Semalam sempena berakhirnya Syawal, rakan-rakan di MPH bertamu di salah sebuah rumah member, Noraini utk menjamu selera di majlis rumah terbukanya. Huii… meriah sungguh. Dari petang, sampai ke lewat malam org dtg berkunjung sambil menjamu selera. Thanks for guys yang sudi datang memeriahkan rumah terbuka tersebut. Tuan Rumahnya cukup sporting.
Menu-menunya cukup byk dan dtgnya dari tangan2 kengkawan MPH sendiri. Antaranya. Mee Kari, Rendang Ayam, Bubur durian, Laksa, Roti Jala, Kuah kari, puding jagung, Kuih Cara berlauk dan kek coklat. Well, nak buat kuah laksa jer… kita org berjaga sampai pukul 4 pagi. Pastu esoknya tangkap lentok. Mata tak leh nak celik tengok dunia. Tapi walau camner pun, kita orang kena prepare jgk menu2 yg belum siap waktu tu. Juga utk dekorasi. Bab2 deko, kita org serah beban pada Faizul yg memang pandai bab tu.
Majlis mula pukul 6 ptg. Kita orang mula petang sebab nak memastikan sesapa yg kerja pagi bolehla datang dulu utk makan2. Pastu batch kedua pukul 10 mlm. Meriah dengan suara kita orang yg cukup kecoh. Dari ruang tamu, sampai ke ruang dapur. Paling kecoh, pastinya Faizul.
Antara gambar2 yg sempat di snap sepanjang majlis. Boleh ke My Facebook utk rakaman penuh.
Riana tengah sibuk sangat sekarang dengan kerja. Lepas ni dah nak kena sibuk dengan bermacam-macam jenis promo. Sebab tu jarang sangat update kat blog ni. Kalau ada acara2 besar tu barulah rasa nak letak kat blog. Jiwa tengah kacau sekarang ni! Hehehe…
P/s: Congrats Sam. You punya artikel keluar kat majalah Eh! Well, I'm waiting for the next step. Keep up the good work! To Kak Suraya, tahniah juga atas kelahiran Panggil Aku Dahlia. Novel yg ditunggu-tunggu!
Khamis, Oktober 30, 2008
Ahad, Oktober 12, 2008
OpEN HoUSe kat Rumah Arbaein a.k.a Faizul…
Semalam bertempat di kampung Paya Jaras, kitaorang beramai-ramai menyerbu sebuah rumah di situ. Hehe… makanan yang dihidangkan pada kitaorang bukan main sedap lagi. Menu; Mihun Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Kuih Cara Berlauk, Kuih Karipap dan macam-macam lagi. Menulis nama-nama kuih ni pun dah membuatkan Ryana jadi lapar semula.
**Tuan rumah cakap tema tahun ni hijau… sebab tu keknya warna hijau. Kek atau baju hijau takper… Jangan perut hijau ok!

<<<>
Bertolak ke Paya Jaras pukul 8 malam. Sampai lebih kurang 45 minit kemudian. Itupun nasib baik ada pemandu arah jalan. Kalau tidak, memang confirm sesat. Hehe… Sesampainya kami, di sambut dengan meriahnya mulut si teman yg memang tak reti dok diam (Hehe… jangan mare!). Masuk ke dalam rumah, terkejut giler sebab ada kek lima tingkat kat muka pintu… Tak sangka, kata-kata yang dianggap gurauan tu… rupanya memang kenyataan.
Sorang demi sorang datang bertandang, akhirnya kami beransur-ansur keluar gi makan dulu. Jangan tak tahu, depan rumah siap buat kemah lagi. Hish… boleh kata macam buat kenduri kahwin. Yang tak ada cuma… pelamin, bunga telur dan… pengantinnya!! Haha…
** Hah… inilah rupanya Birthday Boy (gambar) yg serba hijau malam tu… Hehe…>>>>>
Member-member yang lain datang lepas kerja. Siap dengan baju MPH lagi. Sementara menanti dia orang makan, kami para dara pingitan yang agak nakal ini… masuk senyap-senyap ke dalam bilik Tuan Empunya kek (Oppss!!!) Menyeludup… Kita orang berposing dalam bilik Si baju hijau tu… (Jangan marah ye baby Arbaein, kita orang candid gambar bilik!!)
Inilah rasanya (first time rasanya, beraya sakan macam ni) Kita orang melepak sampai pukul 1 pagi. Sampai detik satu pagi. Masing-masing dah tak larat angkat mata. Penat beb. Driver lagi penat sebab nak kena hantar penumpang
Sampai kat rumah… dah pukul 2 pagi. Misteri jer bunyinya… Memang misteri pun! Penuh dengan mistik… Sampai kat depan kuarters, Pak Guard dah tido kot kat dalam pondok jaga tu. Nampaknya, radio ajalah yang jadi Jaga malam tu.
Hee… bayangkan… Riana berhentikan kereta kat dalam gelap, dan terpaksa kuar dari kereta dan bukak gate, pastu masuk kereta balik, injak ke depan dan berenti lagi, keluar kereta, tutup balik gate dan masuk balik kereta… Hehehe… tetiba rasa meremang bulu roma. Stop sampai sini dululah… Kita sambung kisah mistik tu pagi esok ya!
Bagi yang nak melihat gambar-gambar rakaman penuh majlis Open House ni, bolehlah ke link di bawah. My Facebook.
P/s: Actually, to Faizul, Birthday Boy yang meraikan. Akak terharu sangat sebab dalam sibuk-sibuk tu sempat juga menghabiskan novel Jauh Di Sudut Hati. Jauh di sudut hati akak, akak terharu dik! =P (Ayat poyo jer…) ~ Dari kakak baju merah…
Rabu, Oktober 08, 2008
Sambutan Raya dan ceritanya…
Today, 8th October dan sudah 8 hari juga Umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ni, pertama kali Riana memandu pulang ke Kedah. (Actually, waktu nak balik, my big brother drive from KL till Taiping and me sambung sampai Juru, and he continue till sampai umah). New experience memandu di highway. Sebab sebelum-sebelum ni, Riana balik kampung pun naik bas je.
Riana bertolak ke kampung hari tu pada 30hb September, pukul 3pagi. Sampai di Gurun, pukul 7.30pagi. Sampai je, terus tidur untuk satu ke dua jam sebab sepanjang perjalanan mata tak lelap langsung. (Jealous giler ngan my brother yg sempat tidur masa dia dera Riana drive dari Taiping. Cool! =p)
Bangun lebih kurang pukul 10. Letih giler tu. Kakak-kakak dah bising, tung tang tung tang di dapur. Mak dah siap tanak beras pulut untuk buat ketupat. So, segantang beras pulut, kita orang (me with my sis's) lah yang membalut ketupatnya. Hehe… ketupat di sebelah Kedah-Perlis ni adalah ketuput pulut daun palas. Bentuknya tiga segi. Tapi agak berbeza sedikit bentuknya dengan ketupat di sebelah Kelantan-Terengganu. Ada yg suka tambah kekacang di dalam ketupat pulut ni. Mak pun kadang-kadang suka letak kekacang. Tapi, Riana lagi suka yang original tanpa kacang. (Hehe… kalau ada kacang, Riana akan asingkan kacang dan makan pulutnya sahaja). Daun palas, tak yah beli… dah siap sedia. (Abah Riana dah siap ambil dua tiga hari sebelum raya di tanah lama-tapak rumah yg lama). Kelapa pun tak yah beli juga. Ada pokok kelapa sendiri. Cuma beli beras pulut dan gas je kot.
Kalau segantang beras pulut tu, biasanya habis di'ketupat'kan lebih kurang satu jam. Biasalah kakak-kakak Riana pakar dalam bab2 membalut ketupat ni. Riana? Bolehlah… asal boleh makan, kira oraitla tu. But I'm one of tenaga yg digunakan untuk membalut ketupat setiap tahun. Hehe…
Kakak Riana yg lagi sorang, sibuk menyediakan bahan-bahan untuk rendang. Tahun ni ada tiga jenis rendang disediakan. Satu, Rendang Daging. Dua, rendang ayam. Tiga, Rendang Ayam kampung yang dimasak ala-ala rendang orang nogori. (Masak lemak cili padi. Paling best!) Ayam kampung, adalah ayam yg family Riana bela.
Sejak duduk di rumah baru ni, sambut raya memang meriah dengan budak-budak. Selang seminit ja… rumah penuh dengan rombongan beraya. Bestnya dia orang kan! Yg paling best tu, tuan rumah siap tanya lagi, nak makan ka nak duit raya? Masing-masing mestilah jawab nak duit raya. Bertuah betul! Dulu zaman kanak-kanak Riana, pernah sekali jer pergi beraya. Itupun pergi rumah member, sebab Riana ni bukannya rajin nak kutip duit raya pun. Biasanya dok umah tak jalan pun dapat duit raya sebab ramai yang datang umah. Hehe… Pergi rumah member pun siap kena kutuk dengan mak member tu. Katanya, makan tak mau. Nak duit raya jer… Isk… isk sedihnya. Padahal bukannya hadap sangat pun duit raya. Eleh… 20 sen jer pun. Sian la kat anak-anak buah Riana yang ikut serta. Sejak dari tu dah serik nak pergi beraya. Berkurung kat rumah lagi bagus.
Diam tak diam anak buah Riana dah masuk 26 orang. Cucu saudara pula dah masuk 3 orang dan mungkin meningkat lagi tahun depan sebab ada anak saudara Riana yg bakal mendirikan rumah tangga November ini.
Masih dalam suasana sambutan Hari Raya. Riana sendiri sedang berkira-kira mahu memenuhi undangan rumah terbuka. Selamat Menjamu Selera, namun makan… biarlah berpada-pada ya. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
-----------------------------------------------
Dalam kemeriahan hari raya ini, Riana dikejutkan dengan berita dari Malaysia Timur tentang kepergian abadi seorang teman maya yang dah lama Riana kenali di kalangan teman-teman bloggers. Pada 5 Oktober yg lalu, Allahyarham NurKhairiah bt. Singka atau lebih dikenali sebagai Nursingka telah kembali kepada Maha Pencipta dalam satu kemalangan di Sabah. Mengenali Arwah ketika tahun 2005. Ketika itu Riana baru memulakan e-novel di blog Riana http://loveseasons.blogdrive.com yang berjudul Di Hatiku Cinta Bermula (Versi cetak~ Tautan Kasih). Arwah banyak memberikan komen-komennya. Namun, kami lost contact terlalu lama kerana keadaan Riana yg sukar untuk online ketika itu. Baru-baru ini, sebelum Raya, Riana bertekad nak menjejak kembali Nursingka di blog. Namun, atas tuntutan tugas dan masa, rancangan hanya tinggal rancangan. Tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kepergiannya yang mengejut. Al-Fatihah untuk Arwah dan Riana doakan semoga keluarganya tabah menghadapi ujianNYA. Walau tak pernah bersua wajah dengan arwah, tapi hubungan tersebut terasa dekat dihati, walau hanya sekejap cuma.
Langgan:
Catatan (Atom)