Khamis, Oktober 30, 2014

Sakit tekak & Selsema...


Aww.. tekak gatal dan rasa macam tonsil membengkak. Ditambah dengan selsema lagi... memang rasa tak selesa. Nak telan makanan pun sakit. Yang pernah alami jer tahu rasa perit dan sakitnya dalam tempoh tersebut.

Apa itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Tonsil di tekak ini jika tidak terkawal jangkitannya akan merosakkan organ-organ penting lain untuk kanak-kanak. Adakalanya jika demam dan radang tonsil terjadi berulang kali, rawatan membuang tonsil dilakukan.


Selsema berlarutan dah beberapa hari. Hidung berair. Tiba-tiba tonsil terasa bengkak. Nak telan makanan pun susah. Kahak penuh rasanya di dada ni. Ditambah dengan degil tak mau jumpa doktor. Semalam sebelum tidur nekad kunyah dan telan satu natural remedy nih... Nak tahu apa? Bawang Putih.
 Bawang putih, seperti yang ramai dah tahu...ia mengandungi antibiotik semulajadi. Oh, waktu kunyah tu, Tuhan saja yang tahu. Rasanya....mmmm (ikut hati tak mau kunyah lagi dah). Tapi disebabkan tekak terlalu perit, kunyah juga. 
Kesannya, esok pagi radang di tonsil dah rasa mereda. Dah boleh telan sikit dah walau bukan sepenuhnya. Yang seronoknya, kahak yang rasa berkumpul di dada tu keluar semuanya. Alhamdulillah! Walaupun masih batuk-batuk. Lega rasa. Bawang putih ni sangat membantu. Boleh cuba bagi yang berani. 
Usia makin meningkat ni, rajin pula Google perubatan dengan bahan-bahan semukajadi dan cuba mengurangkan pil-pil kimia yang boleh membahayakan diri kemudian hari.

Yeah...hari ni nak cari rawatan alternatif untuk hilangkan batuk pula. Ada masa saya kongsikan ya!





Jumaat, Oktober 24, 2014

Infused Water #6

Lepas pos tips untuk detox dulu >>Di SINI << Ramai yang tanya apa benda infused water dan detox water atau sassy water ni? Sebenarnya sama je semua tu. Cuma bila guna bahan yang berlainan, maka banyak manfaat lain yang kita perolehi. Contoh seperti dalam infographic kat bawah ni. Saya cuma perna try satu jenis infused water je. Yang lain-lain tu belum sempat cuba. Insya Allah satu hari nanti nak cuba juga!



Sekarang ni dah macam-macam jenis buah orang buat untuk infused water ni. Dah pelbagai. Meriah sangat bila Google.

 
Menarik kan!

Yang kat atas ni boleh cuba bila ada kesempatan nanti.
Step 1: Oren, Lemon, Limau nipis di masukkan ke dalam jar setelah dipotong nipis.
Step 2: Press buah-buah tersebut agar air buah tu keluar. 
Step 3: Letakkan ais sampai penuh jar.
Step 4: Masukkan air kalau nak atau... kalau tak  mau guna ais, boleh masukkan air dan simpan dalam peti sejuk.
Step 5 & 6: Kacau dengan sudu. Sedia untuk di minum.




Sekarang ni ramai dah gunakan botol khas yang boleh kita gunakan untuk buat infused/detox water ni. Macam kat atas ni. Mudah. Boleh bawa ke pejabat dan minum di mana saja. Terpulang apa pilihan anda.

Aaaaaa....bestnya tengok infused water kat atas ni!!! Nak juga!



Rabu, Oktober 22, 2014

Basic. #5


Ini yang saya lakukan untuk turunkan berat badan. 
Alhamdulillah 5kg dalam masa 1 bulan :)
Low Carb.

Ahad, Oktober 12, 2014

Fikir-fikir...

Buat KAMU, KAMU & KAMU...bertaubatlah!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.



Surah An-Nisa' ayat 48-49

Surah Az-Zumar ayat 65