Rabu, Jun 17, 2009

Somewhere Over The Rainbow…


Tak pastilah kenapa mood semenjak dua ni semacam jer… Sekejap sedih, sekejap happy. Entah ape jenis mood ntah… Nak update blog pun malas bila mood macam pasang surut air ni. Hmm… macam-macam hal. 
Oh, ketepikan sekejap semua benda yang menyerabutkan kepala otak. Riana update sikit aper yg dah berlaku dari pertengahan bulan lepas sampai hari ni.
20 Mei 2009.
My buddies… kengkawan rapat kat MPH wat surprise party sempena birthday Riana. Terkejut jugak, walaupun dah dapat agak dia org nak buat surprise…(Ekceli, kita org mmg wat small celebration utk setiap kengkawan yg sambut birthday) But, what I'm speechless… bila dapat hadiah (mcm hadiah org kahwin pulak) dan lagi satu, dapat satu frame besar kata-kata dari setiap kengkawan. Speechless dan terharu. Tak sangka dalam umur macam ni pun ada sambutan hari lahir lagi kan. Kawan-kawan sepanjang jalan kenangan… Tiba-tiba teringat lagu Izinku Berundur dari kumpulan Slam. Seorang teman kat sekolah dulu tujukan lagu tu waktu nak berpisah… Serius, sedih gila. Bait kata-kata dalam lagu tu menyentuh sungguh walau lagu tu rancak. Ni kalau berpisah salah sorang dari kami ni, maunya menangis sebaldi airmata.. Tapi pertemuan dan perpisahan tu lumrah dunia kan… Rela atau tidak, kita terpaksa melepaskan. Soalnya, sama ada kita bersedia menghadapinya atau tidak.. Huhu… tiba-tiba masuk mode sedih pulak. L

29-30-31 Mei 2009
Mood jadi kacau bilau. Sangat2 kacau dan sangat serius. Kecil hati dengan perkara2 yg kecil…Hehehe… x yah tahulah kenapa, sebab semuanya mungkin telah settle. (Mungkin!) 
1 June 2009
Mood x best langsung… Haish… Musim semi yang menyedihkan. Huhu… tak tau ape maksud semi, selak kamus. Orang lain happy jer manjang, Macam lagu Amy Mastura yg berjudul Happy tu… ;) 'Lebih baik cinta dari rasa benci… Menari dan menyanyilah sesuka hati yg penting kita happy!' Kalau lah boleh macam tu kan? Huh…
4 June 2009
Mood agak Ok walau tak sepenuhnya OK. Hehe…  Pergi Pudu beli tiket bas untuk balik kampung. Waktu pergi KL ni, otak di sepanjang jalan asyik berfikir tak habis-habis. If I’m doing something wrong… I hate this situation. I’m able to get more than that… Huh… Tiba-tiba otak terasa bagai berhenti berfikir dan ingatan terasa di bekukan seketika sampai hati tertanya-tanya, di mana diri berdiri dan di daerah mana… Ngeri sungguh. Nasib baik sekejap.
5 June 2009.
I’m going back to my hometown… and some*** has accompany me although *** not with me. My Mood~ dah boleh senyum…
6 June 2009.
Zihan Wedding. My best friend wedding. Zihan adalah kawan baik Riana waktu zaman remaja dulu ( di sekolah menengah Ibrahim), sampailah sekarang. Kebetulan dia juga ada sangkut paut saudara dekat sebelah ayah Riana. Mak sedara sepupu kot… Riana pangkat mak dengan dia… Haha, lawak gila. Padahal sebaya. Lebih kurang la… Bersekolah di Sekolah menengah Ibrahim dan dok kat asrama, Zihan merupakan teman paling karib. Kami banyak berkongsi minat, juga rahsia… hehe. Pernah sekelas waktu form 2. Sampai habis form 5, ditawarkan ke matrikulasi yang sama dan course yg sama jugak. Matrikulasi Sains Hayat kat Kolej Legenda, Langkawi. Masih tetap berkawan baik walaupun lain-lain kuliah dan kelas tutorial. Rajin melepak kat bilik dia kat tingkat 9. Hehe… Waktu kat matrik ni dia kenal dengan suaminya kini. Memang dah lama gila hubungan dia orang ni. Akhirnya terpatri jua. Ameen. Doa Riana moga sampai hujung nyawa jodoh kalian.
7 June 2009.
Acara wajib yang Riana kena tulis kat blog ni. Tak tulis karang, ader yg kompelin.Hehe. Lawatan sambil belajar ke menara Alor Setar. Huhu… inilah pertama kali naik menara ni sejak menara ni didirikan. Kesian kan! Nama je orang Kedah tapi tak pernah naik menara ni. Yg menara KL tu dah naik sampai 2 kali pulak. Haha. Ekceli lebih kurang sama dengan menara KL la, cuma menara KL lagi tinggi dan viewnya cuma panorama Kuala Lumpur la. Dan menara KL kalau naik telinga akan berdesing(tindak balas gravity dan tekanan kat telinga. Telinga orang lain la, sebab Riana punya telinga tak pernah pulak rasa berdesing atau apa. Hehe) Kat Menara Alor Setar ni Riana sempat rakamkan waktu masa matahari terbenam dan view Bandar Alor Setar. Nampak jelas Pulau Langkawi dan Gunung Jerai. Cantik dan menawan hati. Waktu Shot untuk sunset tu, memang cantek sangat view dia… Huhu.
Lepas tu kita orang beredar ke restoran berputar Sri Angkasa untuk menjamu selera. Huhu… berpusing kita orang dalam restoran tu sampai lebih 2 jam. Haha. Sedapla menu malam tu. Baru jer nak diet…
8 June 2009
Hehe… Mak kuar dengan abah n abang ke Gajah Putih (nama tempat kat area Jeniang) Sebelum keluar tu, mak dah pesan suruh Riana dan adik ni masak ayam yang dah selesai dibuang bulunya. Adik Riana ditugaskan buat gulai (org KL panggil kari) rebung. Riana pulak kena panggang ayam tu. Berpeluh jugak la wat semua tu. Berkali-kali jugak hidupkan api nak jadikan bara kat luar rumah tu.
Ingatkan bila mak dah balik, dah habis seksa kita orang. Rupanya ada lagi. Mak suruh pulak kita org berdua siangkan ikan keli yang masih hidup. Fuh… Ini memang puas menjerit. Haha… Menjerit sebab geli. Waktu nak buang insang tu pun ikan tu masih bergerak. (Sekali rasa macam ular pun ada) Haha. Akhirnya selesai menyiang 11 ekor ikan keli tu setelah hampir 45 minit berjuang dengan jeritan. Huahuahua…
10 June 2009
Balik semula ke KL dengan bas P&O. Huh, sakit hati betul dpt seat yg kurang selesa di belakang. Dah la org depan (mamat Arab mana ntah) turunkan seat dia sampaikan nak tidur macam dalam plane pulak. Ngada betul. Yg org sebelah tu plak, xnak bagi kesempatan aku masuk ke seat sebelah tepi tu dengan aman dan tenteram. X bagi laluan langsung. Hampeh… Dah la dia turun kat kajang. Hish… angin betoi… 



12 June 2009
Dah start kerja balik dah. Huhu… mood masih mood cuti. Yg tak bestnya off day selang satu hari… Sungguh x best…


13 June 2009
Anniversary setahun wat makan-makan bersama rakan2 sekerja. 



Tiada ulasan: