Selasa, November 20, 2012

Wayang: Jab Tak Hai Jaan…


Ok Wayang  Time! Tak sangka pula boleh tengok movie ni kat panggung.. Mungkin gara-gara teruja dengan filem Shahrukh Khan (SRK) kot. Tambah pula si dia peminat setia SRK. Mengambil kesempatan cuti dari kerja, dan kebetulan si dia pun bercuti… kami ke KLCC untuk menonton. Kenapa jauh sangat merayau? Sebab cuma di TGV KLCC jer yg paling dekat yg tayang ini movie. 3 jam OK cerita ni. Sakit punggung duduk lama-lama. Biasala…nama pun filem hindi. 
Bagi yang belum tahu, ini serba sedikit fakta yang dikutip dari pakcik Wiki dan beberapa website lain mengenai filem ini. Jab Tak Hai Jaan (bermaksud:As long as there is life (in me)) adalah filem arahan dan terbitan Yash Chopra yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Veer-Zara dan banyak lagi. (Sekadar menyebut dua filemnya.). Filem ini merupakan filem terakhir arahan legenda ini yang meninggal dunia pada 21 Oktober yang lepas. 

Dibintangi oleh Shahrukh Khan (Samar Anand), Katrina Kaif (Meera) dan Anushka Sharma (Akira Rai). Telah release di Mumbai pada Diwali yang lalu dan telah mengumpul berpuluh juta rupee..dan mungkin juga beratus. Boleh rujuk pakcik Google OK! 
2 jam pertama mengisahkan percintaan Samar Anand dan anak jutawan iaitu Meera di kota London. Samar yang bekerja pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung hidup di kota London terpaut dengan Meera yang pada ketika itu melintasi salji yang memutih menuju ke gereja. Kebetulan Samar bekerja untuk Jack membersihkan salji di kawasan gereja tersebut. Ketika itu Meera memasuki gereja kerana ingin memohon kepada Tuhannya agar pertunangan yang dirancang oleh ayahnya tidak menjadi dan semoga tunangnya membatalkan pertunangan mereka. 

Bibit percintaan bermula bila Meera sering bertembung dengan Samar yang juga mencari rezeki menjadi penyanyi/penghibur jalanan di tengah London. Samar menjadi pelayan meja makan semasa majlis pertunangan Meera & Roger. Mereka bertemu tanpa diduga. Dan selepas majlis tersebut, Meera bertemu Samar memohon agar Samar mengajarnya lagu Punjab untuk dipersembahkan ketika hari lahir ayahnya. Samar setuju, dengan syarat Meera mengajar Samar berbahasa Inggeris dengan betul. Mereka rapat dan dari situ cinta mereka mula wujud. Namun dipendekkan cerita, Meera tidak yakin dengan cintanya. Kerana cintanya mampu membuat mereka atau salah seorang dari mereka menderita. Dia menganggap Samar kemalangan kerana dosanya melakukan hubungan cintanya bersama Samar tanpa pengetahuan ayahnya. Jadi, dia sanggup melepaskan Samar agar lelaki itu tidak menderita kerananya. Dia minta Samar pergi jauh dari London dan dia pula akan berkahwin dengan Roger tunangannya. (Kat sini… rasa macam complicated sangat cara si Meera ni berfikir. Haih…cakap jer moden segala…tapi bila datang bab cinta ni…sangat-sangat complicated. Susah nak hadam part ni.)


Mengenangkan rasa marah, Samar Anand bernekad pulang ke India dan mengishtiharkan perang dengan Jesus (kerana si Meera ni terlalu taksub dengan Jesus. Every single thing kena bagi pilihan pada Jesus untuk tunaikan permintaan dia atau korbankan sesuatu yg dia sayang. Contoh: Waktu Samar kemalangan dan tak bernyawa, dia memohon kepada Jesus supaya menyelamatkan nyawa Samar dan jika Samar sedar dan selamat dia berjanji dengan Jesus tidak akan bertemu lagi dengan Samar. That's why I said she's too complicated. Haih…) Samar pulang ke India dan menyertai Skuad Pemusnah Bom dalam Tentera India. Sepuluh tahun kemudian bertemu dengan Akira Rai yang hampir lemas. Akira Rai seorang yang sangat berani dan merupakan trainee di Discovery Channel. Perhubungan Akira dengan lelaki tidak bertahan lama kerana Akira belum bertemu dengan lelaki yang sesuai di jiwanya. Namun bila bertemu dengan Mejar Samar Anand, dan terbaca diari beliau, Akira terus jatuh cinta.

