Selasa, November 13, 2012

Tokens Of Love 2012


Hi dearies! Yeay... musim-musim cuti dan hujan ni malas betul nak updated blog. Tapi rajinkan juga la mencari bahan-bahan nak diletak dalam blog ni. Disebabkan dah bosan sangat dan tak tau nak updated apa... jadi cari punya cari, ini yang jumpa.. Okey, ini adalah katalog tahunan MPH setiap kali muncul akhir tahun. So, di MPH tiba je akhir tahun kami sibuk macam nak menyambut raya. Stok masuk bertimbun-timbun banyaknya. Nak review katalog ni, boleh dapatkan di semua cawangan kedai buku MPH atau boleh menyelak helaian demi helaian di sini >> Tokens Of Love <<
So, ape yang menarik kat dalam ni? Macam-macam ada... Dari buku-buku Am, buku kanak-kanak, buku fiksyen Bahasa Inggeris sehinggalah ke toys & stationery. Semua item di dalam katalog ini adalah item-item yang baru. Jadi, memudahkan pembeli untuk membeli dan memilih item-item yang mereka kehendaki. Tambah-tambah lagi di musim perayaan, ramai yang membeli untuk diberikan kepada insan-insan tersayang.

Selain katalog, MPH juga telah menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang November dan Disember ini. Lihat poster di atas ya untuk rujukan. :) Promosi MPH nih.. Haha.. Jadi jangan malu dan segan untuk terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami jika terdapat sebarang pertanyaan. 
Anda juga boleh shopping secara online di mphonline.com. Urusan semua di hujung jari. Anda hanya tunggu buku sampai di depan pintu rumah anda sahaja. Cuma ada sedikit caj penghantaran dikenakan.. :D

Bekerja di kedai buku, ramai book lovers cakap seronok sebab sentiasa berdamping dengan buku. Tapi, secara jujurnya bila dah sampai di tahap ini, banyak komitmen yang perlu anda dahulukan untuk kedai berbanding untuk diri. Tapi, apa-apa pun sepanjang 7 tahun ni, memang fun! Tak sangka bertahan sejauh ini. Jadi, inilah promotion free buat MPH untuk hari ini. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

menarik juga..I Follow you..xoxo

Unknown berkata...

Thank you Mr/Ms Oh Rojak… :D Blog biasa-biasa saja.. :) Update bila rajin.. :))