Jumaat, Februari 29, 2008

Hanya empat tahun sekali datangnya...


Kehadiran tarikh ini hanya untuk empat tahun sekali dan ianya hanya berlaku pada hari Jumaat setiap empat tahun. 
Hehe... terasa ingin mencoretkan sesuatu buat kenangan di kemudian hari kelak... Buat yang menyambut hari kelahiran pada tarikh yang istimewa ini, Selamat Hari Lahir! 
***
Coretan semalam... 28hb Februari, keletihan kerana bekerja. Kerja yang tak pernah henti2. Rutin hidup harian terasa terhenti bilamana, ada seseorang begitu busy body ingin masuk campur hal yang dia sendiri bukannya pakar pun. Hesy… geram betul! Si lalat ini sibuk berbunyi, sedangkan dia sendiri pun bukannya elok. Nampak jer salah orang lain ek... Actually, benda yang aku buat tu sebenarnya tak salah pun... Cuma dia yang tak pernah berdepan dgn masalah tu... kecoh dan gelabah. Eleh… nak bagitau orang atasan konon… Yes, please! Tolonglah beritahu! Nak bawa waktu briefing staff, yg kononnya supervisor and exec yang sepatutnya " should know" supaya ditempelak di depan khalayak staff yg lain. Akhirnya terkena pada dirinya sendiri! Ahaks… orang di atas pun cakap, "we all memang selalu buat prosedur begitu". Siapa yang malu? Hemm… tak faham aku dengan kerenah bz body seekor lalat  ini! 
***
Tahun ini (lebih specific, bulan ini) setelah hampir empat tahun tamat belajar di universiti... tiba-tiba sahaja teringin nak mencari kengkawan lama satu kolej dan satu kelas dan satu fakulti. Padahal waktu kat uni dulu, Ryana bukanlah dalam kategori mesra alam. Ada yang selama empat thn sekelas, sekalipun Ryana tak pernah bertegur sapa. Teruknya sikap Ryana ni bila difikirkan sekarang. Hehe… sekarang baru nak menyesal ek! 
Dan tahun ini pembuka satu sejarah. Talian persahabatan kini bertaut kembali. Rata2 teman yang lain sudah mendirikan rumah tangga. Adalah beberapa kerat lagi yg masih solo.
Moga persahabatan ini berkekalan… 
 

Tiada ulasan: