MAHA 2012...jeng, jeng, jengggg.... Ok buat kali kedua semalam pergi lagi ke sana. Kali ni baru best pergi sebab gaji dah masuk, bolehla membeli apa yg patut. Tapi semalam pergi pun selepas solat jumaat dah. Tapi nasib baik tak ramai sangat. Kali ni cari parking yang paling dekat dengan Hall... senang nak angkut barang. Hehe... Dekat2 pun... kena juga menapak lecak. Huhu...
Destinasi pertama, kami ke Ladang Ternak.. Best sangat sebab kali ni tak ada budak-budak mengikut. Semuanya budak-budak besar. Hehe... Kali ni baru perasan ada tambahan dari minggu lepas punya. Ada pertandingan kucing cantik... Comel sungguh kucing-kucing tu tapi kesian nak ambil gambar sebab takut diaorang mati (kononnya la). Ada beberapa spesis yang tak pernah tengok sebelum ni.. Kalaula rumah teres, dah lama ku beli satu.. Buat Meowland.. Hehe.
Ayam selasih ni 1st time dapat tengok.
Yang ni x pasti spesis apa..
Ayam Gajah
Lepas tu ada tambahan untuk spesis ayam plak.. Ada jugak spesis ayam yang tak pernah jumpa sebelum ni. Lepas tu round sana sini... balik ke Agro Bazaar. Kali ni cari macam-macam makanan untuk dibeli. Coklat, Asam jeruk.. Best! Ingat nak cari ikan pekasam dan budu sekali, tapi tak jumpa. Lepas tu masuk Hall pameran di tingkat atas. Kat sini sama macam minggu lepas jugak. Lepas tu baru turun ke tempat orang berjualan di bawah. Ada lelongan Sejuta Jagung, pastu ada macam-macam buah di jual. Mula-mula cari pokok bunga melur dan harum sundal malam dulu. Puas mencari, akhirnya jumpa juga. RM10 untuk setiap satu. Berbaloi! Lepas tu pergi makan sekejap, then baru cari jagung. Jagung dijual 15 tongkol RM10. Berbaloi-baloi sangat. Tapi bila nak ke kereta barula sedar beratnya... Huhu...
Ok, MAHA 2012 akan berakhir esok. Masih ada masa sehari lagi untuk berkunjung ke sana ni. Tapi apa-apa pun, tahun depan sure set the date untuk MAHA 2013 pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan