Selasa, Mac 31, 2009

Kisah hidup yang takde penghujung…

Macam-macam yang berlaku dalam hidup kita selagi kita hidup kat dunia ni. Ada peristiwa suka, ada peristiwa duka… Kadang-kadang semua tu kita tak dapat nak jangka. Macam-macam jenis orang di keliling. Ada yang baik sangat dengan kita. Ada yang baik dengan kita tapi hanya untuk mempergunakan kita tanpa kita sedar. Ada yang baik dengan kita, tapi rupa-rupanya ada tujuan disebaliknya. Ada yang baik dengan kita dengan tujuan nak mencari kelemahan kita. Huhu… Macam-macam orang, macam-macam perangai ada. 
Kadang-kadang Riana pelik dengan orang yang sanggup menunjuk-nunjuk di depan orang lain bahawa dialah yang paling best. Pelik kan! Padahal mana ada manusia yang sempurna. Menunjuk-nunjuk dan kemudian, merendah-rendahkan pula orang lain… Bukankah ianya suatu perbuatan yang jelik! Riana tak pastilah sama ada memang perangai orang kita macam ni… 

 Riana pasti, orang macam ni kita boleh jumpa di mana-mana saja. Bersepah kat merata-rata tempat. Cuma dia orang ni memang pandai sangat berlakon. Hidup bertopengkan wajah yang baik-baik belaka. 
Yang pastinya hidup bukanlah seindah yang kita sangka. Tapi… paling best kalau anda ada teman-teman yang cukup memahami diri anda, sering memberi peransang pada diri anda, saling menyokong anda walau anda berada di dalam susah dan senang. Anda akan berasa bersemangat untuk memulakan hari anda setiap hari tanpa rasa takut menghadapi segala kemungkinan. Bertuahnya anda memiliki sahabat seperti itu. 
Riana bertuah memiliki teman-teman yang Riana sudah anggap seperti keluarga sendiri yang sentiasa berada di belakang Riana saat Riana memerlukan. Walau apa jua politik kat tempat kerja yang berlaku, Riana tak susah hati sebab adanya orang-orang di belakang Riana. To my beloved friends (you know who you are…), thanks for being my friends. Hope our friendship last ever after… May Allah bless us.

Tiada ulasan: