Isnin, September 29, 2008

Di Akhir Ramadhan, Menjelang Syawal…

Persiapan untuk raya sebenarnya dah dibuat. Cuma saja nak jenjalan kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kebetulan satu dua benda yang belum dibeli. Hehe… last skali, beli juga untuk diri sendiri. Sehelai tudung. Itupun nasib baik tak tambah lagi koleksi baju raya. Nasib baik dapat menewaskan nafsu sendiri. Haha…  =)
Fuh… betapa ramai orang hari ni. Sampai melecet kaki berjalan tu. Sempat juga
 snap dua tiga keping gambar kenangan. Gambar orang ramai yg berpusu-pusu shopping. Hujan pun, orang dah tak kisah. Selamba jer jalan kat tengah-tengah bazar yang cukup panjang tu.

 Ramai kan orang? Ryana akan pulang ke kampung pada pagi nanti. Buat semua yg memandu pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya ok! Selamat Hari Raya! =)

Jumaat, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri…


Waduh… bertapa sekejap Riana selama lebih kurang sebulan lamanya. Dah masuk puasa yg ke 26 baru nak letak entry ya! Tambah-tambah nak nak dekat raya ni. Bermakna entry untuk hari raya lah ni.
Bulan puasa tahun ni memang benar-benar menguji kesabaran betul. Selepas lebih kurang 2 minggu, badan tak sihat dan diserang demam kuat. Dah le waktu tu hari terakhir berpuasa di kampung (Riana balik ke kampung selama seminggu). Travel atas bas yg dibawa laju… Macam nak ketuk jer kepala driver bas tu. Satu, sebab bawak bas laju giler. Kedua sebab pasang lagu rock kapak. Dah la dapat seat no. 2 dari depan. Terseksa jiwa dan raga! Sampai di KL pula, tetiba bas tu melencong pergi Klang dan Shah Alam dulu. Aduhai… sangat2 penat. Panas badan rasanya dah hampir 40 darjah kot. Akhirnya Riana turun di depan Central Market. Haha… turun je dari bas, tetiba nampak bintang-bintang. Nasib baik tak gelap mata. Balik ke rumah dengan lrt dan kemudiannya menaiki teksi. Sehari kemudian, Riana MC. Pergi check up, doktor cakap panas 38 darjah. Fuyoo! Dalam kepanasan yang terlampau tu, Riana mula sedar perubahan-perubahan kepada kitaran semula jadi badan tak berjalan dengan lancar. Ini antara simptom-simptom demam panas Riana hari tu;
1. Rasa letih melampau, sampaikan setiap masa, mata mahu pejam saja.
2. Hidung terasa menyucuk2 jika berada di dalam bas berhawa dingin. Pastu bila batuk, pasti keluar kahak  berdarah. Rasa macam ada pendarahan pula di bahagian rongga hidung dan tekak.
3. Peluh tak keluar. Buah pinggang juga terasa gagal berfungsi secara normal. Pundi kencing juga mengalami nasib yang sama.
4. Dalam panas-panas tu, tetiba je akan terasa seram-sejuk.
Selepas pergi check kat panel clinic, doktor tu tak banyak check. Cuma banyak bertanya. Selsema ke? Batuk ke? Demam dah berapa hari? Sakit tekak ke? Rasa macam kita plak yang jadi doktor tu. Doktor tersebut sempat pesan, kalau demam tak kebah-kebah. Maka, Riana harus menjalani pemeriksaan semula. Dan dalam kepala Riana dah tahu apa maksud doktor tersebut kalau Riana tak sembuh, Riana mungkin disyaki DENGGI. 
Alhamdulillah, demam Riana tu kebah selepas dua hari kemudian. Tapi letih betul dijangkiti demam kali ini. Rasanya dah 2 tahun demam menyerang dalam bulan puasa.

---------------------------------------------------------------------------------

Bekerja semula setelah seminggu bercuti. Dikejutkan dengan satu berita yg memang tak best nak dengar. Riana, currently incharge bahagian Professional Books di MPH 1 Utama. Professional Books ni meliputi, Business & Management, IT, Engineering, Investment & Finance, Law, Medical, Test Reference (SAT, GRE, GMAT, TOEFL & etc), A- Level/ O-Level, Hospitality, Accounting, Architecture & Interior, Science & Technology dan Dictionary. Dah 3 tahun mengendalikan dari A sampai Z di department tersebut. Alih-alih, tetiba nak suruh kita tukar jadi head of department General Books Bukanlah bermakna Riana menolak perubahan. Yes, we need changes. Sekuran-kurangnya untuk menambahkan pengalaman. Ya, Riana sedar, bukan selama-lamanya akan kekal di sini. Tapi, Riana tak puas hati apabila perubahan yang bakal dilakukan itu ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa. Sakit betul hati! 
------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, Tahun ini Riana sekeluarga akan menyambut raya dengan kehadiran orang baru. Kakak ipar Riana,selamat melahirkan baby ke tiganya pada 8 September yang lalu. Maka bertambahlah lagi seorang anak buah yang dah pun memasuki jumlah 26 org. Selamat Datang, Muhammad Adhwa Hakim.
-------------------------------------------------------------------
Dikesempatan yang ada ini Riana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkanlah andainya ada kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan tanpa sedar. Moga lebaran tahun ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.
Buat rakan-rakan yang jauh mahupun yang dekat, sanak-saudara di serata pelusuk Malaysia yang turut membaca bingkisan ini. Buat pengunjung setia blog Ryana ini. Jangan pernah serik untuk terus bertandang ke rumah Riana. Buat teman-teman seangkatan, teman-teman seperjuangan, rakan-rakan dan juga peminat novel… walau di mana jua anda berada.
Jari Sepuluh di Susun, Kemaafan darimu kupohon… Salam Aidilfitri! 

Sabtu, Ogos 23, 2008

Jauh Di Sudut Hati…



Akhirnya… yang ditunggu terbit jua. Buat semua yang setia membaca karya dari 
Riana, Novel Jauh Di sudut Hati adalah buah tangan terbaru dari Riana. Moga-moga karya ini dapat diterima seadanya. Andai ada terkurang di dalam rempah ratusnya, Riana susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan sedia menerima sebarang kritikan agar karya-karya akan datang dapat diperbaiki dan lebih mantap lagi. Selamat membaca! =)

Sinopsis di belakang buku;
Cinta Najiha dan Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan, namun
 kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.
Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagiyang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit dengan keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidu
pan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?
(** Sayang, sesungguhnya bukan mudah… menjalani hidup ini tanpa kau di sisi…**)
Memandangkan Riana sendiri belum dapat hard copy di tangan, maka… Riana tak boleh nak komen apa-apa mengenainya.
-------------------------------------------
Majlis Makan Malam MPH
Venue: Restoran Amarin Thai, Mid Valley
Date: 22 August 2008
Time: 7.30pm
Dinner yang dianjurkan malam ini adalah Dinner untuk staff yang tak dapat pergi pada Dinner pertama di Hilton, 6 Ogos yg lalu.
Walaupun hanya tiga outlet yang terlibat, suasananya agak meriah. Waktu-waktu beginilah nak berkenalan dengan staf-staf HQ yg sebelum ni hanya kenal suara saja. Ataupun yang sebelum ni, hanya kenal muka saja tapi tak kenal nama. 
Makanan Thai yang dihidangkan penuh semeja. Sampai dah tak mampu nak sumbat dalam perut lagi. Terlebih-lebih pula makanan yang ada. Menu, Tomyam seafood, Udang Goreng, Ikan stim, baby kailan masak sos tiram. Sotong goreng, dan ada desert.
Sempat juga snap gambar dengan Deputy COO Mph, Mr. Donald.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Selamat Jalan… Semoga selamat sampai…


Ketika Riana menulis ini, member Riana, Min mungkin sudah berada di dalam perut pesawat untuk berlepas ke UK. Riana ucapkan semoga selamat sampai.
Mengenali insan yang bernama Min Nazri ini amat melucukan hati Riana sendiri. Hari first dia start kerja di MPH ramai yg tertanya2. Siapa exec baru kat CSD (Customer Service Desk Dept.) Warrr… siap pakai neck tie lagi tu. (Oppss… terpecah rahsia kat sini)
Seriously, Riana sebenarnya agak bengkek dgn mamat ni pada mulanya. Entahlah… sangat menyakitkan hati. But honestly, bila dah kenal dia… actually, he's nice person sebenarnya… Maka tepatlah kata orang-orang tua, Tak kenal maka tak cinta (Oppss… tapi kami tak bercinta k!)
Maka dari situ, kami jadi rapat. Selalu keluar break bertiga (Me, Ira and Min). 
Moga-moga persahabatan ini berkekalan hendaknya. Amin.
So, hari ini Min akan berangkat ke UK bagi menyambung pengajian doktor perubatannya. Moga sukses dan jangan lupa orang di Malaysia. Adios! T_T (Pasti rindu dengan celotehnya yang macam berteh itu… )

Goodbye my friends it's hard to die
When all the bird are singing in the sky
Now thats spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I'll be there… (**Season in the Sun- Westlife)




Selasa, Ogos 19, 2008

Min's Farewell Dinner turn to pose night!

Warr… kuar rumah lepas ambil kakak Riana di Damansara Utama. Jalan jammed. Waduh!! Hantar kakak dan terus U-turn keluar kuarters. Sampai di 1 Utama, pukul 7.50pm. Terfikir-fikir entah sempat atau tidak mencari present. Haha… Min called 8.10pm and he's at Jusco. Riana waktu tu masih tercari-cari hadiah kat sebuah kedai. Haha… terpaksalah bohong that guy yg Riana ada kat area MPH konon! Oppss… jangan mare ye Min. Then, kita orang janji untuk jumpa di Starbuck in 10 minutes time.
Rushing keluar dari kedai tersebut dgn membeli wrapping paper bag and a card. 



(From left in picture; Min (the photographer- Doctor Wannabe), Ira (nice lady and also x-MPH),
 Me and Bakh a.k.a Bakhtiar Affendi (x-MPH, also a TV presenter. 
Former in RTM and now he's part of ASTRO AWANI journalist)

Akhirnya dapat juga hadiah yang dicari. A nice touch lamp. But ada sedikit problem bila paper bag yg dibeli tak muat nak letak benda alah tu.  Last sekali hadiah tersebut di masukkan tanpa kotak. Oh I'm rushing… but still jalan lenggang kangkong… haha. 
Meet Ira and Min di Starbucks. A few minute later, we find one place to isi perut. What restaurant is it? I forgot the name. The restaurant that make Ira break the rules… haha. Pancake untuk isi perut. Sementara menunggu menu2 siap di hidang, Me and Ira dipaksa pose oleh pro photographer. Yg tak tahan tu… pose tak tentu arah created by Min. Hai la…
9.30pm; Bakh join us at that restaurant. Maka lagi havoc la malam tersebut. 
Well, dia orang semua ni pernah berkhidmat di MPH and Riana kenal dia orang di MPH. Min, one of them… will further his study at Manchester, UK. (5 years in future… I'll call U Dr. Min). Nak tahu ke… macam mana kita orang boleh close? Ok, will cerita in next N3. Min is tuan punya link ~Min's Private Room~

-----------------------------
Oh… sangat teruja dengan novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid, Hijab Sang Pencinta- sambungan trilogi Bagaikan Puteri. Tak sabar nak mengetahui sambungan kisah Laksamana Sunan. 

Oh ya, dah confirm berita. Novel terbaru Riana juga dah pun berada di pasaran. Judulnya, Jauh di sudut hati dan publishernya; Creative Enterprise. Kalau tanya Riana bagaimana cover atau jalan ceritanya… Riana tak tahu sebab belum terima compliment. Tapi beberapa teman dah pun memilikinya. Nanti bila Riana dah dapat buku tu, atau dah dapat culik kat mana2 cover buku tu, Riana akan post kat sini ok!