Jumaat, Disember 21, 2007

~Aidiladha~


Salam Aidil Adha buat semua. Nampak gayanya, Ryana tak cuti raya korban tahun ni. Sedihlah sikit sebab ramai adik beradik yg lain balik kampung. Tapi yg paling sedih sebab x dapt KPLI. Tapi nak wat camner... hidup mestilah diteruskan. Walau asyik tersungkur sekalipun... kita harus berani bangun dan melangkah kembali! Chaiyo!

Rabu, Disember 19, 2007

Down :(


Perasaan Ryana saat ini sukar digambarkan... Macam-macam ada dalam kepala otak ni.

Sedih... itu yang paling utama. Sebab? Sebabnya permohonan KPLI Ryana dah kena reject. Sedih yang teramat sangat. Satu hari ni x mampu nak buat kerja apa-apa. Pergi kerja pun dengan mood yg sangat... (Orang tengok pun tak berani nak tegur kot). Untuk tak nak keadaan ni berlarutan, Ryana terpaksalah diam jer. Nak bercakap pun dah rasa malas sangat, dah tak der semangat rasanya. (**illustrasi di sebelah diambil dari laman web amazon.com. Tiada kena mengena dengan cerita)

Tapi paling malang, bilamana sikap berdiam diri itu akhirnya membuatkan staff di bawah pijak kepala. Tak suka betul! Kebetulan hari ni shift pagi 3 orang dan Ryana sorang jer kena kerja shift petang. Jadual x balance dan keyholder dah bising2 suruh staf buat full day. Ryana pun mintalah salah sorang staff lelaki ni buat full. Ok, dia setuju pada mulanya. Lepas Ryana dah break petang tu, Ryana pergi ke kaunter dan suruh budak tu break. Ok, fine dia kata sekejap lagi dia break. Oleh kerana ada banyak urusan lagi yg belum selesai, Ryana duduk kat office, print Return Approval dari supplier. Keluar ke shopfloor semula pukul 6.45pm. Waktu tu shift pagi pun dah nak balik. Ryana tanya sorang lagi staff, kenapa si X ni tak pergi break lagi. Kata senior staff tu, budak X tu nak break pukul 8pm. Hangin betul!!! Last sekali, Ryana agak dah hilang sabar, Ryana suruh jer budak tu balik. Tak payah buat full. Biarlah Ryana sorang jer jaga department malam ni! Sakit betul hati! Memang dah merajuk habislah waktu tu!

Banyak hikmah yg berselindung di sebalik rasa sedih ni. Mungkin ALLAH nak menguji kesabaran hambaNYA. Dalam bulan yg mulia ni, ALLAH datangkan kegembiraan yang agak berganda bagi Ryana, tapi siapa sangka... dalam pada masa yang sama, ALLAH berikan kesedihan yang bisa membuatkan diri kita menangis... dan merasa perasaan seperti hari ini.

Tinggalkan sekejap cerita sedih tu... Dalam tengah semangat takder ni, Ryana nak bercerita juga tentang projek yg akan Ryana lakukan dalam masa terdekat ini. Ryana sebenarnya sedang dalam proses untuk membuat sebuah novel remaja. Wow! Dengar novel remaja itu sendiri dah buat Ryana rasa sedikit seram sejuk. Takut sebenarnya nak mencuba, tapi kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi, Ryana ambil ini sebagai cabaran. Mencabar diri sendiri. Insya Allah, bila dah kureng sikit rasa sedih ni nanti, Ryana akan bercerita lebih lanjut! :`(


Jumaat, Disember 14, 2007

Bercuti

Tak lama cutinya, dua hari. Tapi dua hari yang berharga. Sebab? Sebabnya boleh continue menaip manuskrip. Manuskrip cheq dok tang tu ja... Macam mana ni? Inilah masanya kena brain wash... motivasi sikit diri tu. Kena tengok pemandangan2 indah, kena lebih dok perati apa yang ada sekeliling ni... Hemm...cepatlah siap wahai manuskrip. Nanti leh rehat kejap ek! ;)

Khamis, Disember 06, 2007

Jadi lebah...











Fuhh... semenjak dua menjak ni, rutin harianku terasa berlari kencang je. Pergi kerja seawal pukul 8.30 pagi dan balik hampir-hampir maghrib. Dari pagi buat kerja sampai tak sedar yang hari dah makin meninggalkan kita. Tak terkejar dibuatnya. Rasa penat macam lari seratus meter. Banyak lagi yg belum setel.




Manuskrip baru siap taip 210 muka surat. Banyak lagi tu yg nak kena kejar. Tak tahu sempat atau tak nak hantar sebelum end this year. Citer tu plak dah tergantung dekat2 nak klimaks. Bencilah kalau time2 macam ni kena writers block. Tensen! :( Nak wat camner ek? Gamaknya kena pergi bercuti kot... release tensen! Baru ada idea fresh! Ahaks :p Tapi jgn harap le leh pergi cuti time nak dekat2 Krismas ni. Cuti Raya Haji pun tak approve, masih ada hati mau pergi holidayyy...




Kat kedai sekarang ni banyak sangat kerja, apatah lagi bila time dekat2 Krismas ni. Banyak jer customer. Dengan bookfair yg jual barang2 Krismas ngan Back to School! Dalam kedainya pulak ada program Share A Gift (SAG) yg memang tiap-tiap tahun dibuat khas utk meraikan anak-anak yatim. Customer boleh pick mana2 atau berapa banyak nama yang disukai untuk charity. Mereka akan beli hadiah dan kami di MPH akan buat wrapping dengan wrapper yg disediakan (free), pastu kita org akan hantar pada kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan berkenaan. Bebaru ni adalah sorang customer melayu yang komen siket pasal program tahunan ni. Dia mempersoalkan kenapa company buat ni masa time X'Mas je... kenapa tak buat masa Hari Raya ataupun perayaan2 yg lain? Emm... bila fikir2 balik, betul jugak! Nama jer masyarakat majmuk, tapi kenapa buat charity ni waktu x'mas jer... Kalau ditempat org tu pun, ryana akan fikir macam tu juga.


Hemm... oklah, banyak sangat berceloteh. Kena fikir camner nak siapkan manuskrip dan hantar pada publisher on time! Hehe... Sampai sini dulu! Da ;)