Rabu, Februari 27, 2008

Kerana Ungu Karmila...


Salam buat semua...
Hemm, x der citer yg menarik utk ditulis. Sebab tu diam jer sepanjang hampir sebulan ni. 
Oh ya, memandangkan dah habis membaca karya terbaru my favourite author, Encik Ramlee Awang Murshid. ~ Ungu Karmila~ Memang teruja betul bila keluar tawaran pracetak di Alaf21. Tapi, akhirnya Ryana beli jer kat MPH. Haha... Dan di MPH sendiri ramai pengikut cerita saudara Ramlee. Sampai berlumba2 siapa yg jadi pembeli pertama di outlet kita org tu! 
Oklah… cerita Ungu Karmila ni memang best. Ryana rekomenkan pada sesiapa yg nak cuba membaca satu kelainan. Membaca buku saudara Ramlee ni memang rasa tak boleh nak berenti… Sanggup stay up.
Ryana tak mahu komen pasal jalan ceritanya. Biarlah yg pakar saja buat ulasan. Hehehe... Tapi memang berbaloi dengan duit yang di laburkan. Memang mendebarkan... 

*****
Menjawab tagboard (maaflah, ryana terlupa password oggix ni! Nak kena check balik dlm buku nota. Ahaks!!)

Buat udaidza, rasanya Ryana takkan keluar dengan buku baru dlm masa terdekat ni. Insya Allah sama ada akhir thn ini atau thn depan.

Buat Fifi Sharena,
W'salam! =) Maaf kerana lambat menjawab tag saudari.  Ryana alhamdulillah, sihat sejahtera. 
Nak mengajar, Ryana tak pandai sangat. Cuma apa yg Ryana selalu amalkan, Ryana akan tulis setiap satu idea cerita di dalam buku nota. Bila cerita tersebut semakin berkembang, baru Ryana pindahkan ke dalam sebuah buku khas. Lepas tu barulah bermulanya proses menaip di depan skrin sambil memperkembangkan lai idea.



  









Tiada ulasan: