Sabtu, Oktober 24, 2015

Bridge of Spies

Hari ni dating dengan Housemate. Kami decide nak tengok wayang lakonan pelakon kegemarannya, Tom Hanks. (I pun dah terjebak suka.)
Tajuknya... Bridge of Spies arahan Steven Spielberg. Movie ini berkisah dari kisah benar era Perang Dingin antara US-Soviet, antara 2 blok politik. Mengisahkan pertukaran 2 warga Amerika yg tertangkap di USSr dengan seorang pengintip KGB.
Pada tahun 1957, di Brooklyn, US seorang pengintip KGB Soviet, Rudolph Abel telah ditahan di bilik tumpangannya kerana didapati melakukan kerja-kerja pengintipan.
James B. Donovan pula merupakan peguam insurans yang telah diminta oleh rakan kongsinya untuk mengambil kes Abel sebagai peguam pembela. Dia telah bertemu Abel dan Abel sendiri bersetuju Donovan menjadi peguamnya tetapi awal-awal lagi Abel dengan tegas tidak akan sesekali memberi maklumat kepada kerajaan US.

Donovan bekerja dengan sebaik mungkin. Tiada siapa menyangka Donovan benar-benar ingin membela Abel dengan cuba mencari bukti agar Abel dibebaskan. Usaha ini mendapat reaksi kemarahan dari masyarakat Amerika, sehingga keluarganya diancam.
Abel akhirnya didapati bersalah atas kesemua tuduhan namun Donovan berjaya meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun berbanding hukuman asal iaitu hukuman mati dan mungkin juga Abel berguna untuk Amerika untuk sesuatu yg boleh ditawarkan kepada USSR jika ada tahanan Amerika yg ditawan di Soviet.
Dalam masa yg sama, Francis Gary Power, juruterbang pesawat pengintip U-2, US telah ditangkap setelah pesawatnya ditembak jatuh oleh pihak USSR di kawasan Soviet. Dia telah disabitkan kesalahan dan disoal-siasat.
Manakala Frederic Pryor, seorang graduan jurusan ekonomi warga Amerika telah melawat teman wanitanya di Berlin Timur, betul-betul bersebelahan dengan tembok Berlin yang sedang dibina. Dia cuba membawa teman wanitanya ke Berlin Barat, tetapi tidak berjaya. Dia ditahan dan dituduh sebagai pengintip.
USSR telah menghantar mesej 'back channel' kepada Donovan, melalui sepucuk surat dari 'keluarga' Abel, yang telah mencadangkan penukaran tahanan; Abel untuk Powers. CIA bersetuju dan menghantar Donovan sebagai wakil awam untuk berunding dengan pihak USSR di Berlin. Apabila mendengar tentang kisah Pryor, Donovan menegaskan bahawa dia ingin Powers & Pryor sebagai penukaran kepada Abel.


Begitulah kisah Bridge of Spies. Lakonan Tom Hanks ni memang banyak buat kita berfikir. Bukan untuk tontonan nak habiskan waktu senggang. Berbaloi bagi sesiapa yang sukakan cerita sedikit berat macam ni.

Bila tengok cerita ni, kepala berfikir... orang dulu-dulu walaupun berperang, masih ada tolak ansur di situ. Kalau nak bandingkan sekarang... nyawa rasanya terlalu murah. Dulu pun memang ada yang kejam... Kalau tengok dalam filem ni, hati rasa disayat ja bila tengok orang awam kena tembak ketika ingin memanjat tembok nak ke Berlin Barat. Tapi dalam waktu yang sama masih ada tolak ansur di situ... di mana Donovan masih selamat masuk berunding ke Berlin Timur walaupun dia hanya pergi bersendirian dan dalam perjalanan diperas oleh samseng dan kotnya sebagai galang-ganti.

OK. Ni review filem sebab dah lama sangat tak tonton filem. Thums up untuk lakonan Tom Hanks dan pengintip yang bernama Abel. Sebelum ni ada filem yg ditonton tapi rasa tak berbaloi nak buat review.. Hahaha.. Till then.