Ahad, Januari 05, 2014

Tahun baru 2014




Salam semua.

Entri pertama di Tahun baru 2014. Selamat tahun baru semua! Tahun 2013 berlalu membawa pergi sejuta cerita dan rasa dan moga-moga Tahun 2014 memberikan lebih kegembiraan, ketakwaan pada diri. Amin.
Tahun 2013 hanya mampu buat 30 entri sahaja.. Moga-moga tahun ini mampu buat lebih baik.
Bercerita tentang tahun 2014, banyak agenda yang perlu di penuhi. Azam tu setiap hari ada. Fokus tahun ni nak menambah duit simpanan dan juga satu lagi matlamat yang besar dalam hidup moga berlaku di tahun ini. Doakan yang baik-baik ya!
Menulis? Ya, itu pun satu hal lagi... Moga-moga siap manuskrip baru sebelum pertengahan tahun. Terus berusaha untuk novel Di bawah Pohon Rindu... Amin! Doakan ya semua..

Tiada ulasan: