Selasa, Ogos 07, 2007

Persiapan Untuk Temuduga




Dalam masa beberapa hari lagi ryana sedang menanti-nanti hari temuduga KPLI yg akan dijalankan di IPSAH, Sg. Petani.
Sebenarnya ryana pun tak pasti apa soalan yg bakal di utarakan nanti. Byk sangat isu pendidikan semenjak dua ni di media. Tapi, baca ajelah apa saja yg terpamer dlm akhbar dan kena rajin tengok berita.
Berdebar-debarlah! Tapi, ryana kena kuatkan azam ni. Inilah cita-cita yg tak kesampaian dulu. Bila dah ada depan mata ni, ryana x mahu lepaskan lagi. Ryana bertekd mahu dptkan jawatan ini.

Ok, stop pasal tu, kita bercerita pula tentang kedatangan hari kemerdekaan negara kita yg ke 50 ini. Tak sangka ya, Malaysia berkembang secepat ini jika ingin dibandingkan dengan negara lain yg merdeka seusia negara kita. Tapi semenjak dua ni, ryana kembali duduk termenung memikirkan sesuatu. Yalah, negara kita dah merdeka 50 tahun, tapi mentaliti kita masih belum bebas. Masih terjajah. Orang kita sekarang ini lebih membanggakan semua keluaran luar negara. Nyatanya bagi mereka, LV, Gucci dan beberapa jenama lain yg begitu familiar bagi mereka amat kelas dengan taraf hidup mereka. Sanggup tu berbelanja ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan kelas dan bergaya. Jenama negara kita pun tak kurang mutunya. Setakat menyandang LV di bahu dan menggayakan Gucci di khalayak, tak mendatangkan apa-apa kepuasan pun. Kerana bagi ryana, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia miliki.
Bagi ryana bukan setakat minda kita yg terjajah... moral kita pun dah semakin terjajah dengan budaya-budaya yg tidak baik, pengaruh dari budaya luar. Bila ryana outing sesekali ke kota, pasti lenguh juga menggeleng kepala apabila terlihat adegan-adegan yg tidak diingini di sepanjang perjalanan. Anak-anak muda negara kita ni dah menjadi semakin tidak malu. Berpeleseran di merata-rata shopping mall. Berkepit berdua-dua... dan adakalanya lebih menjelikkan lagi. Di kepala Ryana masih tertanya-tanya... MERDEKA KAH KITA? Sekadar sambutan kemerdekaan, bukan dari segi kita menghayatinya. Akal nakal Ryana sesekali menerjah. Agaknya, kalau negara kita kena serang pada masa akan datang, sanggupkah remaja2 kita ini akan mengangkat senjata? Sama-samalah kita menghargai dan menghayati kemerdekaan yang rentetan sejarahnya cukup panjang...