Masuk jam terakhir dihabiskan dengan kisah Mejar Samar Anand yang kemalangan di London setelah dijemput Akira ke London bagi menyertai majlis perasmian dokumentari mengenai askar tersebut. Namun setelaah sedar dari kemalangan Samar hanya menyebut nama Meera. Doktor mengesahkan Samar amnesia dan hanya mengingati kisah 10 tahun yang lalu sahaja ketika di London. Doktor meminta Akira mencari orang-orang yang pernah bersama Samar especially Meera. Akira bertemu Meera dan memohon Meera menolong agar Samar mampu mengingat semula. 
Siapakah yang berjaya merebut hati Mejar Samar Anand, Meera atau Akira? Ok, kalau cerita sampai habis sure spoilt untuk sapa-sapa yang belum lihat. Hehehehe…

Teraju utama: Anushka, SRK & Katrina
Komen: Serius…tak berapa suka sangat dengan cerita ni kalau nak compare dengan filem cinta Yas Chopra yang lain. Mungkin terlalu moden sangat kot gaya hidup yang cuba disampaikan. Ada banyak sangat pengaruh barat kat situ. Ye lah asyik2 kissing, bed scene… penat kot... Haih… Untuk overall filem bagi 2.5 bintang dari 5. Untuk part heroin, rasanya Anushka lebih menyerlah berbanding Katrina. Part hero: SRK memang superb, 4.5 star! Paling suka part dah jadi Mejar Samar Anand.  Hati kering dia bila digoda Akira sangat-sangat best tgk ekspresi wajahnya. Dan lagi satu setiap lakonannya sangat particular. (cth: sebagai pegawai di Unit pemusnah bom, dia tahu wayar mana yang harus dipotong, dan bagaimana bom-bom disembunyi tanpa dapat dikesan oleh Sinar-X, dan cara dia mematikan setiap bom tu sangat-sangat details & memang siap dengan persediaan fakta. Bukan macam filem Melayu yang pakai belasah jer tanpa buat research terlebih dahulu. One day nak tengok juga filem-filem Melayu kita macam ni. At least every single scene tu berbekal fakta dan research. Bukan pakai belasah je.) Tapi tolak 0.5 star bila mai tang bab kissing nih… Lemas perut aihh… Tak suka part ni. Kalau takde scene ni pun for sure boleh menang aktor terbaik la. Tengok jer la citer Chak De India dan Swades tu.. Tak perlu scene ghairah2 nih. (Emo2…)



Updated: Trailer dari filem Jab Tak Hai Jaan. Lagu Challa ni memang sedap gak la.. Ok satu lagi pesanan penaja. Kalau nak tengok movie ni, kepada family especially…dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak anda yg masih kecil. Kerana adegan dalam filem ini rasanya lebih sesuai untuk 17thn dan ke atas. Biarla anak anda matang dan tahu berkenaan kematangan dalam usia yang sebenar-benarnya. *Peace*

p/s:- Review ini merupakan review personal. Bukan review dari pakar perfileman ya. Saya review berkenaan apa yang saya rasa. Lain orang, lain pandangan dan persepsi. Jangan touching lebih-lebih bila membaca ini. Terima kasih! :) - Ohoiii…janganla pulak tetiba ada orang dari Mumbai sana komen. Mau kena remove terus ini entry.

2 ulasan:

farah hairuddin berkata...

best cerita ni.tp x suka jugak scene2 ala hollywood yg over...SRK is a good actor.x perlu scene mcm tu pon,cerita ni dah ckup best.ayat2 power!

Unknown berkata...

Betol2… setuju sangat dgn anda, farah hairuddin…