Ahad, Julai 27, 2008

Jodoh…


Wahh… title… tak boleh tahan! Sekali lagi pasal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya… hehe (Walaupun diri sendiri entah bila akan bertemu jodohnya… ) Takdelah, bukan serius pun tajuk kat atas tu. Riana ada pi belek2 kengkawan punya friendster. Hehe, masuk profile orang itu dan orang ini. Waktu tu lah nak teringat zaman-zaman sekolah dulu. Rupanya ada gak member2 yg bertemu jodoh dengan rakan setingkatan dulu. Tahniah dan moga berbahagia hingga akhir hayat. Ada sorang tu, bertemu jodoh dgn anak ustaz yg pernah mengajar kita org kat sekolah dulu. Anak ustaz tersebut pun sebaya gak dgn kitaorang. Memang tak sangka betul! Berbapa mertuakan Ustaz yg dulu pernah ngajar Agama. Hehe… Apa-apapun semoga kalian bahagia hingga akhir hayat. Tengok baby dia org comelnya! (Bila agaknya giliran tuan empunya blog ni?) 
Hemm… Ogos bakal menjelang tak lama lagi. Dua tahun lepas, Ogos merupakan bulan dimana Novel pertama Ryana-- Hadirnya Cinta… berada di pasaran. Tahun lepas dlm bulan Jun, July dan Ogos juga Tautan Kasih berada di pasaran. Tahun ini? Insya Allah!

Jumaat, Julai 25, 2008

Wedding's invitation…


Salam Jumaat! Kepala tengah pusing ni… Mau mencari hadiah untuk my friend's wedding. Hmm… tapi tak tau nak beri apa la. Konfius gak nak mencarik hadiah ni. Hehe… nak beli apa ek? Paling senang, hadiah 2 glass or mug yg unik… or frame (oh no no no! I dun like that!) Entahlah… kepalaku pusing dan pening… Takkan nak pergi umah member tanpa bawak apa2 kan! Tak bestlah plak kalau tangan kosong je. Dah la member baik yg pernah berkongsi bantal kat asrama, yg pernah berkongsi cerita itu dan ini, teman gi outing kat pekan… hehe Walau pernah gak berperang dingin. Friends is still friend. Alahai apa nak beli ek…

Gincu merah jambu
Anting-anting baru
Celak berhias dandan oh moleknya harum
Tumit tiga inci
Lenggok mengatur langkah bak kucing
Meniti hari
Tidak banyak beza
Kalangan wanita 
Namun kuberdiri dengan kaki ini
Namun hatiku berbisik berbicara
Diselubungi sepi
Mengapa…
Ku miliki permata sedang hati ku masih lagi tak berpunya
Kata hati
Ku dambarkan hanyalah oh cinta… cinta
Kesempitan waktu dengan janji temu
Tak berkesempatan membelai jiwaku
Tidak banyak beza kalangan wanita
Namun ku berdiri dengan kaki ini
Namun hatiku berbisik berbicara 
Diselubungu sepi
Mengapa…
Melihatmu ku teruja
Kurelakan, dambarkan, gagahkan, perlukan, inginkan
Oh Cinta… Oh yeah…
Saja letak-letak lagu dambaran hati dari Jac ini. Best lagu ni… Hehe, tetiba rasa berbunga-bunga pula. mungkin ambik feel nak mulakan manuskrip baru kot… Yes, new manuscript begin! Bukan satu, tapi dua. Dunno la yg mana satu boleh habih dulu… Tapi, doa-doalah moga ianya berjaya ditamatkan kelak. Belum ada proper tajuk… Sekarang ni malas lagi nak letak kat blog. Nanti-nantilah ek!

Khamis, Julai 24, 2008

Buuusaaaaaaaaaaannnnnnnnnn…!!!


Sangat bosan dan menyampah walaupun ada beberapa perkara yg mengembirakan berlaku… Apa punya statement tu? Hehe…meh org listkan kat sini;
Perkara yg mengembirakan:
1. Naik pangkat--- sebagai apa ya? (Biarlah rahsia…)
2. Dapat bonus 2 bulan gaji… Syukur Alhamdulillah.

Perkara yg tak best;
1. Adjustment gaji naik ciput sgt. Camner nak byr duit keta nih?
2. Keputusan utk interview KPLI- Maaf nama anda tidak tersenarai… Dah agak dah! Kena tunggu rayuan la plak.
3. Interview dgn FA** Memang hampes! Ada ke patut dia kata over qualified… Abis dah tau overqualified kenapa dia org shortlisted? X faham betul aku. Dah le dlm surat cakap pukul 2.00 interview mula. Alih2 pukul 4 baru start Hesh… membuang masa, tenaga dan wang ringgit betul! Sakit hati la!
So, oleh kerana rasa hampes yg masih terbawa-bawa tu… balik jer dari interview di Selayang tu, terus ke GSC, tengok citer I'm not Single! (But I'm Single! ahaks =p) Alah citer dia biasa2 jer sebenarnya. Bolehlah kalau nak hilangkan stress… Lepas tgk wayang, pi ajak member makan di Burger King. 

my further Planning this week… and maybe next month also.

27th- Pi shopping… mentang2 bonus dah masuk.

30th- Pergi tgk wayang lagi dgn member2. Citer apa? The X-Files… (Haha… terbayang2 wajah Ejen Mulder yg pernah menjadi pujaan hati waktu sekolah dulu)
4th August-Dengan member2 seramai 6 org nak melancong sambil bershopping di Nilai… Haha… and ade yg nak survey barang kawin kot… (opps… but not me!)
9th- Kalau tak der aral melintang patah… akan berada di Taman Permata menghadiri kenduri seorang sahabat di zaman persekolahan dahulu yg akan melangsungkan perkahwinan. Tahniah, bertemu jodoh sudah!
11th-Ini pun hangout dgn member2 MPH di Sunway Lagoon. Jom ah sapa nak ikut! Hehe… nak belajar main ice skating… kahkahkah… Teringat dlm manuskrip yg telah dihantar pada penerbit. Kisah di mana Wafiy dan Arsyad meluncur ais… wah wah wah!

Hasrat hati nak balik kampung akhir Ogos hinggalah awal September. Nak lepas rindu kat mak, abah, kushing2 dan yg paling penting… nak sambut Ramadhan.

Rabu, Julai 16, 2008

Gambar2 kenangan di Genting

       

Antara rakaman-rakaman dari lensa kamera… di puncak genting. Hehe, sebenarnya nak diletak pada entry sebelum ni, tapi atas masalah-masalah teknikal, tak dapatlah nak menepek kat situ... Alaa… 9 kpg gmbr je. Will update/upload it later…

Sabtu, Julai 05, 2008

Genting Hingland July 3rd

Haha… giliran lepas tensen di puncak genting… Aduh, sebelum nak pergi memang teruja betoi. Rasa x sabar dan masing2 membilang hari jer. Aduhai…
3hb Julai, tepat pukul 10.10 minit pagi, kita orang (9 orang  semuanya. Hehe, dgn penghormatannya kenalah sebut nama sorang2 kat sini kan! Aini, Qira, Kak Sue, Pejoy, Pam, Raymie, Intan, Ermah n aku) Mula2 tu, nyaris2 sorang member nak kena tingal sbb lambat… Sape org tu, biarlah rahsia… hehe. Cuaca kat bawah ni agak mendung. Memang tak nampak mataharilah… Sangka kami, kat atas cuaca mungkin baik. Sampai kat Karak, tiba-tiba hujan turun. Emm… spoilt the mood actually!
Sampai kat Genting Skyway tu pukul 11 lebih. Hujan gerimis jer. Dah naik gondola keta kabel tu, hujan dah berenti. Kecoh jugalah buat sesapa yg first time naik keta kabel ke genting ni. Rasa gayat semacam jer kan! Sampai di puncak genting, lebih kurang 11.30 kot. Bergambar dulu di sisi gubahan pokok bunga, mural yg cantik tepi stage n paling wajib kat bas double decker. Permainan pertama yg kita orang masuk… outdoor game yg paling sengal… Rumah pirate yg ada pompuan menjerit2 kat dalamnya. Tahun lepas masuk mcm ada something yg menjengah, tp tahun ni masuk, mcm x der pape jer… Sengalnya!
Pastu masing2 nak try mengayuh bot kat tgh tasik yg hijau tu. Haha… cuaca yg mula2 best, tetiba jer bertukar. Berkabus serata pelosok alam dan tetiba hujan plak dah. Spoilt the mood again!
Kita org pi makan dulu kat dalam. Pas makan kitaorg main indoor games yg teramatlah sengal lagi. Permainan budak2 Huhu… naik kapal berhias yg pusing2 tu, eye on genting, Ya Allah memang masing2 dah bertukar karektor jd cam budak2. Masing2 tetap x pueh hati sbb x dpt main kat luar. Masing2 melangkah dengan satu harapan. Semoga x berkabus lagi kat luar tu. Mula2 nak naik classic car. Last sekali x jadi sbb ramai orang beratur. Haha… jadi kami beralih ke kawasan bas double decker. Sejuk amats… dan berkabus tebal. Fuh terase macam kat oversea plak dgn sweater tebal… Cuma… x de salji jer! =) Bergambar kat bas double decker tu utk ke sekian kalinya, makan2 kat dalam tu sambil bergambar ala2 ratu. Haha… Patu kita org beredar ke tempat buaian yg memang wajib kalau datang genting kena naik benda alah tu. Wah, kitaorg bernasib baik sebab benda tu bukak. Bestnya… naik sekali round! Sangat2 best! Rasa melayang diudara. Dah puas terbang, kita orang masuk plak green house. Dok berehat agak lama kat dlm tu. Lepas je kuar dari situ, kita org jenjalan kat sekitar tu dalam sejuk kabus yg mencengkam. Pastu amik gambar yg macam2 sebab dah boring tahap gaban nak menghabihkan masa kat luar tu. Last sekali sblm masuk dlm, kita org naik classic car. Dpt pusing area tu pun dah kira lepas tensen yg ada. Pastu kitaorang masuk dalam and round that corner. Huish… ada gak yg hilang akal beli baju kat atas genting ni! Mahal giler! Nak menghabiskan masa yg ada, kita org naik gondola ala2 kat venice. Dah settle tu, kita org berangkat nak balik dah. Busan!!! Tapi yg paling best sebab kita org dpt berkumpul reramai. Bukan senang blh berkumpul dan bergurau senda cam gini. Dalam bas balik, masing2 tidur kepenatan. Walaupun busan, tetapi ia tetap merupakan kenangan yg terindah! One sweet day!
Sampai di One Utama, jam pukul 8.30 mlm waktu tu. Ada yg kelaparan. Yg shift pagi keesokan harinya dah minta diri balik dulu. Aini, Qira, Pejoy and me beredar ke Cafe MPH. Pekena teh tarik sikit dan sambung ceritalah… hehe bergossip seketika di cafe MPH. Itulah serba sedikit citer holiday ke Genting selama sehari.