puasa selama seminggu dan secara berturut-turut. Sebabnye… bisalah… faham-faham jelah. Bukan tak mahu buat awal-awal, tapi kesuntukan masa. Nasib baiklah sempat kan… Aduhai! Lalai sungguh.
  • Keep praying for one friend. He's in critical condition and hopefully he'll fine. I don't want to lose any of my good friend. He's such a good friend to me.
  • Doing my half way manuscript, try revamp it again… Huh!
  • Started to planning a surprise. A special surprise… to whom? You know who you are…
  • Scrapbooking… 
  • Tetiba minat lak nak melukis… dan Riana dah beli water colornya… Dasyatnye!!!
  • My mind become kacau bilau sungguh… macam-macam benda ader dalam kepala ni… and I hates that.
  • Suka betul dengar lagu-lagu jiwang. Tak kisah lah dalam bahasa apa pun. Adakalanya merujuk pada diri sendiri… dan ada kalanya sebagai halwa telinga untuk diterapkan dalam jalan cerita. Hai… macam-macamlah Riana ni kan.
  • Riana baru tersedar… Riana banyak susah hati dalam banyak hal semenjak dua ni. Berat badan naik pun risau. Of cos risau sebab takut penyakit hinggap. Berat badan turun pun Riana risau… kalau sikit2 tu takpelah juga… Ini hampir 15 kilo within 2 months… Dulu diet macam orang gila pun tak turun sampai sebanyak ini. Dan turunnya pula, bukannya dipaksa2. 
  • Susah hati dengan kerja… sebab kadang-kadang rasa macam Riana sorang jer yang buat kerja… dan orang lain yg dapat nama. Riana bukan nak nama, at least… just appreciate what I'm doing… and it's better when we work in team. Sometime Riana rasa macam nak resign jer…
  • Susah hati kerana takut melukakan hati orang lain. I'm too particular, maybe! Sampaikan kadang-kadang terlalu memikirkan perasaan orang lain dari perasaan diri sendiri… Huhu… :(
  • Susah hati dengan manuskrip yang tak bergerak-gerak… Aduh!
  • Readers jgn susah hati pula dengan apa yg di tulis Riana ni…


Rabu, Ogos 05, 2009

Mood yang Swing…

Tak taulah nak cakap macam mana… Mood memang tak berada di dalam kondisi yg baik ni… Nak menulis pun tak ada mood. Huhu… rasa nak jerit jer… tapi karang ada yang cakap Riana gila pulak. Layan lagu jiwang jer semenjak dua ni. Hai la… tak tahulah kenapa. Hesh… meh kita dengar lagu jiwang yang Riana rajin sangat dengar semenjak dua ni… Chaiyo! ;)



It's can be. It's not possible.
That's what I told myself
There's no way that I'm in love with you.
It's just jealousy. I must be lonely.
I tried fooling myself.
But now I can't hide it anymore.


I Think I Love You
It must be true
Cause I miss you
When you're not around
I can't do anything
I keep thinking about you
Seeing how things are… I know
I'm Falling for You
I didn't realize it
Now I need You
All of the time
I now understand that
Somehow you've already grown deep
in my heart


They say we're not suited for each other
that it's better for us to just be friends
From one to ten
We can never agree on anything
How can we be in a relationship?
When everyone says we can't last?
Their words have been in my thoughts
but I don't want to think about it anymore



I Think I Love You
It must be true
Cause I miss you
When you're not around
I can't do anything
I keep thinking about you
Seeing how things are… I know
I'm Falling for You
I didn't realize it
Now I need You
All of the time
I now understand that
Somehow you've already grown deep
in my heart

Why didn't I see you when you were just in front of my eyes?
That whole time you were just
Beside me all along
Why didn't I realize
That I've loved you all along?



Sabtu, Ogos 01, 2009

Hati berlagu…



Moga dibukakan
Jalan tenang didepanmu
Moga kau temui
Segala yang kau cari
Aku iringi doa untuk kebahagiaanmu
Aku menanti
Sehingga detik bertemu lagi


Kau tak pernah jauh…Kau selalu dihatiku…
Rindu terhadapmu
Mengenal waktu
Manis ingatan 
Bagai wangian kembang di taman
Kasih padamu
Setenang air yang mengalir
Bagai tiada jemu
Dalam kesepianku
Hati berlagu merinduimu…
"Moga dibukakan jalan tenang didepanmu… Kau tak pernah jauh… Kau selalu dihatiku… Aku menanti sehingga detik bertemu lagi …" 
~Buat Dia~ 
 

Rabu, Julai 29, 2009

Bait-bait lagu…

Ku mencari bayangmu tiada, di langit biru, di lautan api… Kau hilang dan semakin jauh, hujung dunia kita berjumpa… 
              (Cinta Kain Putih- Putra

 (^-^) Adorable person… close to my heart… try to touch my soul… (^_^)


Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Isnin, Julai 27, 2009

Saat persahabatan di duga…



Dalam apa jua jenis relationship di dunia ni harusnya pernah di duga sekali dua. It's not going smooth all the time. Tak kira lah relation between couple, or friends. Ada jer salah faham, prasangka yang bakal timbul tanpa diduga. Kata orang, sehari dua berkenalan kita belum mengenali keseluruhan isi hati dan perut sahabat kita. Salah faham, prasangka, dan pertelingkahan yang berlaku di dalam sebuah relationship menandakan kita sedang mengalami proses dalam mengenali sifat dan tingkah laku sahabat yang rapat dengan kita. Ia merupakan proses normal dalam sebuah relationship yang melibatkan hati dan perasaan. Waktu tu lah baru kita tahu the true color masing-masing punya perangai. Ada yg kuat moody lah. Ada yg mudah sangat kecil hati atas perkara-perkara yang kecil. Dan tak kurang ada yang happy jer manjang. Dalam setiap perhubungan yang melibatkan hati, mesti ada sikap give and take, faham-memahami dan menerima diri sahabat kita seadanya dia. Dengan adanya sifat tolak ansur… sekurang-kurangnya sahabat yang sering moody je manjang tu boleh berubah menjadi kurang moody. Siapa tahu kan! Mengalah tak beerti kita kalah kan. Kalau dengan mengalah kita dapat memperbetulkan keadaan, apa salahnya. Setiap manusia ada egonya yang tersendiri. Terpulang dengan individu masing-masing bagaimana ingin menyesuaikan diri di dalam environment persahabatan itu sendiri.
Dan Riana sedang mengalaminya sendiri hari ini dan di saat ini. Tapi, apa-apapun… pengalaman lalu masih ada untuk kita jadikan panduan dalam meniti setiap permasalahan yang berlaku. Doakan semoga yang baik-baik sahaja ya!
Dalam pada itu waktu google tadi terjumpa lagu ini dan ianya punya bait-bait kata yang memang menyentuh. Just to share it here… Erti Persahabatan.





Erti Persahabatan - DidiCazli

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa... oohhh



Khamis, Julai 23, 2009

Si Dia...

(University tempat Aliya dan Haikal pertama kali bertemu)
Wajah pucat Aliya direnung dengan perasaan sayu. Kerana cinta yang tidak berbalas, gadis ini sanggup memusnahkan diri sendiri. Haikal tidak pernah menyangka sesuatu yang pernah berlaku pada dirinya dahulu kini telah menimpa Aliya.
Haikal melihat tangan Aliya bergerak perlahan. Dia kembali duduk di kerusi dan menyentuh tangan Aliya. Mata Aliya terbuka perlahan-lahan. Haikal tersenyum ke arah Aliya.
"Abang Kal, kenapa Aliya tak mati aja?" Soalan tersebut terpacul dari bibir Aliya. Matanya sudah berkaca semula.
(Petikan dari novel Hadirnya Cinta, 2006



Si dia
Janji berpadu ku berikan
Jangan janji keliru yang jadi
Kenangan

Si dia
Wajahnya umpama rembulan
Yang memancar sinar gemilang
Di alam

Bila
Bulan mengambang di pantai
Ombak
Berderai

Dengan
Itu juga lara datang
Menyerang
Kalbuku

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak ke mana

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak kemana

Rabu, Julai 22, 2009