Jumaat, November 30, 2012

Ceritera di ILHAM.

Sebelum ni saya pernah berkisah perihal ILHAM di blog ni. (ILHAM)Kali ni nak berkisah pula perihal novel. Dah lama rasanya tak keluar novel baru. Ramai yang bertanya. Tapi apa boleh buat, masa sangat-sangat mencemburui. Ni dah pun nak masuk bulan Disember. Tahun depan dah 2013. Masih belum nampak bayang-bayangnya. Oh, editor dah mencari-cari.
Mula waktu awal tahun hari tu ingat nak mulakan kembali e-novel di blog. Tapi, entah mengapa... penyakit apa la yang menyampuk. Entri tak bergerak ke mana-mana. Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru. Hmmm... satu lagi yg sangat menganggu ialah berkenaan dengan kerja. Sekarang dah jadi outlet head, tak boleh nak main-main lagi macam masa staf dulu. Haih…
Tapi bila timbulnya platform Ilham dari Grup Buku, terus hati rasa berkobar-kobar nak cabar diri. Mungkin ini caranya dapat mempercepatkan lagi proses menyiapkan manuskrip. Siapa tahu kan!
Cover sementara di ILHAM... nanti buat lagi better kot..

Jadi, saya dah upload cerita "Di Bawah Pohon Rindu" ni di ILHAM. Sekarang ni masukkan sehingga Bab 2. Berliku sungguh nak menghabiskan cerita yg satu ini. Nama heroin je tak tukar. Nama hero nya dah berkali-kali tukar. Dasyat betul! Akhirnya stick pd yg publish dalam ILHAM. Perjalanan cerita tu masih panjang... Apa yang rasa tak patut ada, boleh je bagitau ye.. Selamat membaca!

Tiada ulasan: