Selasa, November 11, 2008

Hot pink… tema baru rumah maya Riana

Salam buat semua. Selamat bertandang ke rumah baru riana. Harap-harap tema kali ni tahan lebih lama sikit. Walaupun Riana sebenarnya tak berapa gemor dengan warna hitam… tapi agak suka dengan combination color ni. Nice… 
Hehe… Riana baru jer settlekan masalah2 broadband nih. Byk pula songehnya. Sebab tu dah seminggu lebih Riana tak dapat online (eleh… macam rajin bebenor je tuan rumah ni mengapdet blog kan!!! Haila…).
Juga beberapa perkara mengenai hidup dengan orang keliling yang tiba-tiba je turut menyesakkan kepala otak riana. Hai la… (Tu lah kes nak menyibuk masalah orang kan!) Juga tentang masalah sendiri yang tiba-tiba juga mengambil tempat dalam diari bulan ni. (Macam sengaja je kan! Tapi tak le berat mana pun kesnya! Dun worry! Biasalah masalah tak pernah surut2 selagi hidup.)
Manuskrip ke 5 baru 300ms, manuskrip ke 6 baru masuk muka surat ke 35, manuskrip ke 7 masih belum bergerak di mana-mana. Masih dlm bentuk draf dan perlukan kajian mendalam. Sekarang ni tengah fikir macam mana nak menyelesaikan semua kerja agar lebih teratur dan yang paling penting nak semai semangat kerajinan dalam diri. Aduilaa…
Macam hebat sangatla kan buat 3 manuskrip serentak. Tapi Tuhan ja yang tahu macam mana nak conduct tiga2 manuskrip tu supaya siap on time.
Macam mana nak siap kalau banyak sangat agenda kan. Start 19 hb. ni Riana dah mula bercuti 6 hari. 19hb, ada lawatan sambil belajar dgn member2 kerja. 20hb. akan bergerak pulang ke kampung… menghadiri juga menyibukkan diri di majlis kahwin anak sedara. Hmm… kena siap2 tebalkan telinga nih…
Riana baru je habiskan baca novel Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya. Memang best karya kaksu ni. Karya Kaksu yang memang riana tak pernah missed sejak Riana mula jatuh cinta dengan Tanah Andryana. Sapa-sapa yang nak membaca, Riana syorkan!





2 ulasan:

Bikash Nur Idris berkata...

cantik rumah barunya... tp kak ryana ni mmg minat pink yek? dulu pun pink jugak, kan?

pink lady yek... :D

Ryana berkata...

Ntahla Bikash… rasanya minat semua kaler… Tapi baju kat rumah pun yg paling byk warna pink dan merah. Dan bila tengok sesuatu benda tu mesti nampak warna pink atau merah dulu… hehe =p