Rabu, Disember 19, 2007

Down :(


Perasaan Ryana saat ini sukar digambarkan... Macam-macam ada dalam kepala otak ni.

Sedih... itu yang paling utama. Sebab? Sebabnya permohonan KPLI Ryana dah kena reject. Sedih yang teramat sangat. Satu hari ni x mampu nak buat kerja apa-apa. Pergi kerja pun dengan mood yg sangat... (Orang tengok pun tak berani nak tegur kot). Untuk tak nak keadaan ni berlarutan, Ryana terpaksalah diam jer. Nak bercakap pun dah rasa malas sangat, dah tak der semangat rasanya. (**illustrasi di sebelah diambil dari laman web amazon.com. Tiada kena mengena dengan cerita)

Tapi paling malang, bilamana sikap berdiam diri itu akhirnya membuatkan staff di bawah pijak kepala. Tak suka betul! Kebetulan hari ni shift pagi 3 orang dan Ryana sorang jer kena kerja shift petang. Jadual x balance dan keyholder dah bising2 suruh staf buat full day. Ryana pun mintalah salah sorang staff lelaki ni buat full. Ok, dia setuju pada mulanya. Lepas Ryana dah break petang tu, Ryana pergi ke kaunter dan suruh budak tu break. Ok, fine dia kata sekejap lagi dia break. Oleh kerana ada banyak urusan lagi yg belum selesai, Ryana duduk kat office, print Return Approval dari supplier. Keluar ke shopfloor semula pukul 6.45pm. Waktu tu shift pagi pun dah nak balik. Ryana tanya sorang lagi staff, kenapa si X ni tak pergi break lagi. Kata senior staff tu, budak X tu nak break pukul 8pm. Hangin betul!!! Last sekali, Ryana agak dah hilang sabar, Ryana suruh jer budak tu balik. Tak payah buat full. Biarlah Ryana sorang jer jaga department malam ni! Sakit betul hati! Memang dah merajuk habislah waktu tu!

Banyak hikmah yg berselindung di sebalik rasa sedih ni. Mungkin ALLAH nak menguji kesabaran hambaNYA. Dalam bulan yg mulia ni, ALLAH datangkan kegembiraan yang agak berganda bagi Ryana, tapi siapa sangka... dalam pada masa yang sama, ALLAH berikan kesedihan yang bisa membuatkan diri kita menangis... dan merasa perasaan seperti hari ini.

Tinggalkan sekejap cerita sedih tu... Dalam tengah semangat takder ni, Ryana nak bercerita juga tentang projek yg akan Ryana lakukan dalam masa terdekat ini. Ryana sebenarnya sedang dalam proses untuk membuat sebuah novel remaja. Wow! Dengar novel remaja itu sendiri dah buat Ryana rasa sedikit seram sejuk. Takut sebenarnya nak mencuba, tapi kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi, Ryana ambil ini sebagai cabaran. Mencabar diri sendiri. Insya Allah, bila dah kureng sikit rasa sedih ni nanti, Ryana akan bercerita lebih lanjut! :`(


1 ulasan: