Selasa, November 12, 2013

What we want to be…



Fikir, fikir,fikir...mahu berubah untuk masa depan atau berada di dalam zon selesa ini sahaja. Make a move, make the jump!
p/s: Bila kita merasa selesa di dalam zon selesa…itu bahaya.

Isnin, November 04, 2013

Rabu, Oktober 30, 2013

Disebalik datang bulan...ada hikmah yang tersembunyi

Menstruasi atau haid atau datang bulan adalah perubahan fisiologi dalam tubuh seorang wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi baik. Pada wanita, haid biasa terjadi setiap bulan di antara usia remaja hinggalah menopause. Ada juga sesetengah haiwan yang turut mengalami haid. Namun tidak diketahui kesahihan fakta tersebut.
Rata-rata setiap wanita mempunyai kitaran haidnya yang tersendiri dan setiap wanita berbeza kitaran haidnya. Ada yang haid terjadi sekitar 2 hari. Namun ada yang menghampiri 15 hari. Ingat ya, jika melebihi 15 hari cepat-cepat jumpa doktor kerana dikhuatiri ada penyakit lain yang kita tidak tahu. Biasanya darah yang hilang ketika haid adalah 10ml ke 80ml sehari. Tetapi rata-ratanya hanya hilang 35ml sehari.
Setiap wanita seperti yang telah dinyatakan di atas, mempunyai kitaran haid, aliran haid yang berbeza bagi setiapnya. Begitu juga dengan rasa sakit ketika datang bulan atau lebih dikenali sebagai senggugut, juga berbeza. Ada wanita yang tak pernah merasai senggugut. Dan ada pula yang kerap kali haid disertakan dengan senggugut.

Senggugut atau 'dysmenorrhoea' bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibanding dengan semua masalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan rungutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah dan dari aktiviti lain.
Senggugut boleh disebabkanoleh pelbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.

Senggugut Primer
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakita tersebut. Ada sebahagian wanita 'sembuh' dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.
Ianya selalu berlaku:
-rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara mencengkam atay berterusan atau kedua-duanya.
-tegang pada payu dara
-pening kepala
-rasa pitam
-perut kembung
- mula dan muntah
-sembelit atau cirit-birit
-tekanan emosi, merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit pun akan hilang.

Faktor risiko:
Di kalangan berikut sama ada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat senggugut:
-Baligh awal (umur 11 tahun dan ke bawah)
-Sejarah keluarga juga punyai senggugut.

Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.

Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?

Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Dengan Ubat:
-  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah

Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.
 (Fakta ini di kutip dari: Dr. Norlida Hj. Kairon)
 Di saran agar mengurangkan kadar pengambilan ubat dan melebihkan rawatan tanpa ubat agar dapat mengelakkan penyakit kemudian hari. Saya sendiri lebih suka tuam, letak minyak panas kalau senggugut. Dan lagi satu, kena aktif buat kerja, lawan rasa sakit tu. Sebab kadang-kadang dengan mengaktifkan diri, peredaran darah haid tadi akan menjadi lancar. Alhamdulillah, so far tak pernah kena senggugut yang teruk. Adakalanya memang tak ada langsung. Kalau ada kawan-kawan yang selalu kena senggugut teruk, saya boleh syorkan vitamin tambahan untuk melancarkan period cycle anda. Jangan risau, vitamin yang saya makan ni terbukti berkesan dan sangat semulajadi. Jika ada yang nak tahu, boleh PM saya ye di blog ni atau FB. 

OK, selain daripada itu, ketika haid juga kita sudah sedia maklum bahawa kita tidak dapat menunaikan solat, haji dan juga puasa. Riana ada terbaca beberapa amalan yang boleh kita amalkan ketika kita sedang datang bulan.



Boleh amalkan ketika datang bulan. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada sebab musababnya. Jom! Amal sama-sama.

Selasa, Oktober 22, 2013

Rabu, Oktober 16, 2013

MPH Teambuilding at Puchong Hill

Pada 2hb Oktober yang lalu, MPH majikanku telah mengadakan satu sesi menaik taraf para pekerjanya untuk lebih berdedikasi dan bersemangat waja dari segi kepimpinan dan daya usaha untuk lebih maju ke hadapan dalam bidang bisnes yang kami jalankan. Cewaahhh.. Formal gila kan.

Sebenarnya, selama ni dok mengelak jer pergi ni. Ini pun last minute punya persetujuan. Pukul 8 mlm 1hb Oktober baru bagi kata setuju. Bukanlah tak suka aktiviti-aktiviti macam ni.. tapi sebenarnya ada masalah peribadi lain yang kalau explain kat sini susah orang nak faham pun. Tapi, Alhamdulillah...selamat pergi dan kembali.

Tiba di Taman Wawasan Puchong pukul 6.40 pagi. Tumpang kereta head outlet yg berhampiran. Terima kasih banyak-banyak. Malas nak drive sebab tak cukup sabar dengan jalan yang jam. Kebetulan sehari sebelumnya kami sama-sama menghadiri mesyuarat seluruh head outlet di HQ. Penat...tapi terpaksa sebab persetujuan dah diberi. Walau berat hati pun, tetap pergi juga sebab tak ada siapa nak gantikan.

Aktiviti bermula lewat hampir satu jam...

Ada ucapan aluan dari orang kuat HR MPH. Dan kemudian kami mula dengan permainan pertama. TUPAI-RUMAH-API-PEMBURU-GEMPA

tupai sedang cari rumah..hehe..

Rasa macam budak-budak balik tau... Release segala tension pasal kerja. Best sangat! Siap lepas tu main bola baling bagai.. Lama dah tak lari... Keluar peluh, rasa sihat jer badan.
strategi...strategi

Wajah-wajah pemenang...

8.30pg kami semua sarapan pagi. Selepas sarapan, kami mula dengan aktiviti peringkat kedua.. kena lukis bendera kumpulan, siapkan cheers, motto dan sebagainya. Dah rasa macam masuk Uni balik pula...Hehe..
creative? Terpaksa jadi creative..haha..

My group...
Champion no need to shout! Cayalah!

We the STAFF of MPH

Dah siap semuanya...bergambar sekejap...lepas tu kami diberi tugasan..lebih kurang 50 soalan untuk diselesaikan. Bermulalah aktiviti WALK-A-HUNT. Aktiviti ni similar to Treasure Hunt, bezanya dah bagi klu siap-siap. Kami cuma cari gambar yg diaorg dah ambil dan di crop. Kami kena beritahu lokasi gambar tu diambil. Lagi 25 soalan ialah kami kena fikir di luar kotak. Hehe..google pun boleh...

WALK-A-HUNT ; dekat-dekat check point akhir dah ni...


So, berjalanlah kami di tengah panas menikmati sinaran cahaya tengah hari... Penat tau kalau stamina tak kuat. Nasib baik makan vitamin Shaklee (oppss..melalut plak..hehe) Dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30. Nasib baik tak gelap warna kulit.
Tengok, betapa bz kami dok cari jwpn... Uncle2 hantar makanan dah ready tepi tu..

Makan time!

Kami antara kumpulan pertama yang tiba di check point terakhir. Itupun nasib baik tak kena kejar dengan anjing waktu mencari klu-klu yg terakhir. Di check point terakhir pun sempat lagi kami habiskan soalan-soalan yg berbaki. Soalan yg kena fikir luar kotak tu memang mencabar minda la.. Sampai terpaksa guna Google juga. Lepas dah rasa OK dengan jawapan, kami pun makan tengah hari bersama-sama dengan kumpulan lain di bawah pokok di kaki bukit yang bakal kami panjat.

Masa makan, masa kami berinteraksi sesama kami. Saling mengenali dengan mana-mana ahli yg sebelum ini kami tidak kenali.

Pukul 2.00ptg kami diberi taklimat dan kemudian kami diberi tugasan untuk mengutip huruf-huruf di sepanjang laluan ke puncak, yg telah diberi klu dalam satu sampul surat sebelum kami mendaki.
Bermulalah cabaran untuk mendaki. Stamina, mental dan fizikal kena kuat untuk mendaki ni. Tahap kecuraman adalah biasa tapi jadi luar biasa bagi yang tidak biasa. Hehehe...
Waktu ni baru bermula...

Haha..penat...


Bila tiba pada tempat yg terpaksa mendaki, memang mencabar keimanan betul. Sapa yg tak kuat semangat memang cepat je nak mengaku kalah. Dari segi psikologinya memang la boleh relate benda ni dalam bidang kerja, bisnes atau sebagainya. Jangan cepat mengaku kalah! Pendakian kami hampir 2 jam baru sampai ke puncak.

Setibanya di atas, kami cantumkan huruf-huruf yang ada menjadi satu ayat. Inilah hasilnya...

Di atas sini kami berkongsi aspirasi dan pengalaman dari apa yang kami lalui sepanjang hari bersama General Manager kami. Seronok OK bila dah sampai kat atas. Ini belum Kinabalu.. kalau Kinabalu, bagaimanalah agaknya reaksi kegembiraan itu.

Selesai berkongsi pengalaman, kami semua beredar turun pula. 2 jam juga masa diambil. Perjalanan turun lebih baik berbanding perjalanan naik. Sampai di kaki bukit lebih kurang pukul 5ptg. COO kami sedia menunggu di kaki bukit. Selepas melepaskan lelah...masanya tiba untuk kami menyanyi cheers kumpulan sambil mengibarkan bendera kumpulan kami. Fun!

Pemenang acara Walk-A-Hunt hari tu diumumkan :) Yeay! Ternyata berbaloi usaha kami dan nyaris dikejar anjin tadi. Hehe...

Apa yg nak dikongsi di sini, adakalanya kita harus menyertai aktiviti sebegini untuk lebih fokus dengan kerja kita. Memberi satu pandangan dan inspirasi baru dalam apa yg kita lakukan. Insya Allah.

p/s: Huhu...terasa nak panjat bukit lagi. Lagi syok kalau ada air terjun :)


Selasa, Oktober 15, 2013

Doa...

Kehidupan sebagai seorang insan sentiasa menghadapi Ujian dari yang Esa. Ujian tersebut Allah turunkan untuk menguji keimanan hambaNYA. Menguji sama ada hambanya ini cepat putus asa atau berusaha. Menguji sama ada hambaNYA ini mengingatiNYA atau tidak.


p/s: Pilihan ada di tangan kita. Salam Aidil Adha. Moga kita dicintai ALLAH dan RasulNYA. Amin...

Jumaat, September 20, 2013

FB Pages Ryana Adrina



Salam semua...

Dah lama tak bersua.. sibuk adalah alasan utama. Tak tau nak bagi alasan apa lagi dah. Terima je la ye...

Ryana nak buat pengumuman sikit. Ryana dah tak approve friend request utk personal FB Ryana lagi dah. Kalau ada teman-teman yang belum add ryana sebelum ni di FB personal, boleh berbuat demikian di FB pages Ryana.Adrina ya!

Maaf ya...jgn chop Ryana sombong pula ya.. Semua langkah ni dibuat atas faktor keselamatan Ryana. Harap teman-teman memahami ya.


Happy surfing... boleh jer nak tanya apa-apa tentang saya di situ..

Jumaat, September 06, 2013

Ayat-ayat Allah.


Surah Al-Falaq

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Katakanlah; "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai Subuh. (1)
Daripada kejahatan makhlukNYA. (2)
Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita. (3)
Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan. (4)
Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki." (5)


p/s: Berimanlah dengan ayat-ayat ALLAH. Takutlah dengan hari pembalasan.

Selasa, September 03, 2013

Putaran Kehidupan.


~Pesan orang tua-tua dulu, buat baik dibalas baik. Buat jahat, tentunya dibalas jahat. Kawan-kawan marilah kita sama-sama muhasabah diri.. buang segala hasad dengki. Kerana hasad dengki, boleh mengelabui jiwa, menghitamkan hati. Lagi penting...jauhi sihir. Dosa yang tak terampun tu.
Hari ni kita aniaya orang. Esok lusa orang pula aniaya kita. Putaran kehidupan itu sentiasa berputar. Tak selamanya kita di atas, lambat laun ke bawah juga. Tak selamanya kita menjejak bumi, lambat laun ke dalam tanah juga.~


Ahad, September 01, 2013

Dugaan mematangkan Diri.



~ Dugaan yang datang mematangkan diri sendiri. Dulu sebelum diduga, lupa dan alpa pada Yang Esa. Rupanya Allah duga untuk memberi peringatan pada kita manusia supaya ingat padaNYA. 
Terima kasih Ya Allah kerana menyayangi hambaMu yang selalu leka dan alpa ini. Dugaan ini mendekatkan diriku padaMU. Segala amalan yang dulu dilupakan kini diamalkan kembali. Moga Allah merahmati.
Kepada yang pernah diduga dengan pelbagai skala dugaan, jangan cepat putus asa. Kembali kepada ALLAH kerana DIA tidak pernah lupakan kita. Bersabar dan bertawakal lah pada dia. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi.~


Khamis, Julai 11, 2013

Ramadhan tiba lagi.

Syukur Alhamdulillah di pertemukan sekali lagi dengan Ramadhan. Moga kita semua mendapat keberkatan di dalamnya.
Tahun ni sebelum sambut Ramadhan, cepat-cepat je buat checklist. Ya, sebagai seorang Muslim kita memang nak yang terbaik kan dalam hidup kita. Kebiasaannya Ramadhan dijadikan kuliah untuk memperbaiki amalan kita kepada Ilahi.Moga selepas Ramadhan nanti lebih istiqhomah dalam setiap perbuatan dan amalan.
Walaupun dah masuk hari kedua Ramadhan, Riana nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua. Moga puasa kita diterima oleh-NYA.

p/s: disamping beramal, nak juga menulis untuk manuskrip yg sedia ada. :) Doakan ya!

Ahad, Julai 07, 2013

Wayang: Monsters University

Wah, lama tak menulis di ruangan sendiri ini. Maaflah, kesibukan melampau..dan sekarang ni baru reda sedikit. Harap-harap dapat manfaatkan ruang ini seadanya.

OK, baru-baru layan sebuah filem animasi. Rasanya dah lama tayang di pawagam, tapi baru ada kesempatan nak tengok. Filem Monsters University dari Disney Pixar.

Haha..lama tak melayan cerita kartun kan. Nak release tension punya pasal. Maka, cerita ini yang dipilih. Cerita ini mengisahkan tentang Mike Wazowski monster yang bulat comel bermata satu, yang bercita-cita menjadi seorang penggerun. Tekadnya bulat selepas menyertai rombongan sambil belajar di Monster Inc, sebuah syarikat penggerun di mana monsters ini akan memasuki bilik kanak-kanak ketika mereka sedang tidur melalui sebuah pintu ajaib dan akan mengganggu tidur kanak-kanak ini. Di Monster Inc. Mike telah masuk bersama seorang penggerun bernama Frank ke dalam bilik seorang kanak-kanak dan melihat bagaimana Frank melakukan aksi secara langsung dan tanpa disedari oleh Frank sendiri. Dia keluar dari bilik tersebut dan dimarahi guru dan petugas di Monster Inc. kerana dikhuatiri akan teracun dengan toksik dari bilik kanak-kanak tersebut. Namun Frank terkejut dan gembira kerana monster sekecil Mike dapat keluar dari bilik kanak-kanak tadi dengan selamat. Frank menghadiahkan topi Monster University kepada Mike dan sejak dari itu Mike berazam untuk menjadi seorang penggerun dengan memasuki universiti tersebut.



Mike akhirnya mendaftarkan diri ke Monsters University dan bercadang untuk mengambil major dalam bidang penggerun (Scare) yang akan membolehkan mereka yang lulus dalam major tersebut menjadi scarer di Monster Inc.
Kehidupan universiti mereka macam manusia normal pulak. Ada macam-macam kerenah la. 
Pada hari pertama, Mike berkawan dengan Randall 'Randy' Boggs, teman sebilik yang mana berazam menjadi popular namun sukar untuk mengawal kuasa camouflage nya...
Semasa kelas pertama dlm scare program tu, soalan Mike kepada pensyarahnya telah diganggu dengan kehadiran satu monster yang besar berwarna biru dan sangat sombong bernama James P. 'Sulley' Sullivan.


Seluruh kelas telah diberitahu oleh Dean Hardscrabble bahawa sesiapa yang ingin menjadi scarer harus lulus final exam yang akan dilakukan pada akhir semester.Sullivan dengan lagak scarer secara natural dan Mike yang belajar dengan kuat untuk menjadi scarer..,menyaksikan pertembungan hangat di situ. 
Nak tahu lebih lanjut kena menonton sampai habis. Ada banyak pengajaran dalam gelak juga tawa bersama team Oozma Kappa (OK).




Selamat menonton! :)

Ahad, Mei 12, 2013

Mawar Putih buat Mama (ibu). Selamat Hari Ibu!

Tiba bulan Mei, macam-macam hari yang kita sambut. Bermula dengan hari pekerja, kemudian hari jururawat, hari ibu, hari guru dan banyak lagi hari yang mungkin tak tertanda di dalam kalendar Malaysia ni. Sempena hari ibu hari ini, saya tujukan lagu khas buat emak yang tercinta. Ini lagu klasik yang saya amat suka dengar. Lagu yang dicipta pada tahun kelahiran saya. Lagu yg sedap didengar, lirik yang cukup bererti.




Dan ini lagi satu lagu yang menjadi kegemaran. Lagu dan lirik yang cukup puitis dan dekat di jiwa.

Walaupun hanya sekadar lagu, namun jasa ibu yang melahirkan tak cukup untuk dibalas. Lagu ini sekadar untuk kenangan indah bersama ibu. Nak dikira setiap keringatmu ibu, tak terkira banyaknya. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan ku dengan cukup sempurna. Didikan agama dan duniawi yang ibu beri tak mampu anakanda balas. Walaupun anakanda ni kadangkala nakal dalam diam, namun ibu tetap mendidik penuh sabar. Walau ada kalanya ibu pernah naik angin dengan kelaku anak-anaknya, namun kasihnya ibu lebih dari itu. Terima kasih ibu kerana mendoakan setiap langkah anakmu. Moga berkat doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini. Doakan anakanda bertemu jodoh yang baik-baik dan dalam pada masa yg sama dapat berbakti padamu ibu. Amin. Selamat Hari Ibu!

Sabtu, April 13, 2013

Ramalanku benar belaka :)

Ohhh…sangat terkesan dengan persembahan malam ABPBH ari tu. Bila tengok Amir UK, Ayai, Zarul dengan Bagio nyanyi…terasa sesuatu lak. Haha…kenangan zaman asrama dulu menjelma…hehe. Ye la waktu diaorg ni glamer zaman tu baru form 1, form 2 mcm tu. Si Zarul ni dulu sampai berjaya mengumpulkan beribu-ribu kekasih rahsia la waktu tu. Dan memang tak leh lupa ramai sungguh yang lekat pin up poster kat dalam loker dan kat katil double-decker (biasanya sapa yg tido bawah lah buat camni). Itu belum lagi dengar karaoke berkumpulan kat dalam bilik mandi dan bilik basuhan. Masing-masing sungguh gila waktu tu. Tapi kegilaan tu terbantut sekejap la bila dengar berita si Zarul ni dah nak kawin dengan gadis pilihannya si Ayu tu. Lepas kahwin, perasan populariti si Zarul ni dah slow dah.

Bila dengar dia nyanyi malam tu…memori zaman duduk asrama dulu datang kembali. Best waktu tu! Sebab masing-masing fikir umur waktu tu je. Hehehe… Jom layan!


Khamis, April 11, 2013

Ketawa bersama...menangis bersama...

Minggu lepas sempat pulang ke kampung halaman hantar emak dan ayah yang datang melawat anak-anak kat KL. Balik kampung, sempat juga menziarah kakak yang tinggal di Ambangan Height. Perjumpaan keluarga dalam waktu yang singkat sahaja, tapi sempat juga kami mengenang kisah-kisah lalu.

Dulu, abah ada sebuah kereta. Model kalau tak salah Mitsubishi Garlant. Gambar lebih kurang kat bawah ni. Cuma catnya warna putih. Manual dan bergear tangan. Dalam ramai-ramai anak hanya abang yang ketiga saja yang boleh bawak kereta ni selain abah. No platnya BAM 3135. Kereta ni banyak sungguh berjasa dengan kehidupan kami sekeluarga. Tak pasti la sejak bila abah beli kereta ni. Tapi waktu adik lahir tu rasanya dah ada (lebih kurang tahun 1985).

Dengan kereta ini lah dahulunya abah ke KL. Dengan kereta ni juga la abah besarkan anak-anak. Hayatnya sampai ke cucu abah. Masih ingat lagi abah datang ambil anak-anaknya dari sekolah dengan cucunya (anak kakak). Ada kala kami berhimpit-himpit naik kereta ni dengan anak-anak buah yang lain. Adakalanya ada juga rakan sekelas yang sehala turut ditumpangi abah. Entah ingat aatau tidak mereka pada perkhidmatan tersebut. Kini kereta ni dah tak ada lagi kerana dijual kepada orang lain. Tapi sesekali nampak juga di jalanan.

Ada satu kisah terjadi tahun 90an. Waktu tu abah tak ada dirumah. Abang yang ketiga memandu kereta ni. Entah macam mana sewaktu nak turun menuju ke rumah kami dari jalan, tayar belakang kereta ini hampir masuk ke dalam parit di depan rumah. Waktu itu ada 2 kakak. Merekalah yang tolong mengangkat kereta yang berat tu dengan kudrat mereka. Punya la masing-masing takut kena marah dengan abah bila abah balik nanti. Nasib baik dapat dinaikkan.

Bila dikenang kembali kisah-kisah macam tu…hati rasa rindu dengan semua itu.

Adik-beradik walau buruk mana pun…tetap adik-beradik. Air dicincang tak akan putus orang kata. Jadi, tak guna bergaduh adik-beradik. Aliran darah dalam badan tetap dari sumber yang sama. Yang adik hormat pada yang tua…yang tua pula jangan ego dan merasa diri sungguh berpengalaman. Tahap kematangan tu tak bersandar terus dengan faktor usia. Masing-masing harus saling menghormati. Baaru hidup aman bahagia. Pertengkaran memang selalu ada. Tapi sikap toleransi tu sangat penting dalam hubungan kekeluargaan. Walau berbeza ideologi sekalipun…perbezaan tersebut tidak harus dirangkum sekali di dalam sesebuah hubungan.

Khamis, Mac 28, 2013

MC: Betul-betul sakit atau buat-buat sakit...



Oh, aku paling benci staff yang buat-buat sakit tapi pi apply MC… menyakitkan hati! Ingatlah…kerja biarlah amanah agar rezeki halal yang disuap ke mulut kita tu. MC berderet macam ni kalau pi company lain pun sure ken tendang je... Fikir-fikirkanlah…

Rabu, Mac 27, 2013

Bersyukurlah...


Ramai diantara kita lupa bagaimana untuk bersyukur. Ya, kadangkala kita alpa bukan dengan nikmat dunia. Rezeki yang banyak juga kadangkala boleh menjadi satu ujian Allah buat kita. Allah ingin melihat sama ada hambaNYA bersyukur atau tidak.




Kadangkala perbelanjaan kita sehari-hari membawa kepada pembaziran yang kita tidak sedari. Kadang-kadang kita berbelanja melebihi had yang sepatutnya. Anak-anak minta itu kita beri, anak-anak minta ini kita beri. Sampaikan ibu bapa zaman moden ini dilihat tidak pernah mahu berkata TIDAK dengan anak-anak.
Terngiang saya dengan satu teguran atau juga boleh dianggap cerita dari salah seorang rakan saya yang berbangsa Tiong Hua. Ceritanya;

"Emak saya sudah ajar saya dari kecil lagi. Kita tak boleh beli itu kerana kita tidak mampu. Kita hidup susah sekarang ini jadi kita kena berjimat untuk beri barang keperluan sahaja." Cerita teman saya itu mengenai zaman kecilnya yang teringin sangat makan nugget.

Dialog itu menyedarkan saya. Ya, kenapa tidak sekat sahaja kehendak yang menggila dan mengutamakan keperluan dalam hidup kita.

Ya, rakan saya ini sangat penjimat orangnya sehingga hari ini. Kalau mereka boleh, saya pun tentu boleh. Orang-orang hari ini sanggup berhutang keliling pinggang gara-gara nak memenuhi kehendak diri.



p/s: Hari-hari sangat sibuk. Masalah datang bertimpa-timpa. Namun apapun jadi, tetap percaya akan ada penyelesaiannya. Menulis ni untuk memujuk hati agar tak mudah putus asa. :)

Selasa, Mac 26, 2013

Putus sudah kasih sayang...


Oh, sudah sekian lama tak update blog ni. Makin berabuk. Entah sapa2 la yg berkunjung.. Hehe.. Maaflah, tuan tanah makin sibuk dengan kerja-kerja renovation di ofis. Sebulan dua ni mungkin tak aktif segala-galanya. Sungguh kepenatan fizikal dan mental. Selesai segalanya saya mahu cuti panjangggggggggggg...

Ok, pagi tadi ada kesempatan menggodek-godek blog seorang senior. Selama ni rajin juga stalk FB nya. Bukan nak stalk benda jahat pun... cuma suka sangat baca status-statusnya yang kadang-kadang merapu. Jadi pagi tadi tidak tersangka coretannya di blog peribadinya itu menceritakan hal bahawa dia kini bukan lagi isteri si polan itu. Oh... rasa simpati bertimpa-timpa. Sedih sungguh pula saya yang membacanya. Senior ini bertemu jodoh dengan rakan sekolah juga. Jadi tidak sangka jodoh mereka tidak panjang. Saya terbawa-bawa dengan kesedihan itu. Entah mengapa...

Betullah ya, jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Siapa sangka bercinta sekian lama, akhirnya ditakdirkan dalam perjalanan hidup akan bercerai jua dengan orang dicinta. Dan entah mengapa saya sangat sensitif mendengar atau membaca kisah perpisahan-perpisahan yang penuh luka dan airmata ini.

Moga Allah temukan senior saya itu dengan jodoh yang baik dan saya doakan dia tidak pernah putus harapan.

Selasa, Februari 05, 2013

Kraf…kraf…kraf




Entahla… semakin hari rasa tak bertenaga je macam dulu. Sekarang ni menulis pun mood kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Jadi, bagi saya yang tak leh dok diam ni... memang suka sangat menyemakkan rumah sendiri. Kejap buat benda ni, kejap lagi buat itu.. Macam-macam projek nak buat dlm kepala.. tapi sekejap sangat sangkutnya. Huhu… sangatla tidak best perasaan itu.
Kawan-kawan yang mana suka nak belek-belek benda kraf yang selalu saya buat bila ada masa lapang… bolehlah jenguk-jenguk di HARZ Inspirasi Kraf ni :) Semua yang ada dalam ni ready made. Tapi kalau ada yang nak buat tempahan, boleh pm saya. Nanti saya minta details.

Ahad, Januari 27, 2013

Solat tiang agama.


Entri kali ini mengenai solat. Entri peringatan ini khas buat diri sendiri dan juga buat siapa jua yang membaca. Ramai di antara kita dididik sejak kecil untuk bersolat. Namun ada juga yang tidak mempraktikkannya setelah usia menginjak dewasa. Ada banyak faktor yang menyebabkan kejadian seumpama itu berlaku.
Ada yang solat bukan atas dasar keikhlasan untuk beribadat, tetapi lebih kepada menunjuk-nunjuk, untuk mempamerkan bahawa dirinya bersolat di hadapan rakan-rakan atau malu dengan rakan-rakan yang bersolat.
Solat itu sendiri adalah soal hati & keikhlasan. Jangan berbangga dengan kejahilan dan jangan juga berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Berazam dan berusahalah untuk mengerjakan dengan istiqhomah (berterusan) di samping kita memperbaiki segala kelemahan.Berubahlah. Kerana anda belum terlambat untuk berubah.
Dalam keadaan seseorang itu ingin berubah, pelbagai ujian didatangkan kepadanya dengan pelbagai cara. Janganlah kita sebagai rakan, teman dan adik-beradik memperlekehkan langkah perubahan yang diambil oleh teman-teman kita. Kita sebagai seorang teman seagama, harus memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi. Ya, perkara seperti ini pernah berlaku berdasarkan pengalaman sendiri.
Di sini saya ingin kongsikan panduan tentang teknik motivasi untuk memulakan solat, setelah lama meninggalkannya.

Antaranya:

1.Sematkan azam, bulatkan tekad.

Sebaik sahaja tersedar dari lamunan, cuba fikirkan sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan. Apa yang sepatutnya dilakukan dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dari siti, tanam azam yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan hidup kita di atas muka bumi ini.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan.

Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat, lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dulu, baru ada kali kedua.

Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat pertama, takkan jadi solat kedua dan seterusnya. Oleh itu mulakan sahaja tanpa berlengah.

4. Buat nota peringatan dan galakan.

Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas. (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding manakala yang kecil diletakkan di dalam wallet atau poket baju. Pedulikan pada suara-suara sumbang yang menganggap anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat.

Jika anda kurang setuju dengan point ini, nasihat saya cuba dahulu. Anda akan pasti merasa kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi setiap satu perkataannya. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan merasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib.

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi.

Sewaktu membayangi maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepadaNYA.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan.

Panjatkan doa kepada Allah S.W.T. dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hambaNYA yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian kepada hari-hari yang dilalui.

Tumpukan perhatian anda kepada hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10.Dapatkan adrenaline  sewaktu mendengar azan.

Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi satu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang.

11. Berfikir secara positif.

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannyadan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.Sekiranya ada rakan anda yang mengajak ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, beritahu padanya anda ingin solat terlebih dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12.Dapatkan sokongan mental dan rohani.

Berikanlah peringatan kepada keluarga, rakan sepejabat, kawan rapat yang anda telah mula mengerjakan solat dan memrlukan kerjasama serta sokongan dari mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat menghormati keputusan anda.


13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan.

Dari masa ke semasa anda akan merasai satu kemalasan, kebosanan dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah, anda lawan ni pun tak lama. Lama-kelamaan ibadah ini akan sebati dalam diri anda dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat.

Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada ALLAH. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan olehNYA.

Motivasi ini saya baca di sini.

Sebenarnya pada pendapat saya sendiri, kurangnya motivasi-motivasi sebegini bagi mengukuhkan solat kita. Yang ada pun lebih banyak yang memaparkan dosa meninggalkan solat, hukum itu dan ini. Saya percaya, ramai di luar sana yang beragama Islam sudah tahu malah lebih maklum bahawa meninggalkan solat itu merupakan satu dosa besar. Namun tak ramai yang ingin tampil untuk lebih menelusuri mengapa dan memberikan 'rawatan' bagaimana untuk menyembuhkan hati-hati yang sudah berdosa ini dari terus-terusan rasa berdosa.

Di bawah ini ingin saya tambahkan sedikit. Doa supaya tidak meninggalkan solat. Moga sama-sama kita amalkan.

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Maksud di dalam Bahasa Inggeris: "O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.


Saya juga nak kongsikan beberapa buku yang saya kira wajib dimiliki untuk kita lebih mendalami erti solat kita sebenar-benar.

1. Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru.
2. Formula Solat Sempurna terbitan Telaga Biru.
3. Solat Bestari terbitan Grup Buku Karangkraf.
4. Fahami bacaan dalam solatmu terbitan PTS.

Moga perkongsian ini berguna kepada semua. Yang terbaik itu datang daripada ALLAH, dan yang buruk itu dari saya manusia yang serba kekurangan. Amin. Wasalam.