Selasa, Januari 21, 2014

Tip Nak kurus dan sihat. #1

Hai... jarang benar ada masa nak update blog sendiri. Bulan ni sangat sibuk. Ada stock check la.. book fair la.. Stress kadang-kadang tu.. Bila stress ni, selalu sangat nak cari makanan. Maka, berat naik mendadak tanpa sedar. Bila naik atas penimbang, rasa nak terjojol je biji mataku.
Kucing Gomoksss..
*Kucing gemuks takpe...tetap nampak comey...hikhik
Tahun baru ni tiba-tiba nak google cari macam mana atau tip-tip berguna untuk menguruskan badan secara alami tanpa guna chemical.
Maka terjumpalah satu cara nak buat air detoks atau detox water atau sassy water. Dah try pun... memang best sangat rasanya.


OK, kat atas ni bahan-bahan untuk buat detox water yer..

-Hirisan Timun
-Hirisan Lemon
-Sedikit halia (boleh ditumbuk atau dihiris)
-Beberapa keping daun pudina
-Air masak (terpulang sama ada nak buat 2 liter atau 1 liter)

Cara membuatnya:

-Masukkan semua bahan-bahan mentah tadi ke dalam bekas air. Kacau. Kemudian boleh simpan semalaman di dalam peti ais dan diminum keesokan harinya.


Mudah kan resepi detox water ni. Boleh terus mencuba. 

Kenapa detox amat penting untuk tubuh kita? Detoks amat perlu untuk membuang toksin-toksin yang ada dalam badan kita. Bila badan kita dah buang toksin, lebih mudah proses pembakaran lemak berlangsung bila kita bersenam. Bukan tu saja... ia juga memperbetulkan hormon badan kita. Baik untuk mendapatkan kulit-kulit yang cantik. :) Sesiapa yang makan vitamin tambahan, harus kena detoks dulu untuk memudahkan badan menyerap vitamin-vitamin tersebut. Kalau tak rugi jer. Toksin dalam badan kita yang ambil dan sembunyi khasiat tersebut. Paling penting kena minum banyak air untuk proses pelangsingan. Air pun sebahagian daripada agen detox ye kawan-kawan. At least 2 Liter air sehari... atau pesan Kevin Zahri minum sampai rasa urin kita jernih. :)

Jom cuba! Cara mudah dan murah nak kurus. :)
Nanti saya kongsikan lagi tip-tip untuk kurus ya. Kita cuba sama-sama. Rajin-rajin belek kevinzahri.com untuk inspirasi.


40 ulasan:

nini berkata...

lama mana leh nampak kesanyunk.....kite baru 3 days try...tpi 2 days tu lemononly....hihi

Unknown berkata...

Nini, saya hari tu try selama 3 minggu...alhamdulillah buang air kecil lawas dan kita dpt rasa perubahan pada kulit. Kulit jd kebih sihat. Bila kita mkn supplimen lg mudah badan serap.
Sekarang ni sebulan sy maintain 1 minggu buat ni... 😊

Tanpa Nama berkata...

hi..nak tanye.. 1 jag tu tuk brp lama ye? abiskan dalam 1 hari n topap air ke kalo dh tinggal sket? tgh nk try ni,, huuuhu

Unknown berkata...

Anon,
1 jag tu utk 1 hari, dear. Dinasihatkan jgn recycle sbb dikhuatiri kesegaran dan kualitinya akan berubah. Kalau 1 hari dah tinggal sikit air tu boleh topup air. Tp kalau lebih 1 hari kena buat yg baru ya! Insya Allah dgn cara ni boleh turunkan berat badan juga.

Tanpa Nama berkata...

hi..kalau guna limau nipis ganti lemon boleh tak?

Unknown berkata...

Tanpa Nama: Boleh saja nak gunakan limau nipis. Cuma sedikit pahit sebab kulitnya tu. Kena tahan sikit.

Tanpa Nama berkata...

sis, satu hari kena minum satu jag tu ke.?kalau kita buat 2liter air, means kita kena hbiskan smua dlm masa satu hari la eh?

Unknown berkata...

Klau halia digunakan beraama limau nipin n orange boleh ke

Tanpa Nama berkata...

Klu amalkn minum ni blh tk mkn nasi mcm biase...

Unknown berkata...

Tanpa Nama 28 okt,
Kalau nak kurus, yes... kena habiskan 2liter dalam 1 hari.

Rina joji,

Boleh, dear. Cuma jgn biarkn lama-lama. Takut pahit.

Tanpa nama 30 okt,
boleh makan nasi mcm biasa, cuma proses untuk kurus tu lambat.

fiena berkata...

Sis klau guna limau nipis n limau ksturi je xpe ke..

Unknown berkata...

fiena: Boleh jer dik nak guna limau nipis atau limau kasturi... :)

ugly duck berkata...

Saya gunakan timun,tomato,limau mandarin dan epal hijau je.oke ke?

Unknown berkata...

Sal Chub: Boleh je dear. Cuma setiap bahan tu ada fungsi tersendiri. Kena rajin cari maklumat juga. :D

nana berkata...

Kalau x letak dalam peti ais boleh x?

Unknown berkata...

Nana: boleh, cuma kena habiskan air tersebut dalam masa 1 hari. Takut bahan-bahan yang kita guna tu jd tak segar. :)

siti hajar berkata...

Kalau minum ketika period, boleh ke?

Unknown berkata...

Siti Hajar,

Boleh. Tak ada masalah minum ni kalau period.

Unknown berkata...

Kalo recycle,masih bole lg ke...lbh dri 1 @ 2 hari mcm tu...

Unknown berkata...

Oliveakaren buhan,

Seeloknya 1 hari sahaja. Lebih sehari, bahan-bahan dalam air dah tak segar lagi.

Unknown berkata...

Sis, air detox ni seeloknya minum berapa kali sehari? Or berapa kali seminggu? Ke tiap2 ari mnom pon xpe?

Unknown berkata...

Mira Amirah,
Sis boleh minum bila-bila masa. Tak terhad berapa kali sehari atau berapa kali seminggu. Tiap-tiap hari pun ok! Fungsi air detox ni untuk singkirkan toxin dari badan melalui sistem perkumuhan kita. So, lagi mudah nak kuruskan badan dan juga lagi mudah vitamin-vitamin diserap dalam badan tanpa gangguan toxin. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam sis.. mcm sy nk mkan suppliment tmbahan.. so dorg ckp sblm mkn tu kne detox dulu.. so lps detox, perlu ke sy minum air ni dgn bersama pengambilan suppliment tuh?

Tanpa Nama berkata...

Kalau sy letak oren dgn limau nipis sje xpe ker .. sbb lemon habis.. hehe

Unknown berkata...

Tanpa Nama 7:10PTG;

Sebenarnya minum yg ini pun dinamakan proses kita detox badan dik. Kalau nak lebih yakin, adik boleh detox badan minum air ni. Lepas 1-2 minggu adik boleh ambil supplimen with or without air detox ni. Tak ada masalah nak ambil bersama air detox ni.

Unknown berkata...

Tanpa Nama 7:14PTG;

Boleh dik guna limau nipis, cuma limau nipis ni pahit sedikit rasanya bila kita tak buang kulit luarnya tu. Adik boleh hiris kulit luarnya ya.. Selamat mencuba!

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya kalau minum sehari tu nak minum waktu bila.Bulan puasa ni nak minum waktu bila.

Tanpa Nama berkata...

Lemon tu nak kena perah dulu ke?

Tanpa Nama berkata...

Boleh x kalau nak buang kulit lemon tu?

Unknown berkata...

Tanpa Nama 1 (11 Jun 12:19pg): Sehari boleh minum bila-bila masa dik. Bila air dah habis, top up balik macam biasa. Tapi kalau next day kena buat dengan bahan baru ya. Tiada had masa nak ambil bila. Bulan Puasa, of course boleh minum waktu yang dibenarkan minum, buka puasa, malam sampai ke sahur.

Tanpa Nama 2 (11 Jun 12:20pg): Lemon tu adik boleh perah dulu, atau tak perah pun xpe dik. Kalau saya, saya perah dulu then biar hirisan yg dah diperah tu dalam air minuman kita.

Tanpa Nama 3 (11 Jun 12.25pg): Nak buang atau tak mau buang kulit pun boleh sebab kulit lemon ni tak pahit, macam kulit limau nipis. Dia tak menjadikan air kita tu jadi pahit.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak guna limau kasturi nak guna berapa biji.kalau timun tu berapa banyak?

Tanpa Nama berkata...

Boleh x kalau x letak daun pudina

Unknown berkata...

Tanpa Nama 13 Jun,

Kalau guna limau kasturi, ikut kegemaran nak letak berapa biji. For me, 5-7 is enough!

Tanpa Nama 14 Jun,

Boleh sangat2 kalau nak letak daun pudina. Sama ada dihiris atau biarkan macam tu je. :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum..nAk tnye.. kuAntiti LEmon n limAu nipis tu perLu gunA sebijik ke? AtAu boLeh sepAruh or dLm 2 hiris?

Unknown berkata...

Waalaikumussalam Nursharina Sharif,
Kuantiti lemon atau limau nipis tu, adik boleh guna 1 biji atau pun setengah. Kalau nak bajet2... guna separuh. Lemon mahal kan... :)Kalau limau nipis biasanya saya guna setengah sahaja sebab kulit limau agak pahit.

sal berkata...

perubahan pd berat bdn memakan mase brpe bln

Unknown berkata...

Sal,

Kena istiqomah ya. Insya Allah, kalau jaga pemakanan dan apa yg kita minum dalam seminggu-dua akan turun 1-2kg.

Ida berkata...

Lemon mmg bagus, sy dh trun dari 78kg ke 72.4kg selama tiga bulan start 15/2/16 dengan mengamalkan air detoks lemon shj. Yg penting kena rajin beli, potong dan minum air lemon tu sekurangnya 2 liter sehari.

Pd yg mls beli lemon sy cadangkan boleh jgk amalkan minum sekurangnya 3 liter air msk sehari dengan sarapan, lunch dan dinner jgn skip. Sarapan sy amalkan mkn roti wheatmeal cicah air milo kurang manis, lunch dan dinner nasi segenggam(wlpun tgh lapar sgt sila set mind aku tgh diet, jgn tambah2 dh nasi tu) sayur dan lauk pastikan byk dr nasi. Mlm lps maghrib jgn mkn pape dh kalau lapar minum je air msk byk2, atau mkn biskut ke apa ke yg ringan2. Tips ni sy amalkan bila lemon habis.. Kalau amalkan dengan detoks lemon, sy xperasan apa plk apa jadi sbb xamik kisah sgt.

Mmg perut terasa kembung penuh ngn air, mual nk muntah tp lama2 akan terbiasa. Ke toilet hampir setiap sejam dan setiap kali sebelum solat, tdo dan etc. Membuang air besar mmg lancar xde sembelit.

Lagi, sy xkuat jiwa raga minda nk mengamalkan diet pkai supplement, atkins dan seumpamanya yg melibatkan pkai duit nk beli. Sy takde buat senaman apa2 sbb mls.kalau rajin senam in shaa allah mungkin kesan diet lg efektif kot..hehe. Slalu doa, dan pastikan bangun pagi dah mandi sebelum kul 7 dan tdo sebelum kul 11 malam.

Skrg ni tgh kencang nk kurus lg sebelum raya..

Sekian.

Unknown berkata...

Ida,

Ya betul. Semuanya terletak pd kekuatan hati. Nak kurus. Kena la korbankan nafsu makan. Saya pun dalam proses nak turunkan berat ke berat ideal. Nak sihat. Tak mau sakit. :) Good luck Ida!


Penapis Air Pilihan berkata...

Bio Ultra 3 Suhu Tabletop RM899 - rm1299 (ada 6 Model Pilihan)
Bio Ultra 3 Suhu Floor Stand RM1499
Bio Ultra 2 Suhu Floor Stand RM1299

~ Size tangki yang besar (unlimited - auto refill) ☺
~ Built in 4 Filter Made in Korea
~ Semua filter Kami ada Cert Halal
~ Warranty 12 & 18 Bulan
~ Hasilkan Air Mineral Alkali
~ Sambungan terus kepaip
~ Tangki auto refill
~ Safety child lock untuk air panas

Bio Ultra Gold Master Fiber Outdoor dgn 7 Penapisan (RM799)

~ Cover dari gentian fiber tahan lasak
~ Fungsi manual backwash dan rinse
~ Waranti 10 tahun

Penghantaran & Pemasangan & servis Berkala Seluruh Malaysia disediakan
Whatsapp / Call 0178895990
http://bio.wasap.my

Gambar & Maklumat Lain boleh view Blog kami dibawah
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com