Jumaat, Februari 09, 2007

Hari paling mendebarkan...


Semalam pagi-pagi lagi Ryana dah dikejutkan dgn accident yg menimpa kakak ryana di SS24. Kakak ryana accident dgn sebuah van yang buat U turn dan merempuh kereta kakak ryana. Nasib baiklah kakak tak apa2. Cuma kereta yg kemek dan pecah lampu depan. Yg malangnya, orang yg langgar tu melarikan diri. Dia bagi no. phone dan alamat palsu. Nasib baik bleh trace guna no plat kereta. Kakak ryana buat report malam semalam.
Satu lagi yang juga berita mengejutkan ryana. Semalam dalam pukul 9 mlm, kakak ryana yg di kedah telefon dan beritahu yg anak bongsunya dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sg. Petani kerana melecur. Anak buah ryana tu jatuh dalam api yg di bakar oleh penduduk kat tmn tersebut. Tak tahulah macam mana dia boleh jatuh. Paniklah juga org di KL yg mendengar ni! Tak boleh nak lena tidur. Tapi, menurut citer kakak, anak buah ryana tu tak menangis sikit pun walaupun melecur teruk. Hmm... di KL ni dah kecut perut mendengar dia masuk wad kecemasan. Kata kakak lagi, lepas tambah air, doktor benarkan balik. Aduhai... ainul mardiyah!


Hari ini, Ryana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir buat dua orang yg pernah hadir dalam hidup ryana. Seorang ialah Ruzihan Desa, teman baik ryana sejak zaman sekolah sampailah hari ini yang menyambut hari lahir ke 26 tahun. Seorang lagi adalah Hernifita, yg juga sambut hari lahir pada hari ini. Yg ke 23 thn kalau x salah. Ita ni dulu room mate ryana di KPZ, UPM. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.

Tiada ulasan: