Jumaat, Julai 04, 2008

Melawan Kesepian…

Hari ini sangat sepi... tersangat-sangat sepi. Tiba-tiba airmata rasa nak mengalir keluar... Terdengar lagu ni...
Apa pun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan


Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang beerti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan kesepianku
Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang beerti

Semoga kepergianmu
tak akan merubah apapun
semoga mampu kulawan kesepianku

Apapun yang terjadi… berjalan lah tanpa henti


... dan tiba-tiba perasaan jadi makin hiba. Perasaan ditinggalkan memang sakit kan! Perasaan itu datang dan pergi tanpa dipinta... Betul kan? Perasaan kasih dan sayang itu singgah di hati tanpa izin dan perginya juga bagaikan tak sempat mengucap selamat tinggal... Aduhai, berdrama pula... Macam yg Riana tulis entry sebelum ni... semenjak dua rajin berdrama. So, hari ni, dialog pun rasa macam tgh berdrama. Actually, tak ada yang serius berlaku (Wat saspen jer kan!!). Cuma Riana nonton filem Sepi hari ini bersama-sama teman-teman yg kesepian (ahaks :p ) Before this, masing-masing nonton filem yg hebat, yg boleh buat ketawa dan yang memang terbeliak biji mata melihat kehebatan teknologi CGI yg digunakan. Kali ini kami memilih filem Sepi, yg mungkin dekat dengan jiwa manusia itu sendiri. Nanti Riana update lepas kami selesai nonton wayang ya. Adios!
(Update 2nd June)
Wah… filem Sepi yg ditonton not bad… Lucu, ketawa, Sedih, Sepi… Semuanya bergabung dalam satu. Kisah cinta Adam, Ilyanna, Suzy… Imaan, Khalil, Ean, dan kisah Sufi, bekas isterinya (alamak camner leh lupa watak Rozita Che Wan dlm filem ni!) dan Marya.
Riana x pandai nak komen, tapi best jugaklah citer ni… Antara part2 yg paling Riana suka ialah, Nasha Aziz(Suzy) buat havoc kat majlis perkahwinan adiknya dengan cuba memikat Adam. Comel n Kiut sgt. Haha, memang x sangka Nasha pegang watak cam gini sbb sebelum wayang tgk gmbr dia kat poster nampak ayu jer… Tersentuh bila dialog Adam pada Ilyanna… 'kita bertemu sekadar untuk mengucap selamat tinggal' Aduhai sian…
Untuk part couple Imaan(Baizura Kahar), Khalil n Ean… kat sini kita dpt tgk seorang gadis yg tak dapat membuang kenangan silamnya bersama boyfriendnya yg tlh meninggal. Dia membawa setiap byg2 boyfriendnya… dan tidak membenarkan mana-mana lelaki mengetuk pintu hatinya. Puisi Sepi tu menyentuh hati.
'Bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku…'
Moral of story:
-Cinta tak semestinya bersatu
-Cinta tak datang hanya sekali
Overall… best dan tak menghampakan. Riana cukup2 tertarik dgn cinematographynya… Cantik! Selamat menonton kpd yg belum menonton. Next movie in Q list… The X-Files.

Tiada ulasan: