Buat senaman sendiri? Kat rumah? Alamatnya bukan senaman, sebaliknya sambung tidur di katil la jawabnya.
Tapi kalau nak kurus, tekad kena kuat. Azam kita jangan separuh jalan. Kalau kena tulis poster besar-besar dalam bilik untuk naikkan semangat, sila buat sekarang... jangan bertangguh. Ye lah, kita ni manusia.. adakala datang mood malas tu, tak dapat nak tahan-tahan lagi dah. Jangan pernah mengalah dan terus give up. Rutin senaman dan mengawal pemakanan harus diteruskan selama lebih kurang 3 bulan untuk melihat hasilnya.
*Jeles OK tengok orang boleh kurus. Dia orang boleh, kita pun pasti boleh!
Sekarang ni Riana banyakkan pembacaan mengenai pengambilan makanan dengan betul dan cuba praktiskan. Selain tu dah mula surf youtube untuk cari workout yang sesuai untuk beginner yang nak bakar lemak. Riana subscribe fitnessblender.com. Dalam tu ada macam-macam jenis video workout yang bermanfaat untuk kita cuba. (try link ni: http://www.youtube.com/watch?v=7ea1BfxnlNo )
Atau korang boleh jer search di google atau you tube. Cari jer keyword workout, aerobic atau zumba pun OK. Dah boleh try di rumah je. Tak perlu nak pergi gym bagai.Ada juga terbaca tips dari Aizat yg dulu chubby sangat waktu masuk AF dan sekarang dah hensem sejak dah kurus. Dia cakap, dia joging 30 minit setiap hari tanpa gagal selama 3 bulan dan juga buat work out di gym. Dia cakap, tak boleh tinggal selama 3 bulan baru dapat kesannya. Jadi, kena rajin.
Mula-mula workout memang sakit sana sini... kalau dah lenguh, sakit sana sini jangan paksa diri untuk teruskan. Take a break dan esoknya cuba lagi. Lama kelamaan sengal-sengal dan sakit tu hilang dengan sendirinya sebab otot kita dah mesra dengan work out yang kita buat.
Alright, JOM MULA HARI INI. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan