Rabu, Mac 27, 2013

Bersyukurlah...


Ramai diantara kita lupa bagaimana untuk bersyukur. Ya, kadangkala kita alpa bukan dengan nikmat dunia. Rezeki yang banyak juga kadangkala boleh menjadi satu ujian Allah buat kita. Allah ingin melihat sama ada hambaNYA bersyukur atau tidak.




Kadangkala perbelanjaan kita sehari-hari membawa kepada pembaziran yang kita tidak sedari. Kadang-kadang kita berbelanja melebihi had yang sepatutnya. Anak-anak minta itu kita beri, anak-anak minta ini kita beri. Sampaikan ibu bapa zaman moden ini dilihat tidak pernah mahu berkata TIDAK dengan anak-anak.
Terngiang saya dengan satu teguran atau juga boleh dianggap cerita dari salah seorang rakan saya yang berbangsa Tiong Hua. Ceritanya;

"Emak saya sudah ajar saya dari kecil lagi. Kita tak boleh beli itu kerana kita tidak mampu. Kita hidup susah sekarang ini jadi kita kena berjimat untuk beri barang keperluan sahaja." Cerita teman saya itu mengenai zaman kecilnya yang teringin sangat makan nugget.

Dialog itu menyedarkan saya. Ya, kenapa tidak sekat sahaja kehendak yang menggila dan mengutamakan keperluan dalam hidup kita.

Ya, rakan saya ini sangat penjimat orangnya sehingga hari ini. Kalau mereka boleh, saya pun tentu boleh. Orang-orang hari ini sanggup berhutang keliling pinggang gara-gara nak memenuhi kehendak diri.



p/s: Hari-hari sangat sibuk. Masalah datang bertimpa-timpa. Namun apapun jadi, tetap percaya akan ada penyelesaiannya. Menulis ni untuk memujuk hati agar tak mudah putus asa. :)

Tiada ulasan: