Ahad, Januari 27, 2008

Moshi...Moshi...







Salam buat semua, takder apa yg nak ditulis. Otak dah rasa kering sangat dengan idea. Cuma tangan jer cam gatal sangat nak mengetuk kekunci key board ni! Apa leh buat...


Oleh kerana terlalu mengikutkan sangat kehendak tangan ni, maka menarilah ia mengikut tarian yg hendak ditarikan.

Mari kita buka sesi bercerita...
Bercerita perihal bagaimana ryana boleh terjerumus ke alam penulisan.... Ia bermula lama dahulu. Rasanya waktu umur 13 thn. Mula2 dulu suka sangat baca buku. Apa saja jenis buku. Riana ada ramai adik-beradik. So, ada ramai kakak dan abang yg ketika itu dah sekolah menengah dan dah habis sekolah pun. So, buku-buku dia orang jadi bahan bacaan riana lah. Tak kira apa... majalah sekolah pun boleh jadi kerja ditatapnya...
So, bila masuk Tingkatan 1, Riana kena dok asrama. Di asrama, ramai senior2 yg berbakat dlm menulis. Karya2 mereka pula jadi bahan bacaan Ryana. Kisah remaja... yg memang layan habis. Waktu di asrama juga memang hantu dengan buku. Riana dah boleh hafal Novel Khadijah Hashim, berjudul Badai Semalam. Malah setiap novel beliau memang Riana minat. Dari situlah mulanya minat menulis.
Riana mula melakar kisah... dan tak sangka pula kawan2 sudi membaca citer yg bukan2 tu. Hehe... Maka setiap tahun, ada jer citer baru. Sampaikan ada kengkawan yg booked suruh buat citer yg dia orang dah set jln ceritanya. Katanya nak buat kenang-kenangan. So, atas permintaan, buat ajelah... Nak tahu time bila yg paling best melakar2 citer ni? Masa sekolah dulu... time periksa, paling best kalau kena buat essay. Kertas2 yg dah habis buat essay tu, Riana akan gunakan utk tulis apa saja yg ada dlm kepala otak waktu tu. Sekurang2nya Riana x buang masa ya! Sampai habis masa pun sanggup tunggu dalam dewan periksa.
Dulu mak atau kakak selalu marah sebab selalu sangat tulis dan tulis sehingga byk sangat buku kat umah tu. Hehe... Tapi sekarang ni takde lah!
Hobi tu dah jadi mcm darah daging pula. Hinggakan kalau tak menulis, Riana jadi macam tak boleh hidup. Kena juga menulis walau sebaris ayat. Hobi tu menular hingga ke peringkat universiti. Tapi tak delah sampai nak masuk pertandingan. Bila sampai tahun akhir... baru terfikir nak publish...( sbb thn2 sebelum tu memang bz sangat) Sekurang2nya hadiah buat kengkawan yg memang dah lama menunggu.
Akhirnya lahirlah Hadirnya Cinta... (2006) CESB dan kemudian Tautan Kasih (2007) Alaf 21. Dan ianya hadiah yang amat bermakna untuk semua...




Riana tak akan berhenti di sini setelah melahirkan dua novel ini... Pastinya langkah akan diteruskan...




Tiada ulasan: