RSS

Shopping… ubat release tension… ;)





Riana outing ke KL hari ni… Huii… sorang-sorang jalan kat KL tu memang best… Tapi, penat dowh… Penat sebab terkejar2. Hihihi ;)


Destinasi pertama, mestilah Area jln TAR. Riana naik tren dari Kelana Jaya ke Masjid Jamek. Dek kerana malas nak jalan ke area SOGO sana tu, Riana naik Star ke SOGO.Hihihi. Mula-mula tak masuk SOGO, Riana terus ke Maju Junction dulu. Rewang2 tgk apa yg ada kat situ. Ramainya org tgh lunch, maklumlah… baru pukul 1.30 waktu tu… Takdelah happening sangat Maju Junction tu… Keluar dari Maju Junction, lintas jalan… masuk pula Avon Boutique… Beli barang yang dipesan kakak. Hehe. Dah settle, lintas balik jalan… menuju pula Bangunan Mara. Pergi hantar kain nak buat baju. Huhu… baju untuk kenduri kakak nanti. Aduhai… tema warna ungu. Nasib baik dah ada kainnya, cuma perlu tempah jer… Settle kat situ, ingat nak makan kat Medan Mara tu… sebab sup nya sedap banget sih… Tapi ramai lak orang… Maka teruslah berjalan gi SOGO lak. Masuk SOGO, gi cari baju utk diri sendiri. Huhu… ingat nak beli dua pasang, tapi rasanya cukuplah satu jer dulu. Bulan depan spend utk satu lagi baju…hihihi.

Settle kat SOGO, kuar gi Minerva. Cari buku Aisya Sofea -Yang Sebenarnya. Yess!! Dah ada pun. Maka, apa lagi… terus gi bayar kat cashier bersama dengan buku Kak Lili Haslina-Menunggu Cinta Tuhan. Puas hati! Pastu gi makan kat KFC. 
Best giler dah dapat semua barang yang dikehendaki. Destinasi seterusnya, KLCC… Sebenarnya dah malas sangat nak ke sana, tapi memandangkan nak juga pergi tengok kedai competitor… maka kaki melangkah jua ke sana. Naik tren ke KLCC… huhu… Destinasi-Kinokuniya.


Kat Kino jumpa dengan Datuk A. Samad Said. Apa yang Riana beli kat sini? Nanti kita bongkar apa yang Riana beli kat sini. Hehe ;)
Balik dari KLCC… pukul 5.30ptg… Nasib baik belum ramai org naik tren balik dari kerja.


Ini yang Riana beli di semua tempat yg Riana singgah…Taraa…


Tu dia… dasyatnya Riana shopping…







Beg plastic Avon tu takleh nak bongkar sebab ada barang2 Wanita… tak sesuai utk tayangan umum. Hehe… Dari beg Kino tu… Riana beli buku knitting dlm bahasa Jepun. Disebabkan ada diskaun 20% utk buku tu… tapi Riana kena beli buku lain utk menikmati diskaun tersebut… maka terpaksa beli buku Barbie…huhu. Kenapa beli buku knitting tu dalam bahasa Jepun? dah tak ada ke buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Jawapannya… sebab Riana dah biasa benor dengan kod2 dalam bahasa Jepun utk mengait. Dari umur 13 thn lagi dah belajar mengait guna buku dalam bahasa Jepun. Bahasa memang tak faham… tapi kodnya mudah dipraktis… Jadi kerja pula Riana ni kan! Haha ;)
Uishh… dah banyak menceceh lak Riana kan! Ok, nak sambung tengok Tower 13 kat TV3… Ngeri…Jom!

At keyboard pad…

Bila tangan mengetuk papan kekunci ni… macam banyak jer nak cerita tapi bila dah buka blog ni… terus idea mati tgh jalan…huhu…
Tapi… kalau dah mula, kenalah sambung ye tak… Buat suspend org lain lak nak baca… Hihihi… Ok, Riana citer dulu ape yg berlaku dua tiga menjak ni sampai tuan punya blog takde masa nak menyapu sawang kat rumahnya ni…


Majlis pertunangan kekandaku.


Pada 31hb Oktober yang lalu, berlangsung satu majlis yang serba sederhana di rumah Riana. Satu rombongan dari pihak lelaki selepas Asar telah bertandang ke rumah Riana untuk menyempurnakan majlis pertunangan buat kakak Riana. Janji diikat, kata termetrai… maka majlis besar buat kakak Riana akan berlangsung pada 19hb Disember depan. Sekarang ni bakal pengantin tengah sibuk buat persiapan majlis. Yang tak jadi pengantin pun sibuk jugak. Hikhikhik… ;)



Cincin tunang tersarung sudah di jari…


Hantarannya… kueh-mueh jer…


Ini Cik Jelita… Posing dgn barang hantaran balas Mak Ndaknya… ;)




Cik Jelita dgn crown kat kepala…hihihi :)


Beberapa aktiviti di MPH yg berlaku dalam bulan lepas tapi terlepas nak load kat blog sendiri… hihihi…
Antaranya:


Bowling Gathering.











Bowling Gathering ni mengumpulkan semua warga MPH One Utama. Huhu… orang lain main siang-siang… Kitaorg main lepas kerja… pukul 10.30mlm… Huhu.

Open House@MPH





Huhu… nak letak semua gambar rasa cam lambat lak nak upload… Cuma ini jer la yg mampu Riana letak… 





Tengah men'jiwang'kan diri…


Halooo… Riana tengah cari mood utk sambung manuskrip… Huhu… letih arrr… Macam-macam perkara berlaku maka terasa otak tak leh nak berfikir dgn betul sekejap… Hehe… Tapi, manuskrip perlu diteruskan… walau sukar mana sekalipun. Chaiyo! Gambate!


.::Panas bukannya bara… Cintakan tetap Cinta::.
.::Najiha & Najib::.


Derita yang menjerat kapankan berakhir?


Huhu… seksanya nak menyambung manuskrip yg tergantung… ;) Kena warm up dgn mood dan lagu-lagu… moga-moga ada sinar bahagia untuk manuskrip yg masih di awangan ini…


~ Walau kita tak lagi bersua sayang… cukup sudah tanda setiamu… ~


.:: Najib & Najiha ::.




Demi nama CINTA…


Aduduh… melodi dan lirik dua lagu dalam video klip kat bawah ni… sungguh menyentuh hati nuraniku… Abaikan video ya! Dengarin aja… ;)



Cinta tak bersyarat~ Element~



Kekasih yang tak dianggap ~Kertas~

Part yang paling touching ~ :


Kekasih yang tak dianggap.


Aku mentari, tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi, tak memberi warna dihidupmu…
Aku sang bulan, tak menerangi malammu
Akulah bintang, yang hilang ditelan kegelapan…


Cinta tak bersyarat


Demi nama CINTA,
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu…
Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku…
Kerna demi cinta…
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu…
Sebab ku mengerti cinta itu tak mesti memiliki…
Copyright 2009 ~One Sweet Day~. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | Distributed by Blogger Template Place