Isnin, Ogos 17, 2009

Kau Yang Bernama…

Kau yang bernama hati
Engkau yang ketahui
Perasaan ini

Kau yang bernama rindu
Mengusik hatiku
Di setiap waktu


Kau yang bernama mimpi
Sering menemani
Hidupku nan sepi


Kau yang bernama resah
Pabila kau tiba
Aku yang tersiksa


Cinta itukah namanya
Aku yang tak tahu
Merasa terganggu
Kenangan ku bertukar sayu
Ku jadi tak tentu
Gilakah aku keranamu


Tetiba rasa best sangat layan lagu-lagu lama. Waktu Riana kecik-kecik dulu memang rajin dengar lagu-lagu macam ni. Lagu Sharifah Aini yang dulu-dulu memang best sangat bila dengar. Suaranya memang merdu. Dari lagu joget, sampailah ke lagu-lagu romantis macam ni. Haha... mesti ada yang ketawa kan. Sebab Riana layan lagu-lagu zaman kakak-kakak Riana muda remaja dulu. Hehe... Rajin juga Riana ke Youtube... cari iklan-iklan lama yang memang menggamit memori la masa kecik-kecik dulu. Tak lupa juga rancangan TV macam mekar sejambak dan banyak lagi. Tapi sekarang ni Riana memang rindu sangat nak tengok citer drama bersiri Opah. Kalau ada kat You tube ke... mesti Riana tengok punya. Dulu waktu kecik-kecik sanggup tunggu drama ni depan TV dan sanggup habiskan kerja sekolah dulu awal-awal. Walaupun TV Riana dulu bukannya ada warna pun. Setakat hitam dan putih jer... Haila... I missed all the old thing... Rasa macam nak putar balik masa ke zaman tu... Tapi tak mungkin kan!



2 ulasan:

seriadriani berkata...

Salam Ramadhan buat Ryana... Semoga mendapat pahala yang berlipat ganda

Unknown berkata...

Salam Ramadhan buat Kak Seri dan keluarga juga. Moga Ramadhan kali ini penuh dengan rahmatNYA.