Khamis, Disember 06, 2007

Jadi lebah...











Fuhh... semenjak dua menjak ni, rutin harianku terasa berlari kencang je. Pergi kerja seawal pukul 8.30 pagi dan balik hampir-hampir maghrib. Dari pagi buat kerja sampai tak sedar yang hari dah makin meninggalkan kita. Tak terkejar dibuatnya. Rasa penat macam lari seratus meter. Banyak lagi yg belum setel.




Manuskrip baru siap taip 210 muka surat. Banyak lagi tu yg nak kena kejar. Tak tahu sempat atau tak nak hantar sebelum end this year. Citer tu plak dah tergantung dekat2 nak klimaks. Bencilah kalau time2 macam ni kena writers block. Tensen! :( Nak wat camner ek? Gamaknya kena pergi bercuti kot... release tensen! Baru ada idea fresh! Ahaks :p Tapi jgn harap le leh pergi cuti time nak dekat2 Krismas ni. Cuti Raya Haji pun tak approve, masih ada hati mau pergi holidayyy...




Kat kedai sekarang ni banyak sangat kerja, apatah lagi bila time dekat2 Krismas ni. Banyak jer customer. Dengan bookfair yg jual barang2 Krismas ngan Back to School! Dalam kedainya pulak ada program Share A Gift (SAG) yg memang tiap-tiap tahun dibuat khas utk meraikan anak-anak yatim. Customer boleh pick mana2 atau berapa banyak nama yang disukai untuk charity. Mereka akan beli hadiah dan kami di MPH akan buat wrapping dengan wrapper yg disediakan (free), pastu kita org akan hantar pada kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan berkenaan. Bebaru ni adalah sorang customer melayu yang komen siket pasal program tahunan ni. Dia mempersoalkan kenapa company buat ni masa time X'Mas je... kenapa tak buat masa Hari Raya ataupun perayaan2 yg lain? Emm... bila fikir2 balik, betul jugak! Nama jer masyarakat majmuk, tapi kenapa buat charity ni waktu x'mas jer... Kalau ditempat org tu pun, ryana akan fikir macam tu juga.


Hemm... oklah, banyak sangat berceloteh. Kena fikir camner nak siapkan manuskrip dan hantar pada publisher on time! Hehe... Sampai sini dulu! Da ;)






Tiada ulasan: