Memaparkan catatan dengan label ILHAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILHAM. Papar semua catatan

Ahad, Januari 13, 2013

Entri tahun baru yang terlambat...



Salam...

Dah lebih 13 hari baru rasa nak update blog. Huhu... Maaflah. Tuan rumah bercuti ke kampung halaman. Jadi oleh kerana limited access to broadband, tak dapatlah nak letak entri baru.
Bila belek-belen entri tahun lepas, tuan rumah cuma update 27 entri sahaja. Tapi tahun sebelum tu (2011) lagi teruk... 9 entri saja. Sangatla pemalas.Tahun ni azam baru di alam penulisan blog, tuan rumah tetap nak tambahkan entri blog lebih banyak dari tahun lepas. Amin. Disamping tu, tuan rumah nak mengusahakan juga manuskrip baru agar pembaca tak le letih menunggu. Minta ampun minta maaf dah masuk tahun ke tiga belum ada novel baru. Insya Allah, tuan rumah akan berusaha sekeras-kerasnya. :) Untuk review manuskrip baru tuan rumah, boleh klik di SINI.Setakat entri ini ditulis masih di bab 15. Tuan rumah akan letak separuh jer tau jalan cerita di ILHAM. Sampai agak-agak dah suspend, tuan rumah akan biarkan cerita tu di situ dan tuan rumah akan siap sedia untuk tamatkan dan hantar kepada penerbit. Setakat ni belum ada orang komen apa-apa. Nak tahu juga penilaian pembaca macam mana. :)

Oh ya, pada sesiapa ada link 'blog skin' yang best dan menawan, boleh suggest pada tuan rumah. Tuan rumah dalam usaha nak tukar langsir. Agar nampak fresh dan ceria. Hihi..

Lain-lain azam baru, tak ada apa yang tuan rumah nak updated sangat. Cuma tahun ni berazam jadi lebih baik dan cuba nak membuang sifat2 buruk yang ada dalam diri agar jadi lebih baik. Amin. Kahwin? Insya Allah. Si Dia dah ada...cuma perancangan rapi perlu di buat. Yang lain, serahkan pada ALLAH menentukan perancanganNYA.
Sekian.

Jumaat, November 30, 2012

Ceritera di ILHAM.

Sebelum ni saya pernah berkisah perihal ILHAM di blog ni. (ILHAM)Kali ni nak berkisah pula perihal novel. Dah lama rasanya tak keluar novel baru. Ramai yang bertanya. Tapi apa boleh buat, masa sangat-sangat mencemburui. Ni dah pun nak masuk bulan Disember. Tahun depan dah 2013. Masih belum nampak bayang-bayangnya. Oh, editor dah mencari-cari.
Mula waktu awal tahun hari tu ingat nak mulakan kembali e-novel di blog. Tapi, entah mengapa... penyakit apa la yang menyampuk. Entri tak bergerak ke mana-mana. Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru. Hmmm... satu lagi yg sangat menganggu ialah berkenaan dengan kerja. Sekarang dah jadi outlet head, tak boleh nak main-main lagi macam masa staf dulu. Haih…
Tapi bila timbulnya platform Ilham dari Grup Buku, terus hati rasa berkobar-kobar nak cabar diri. Mungkin ini caranya dapat mempercepatkan lagi proses menyiapkan manuskrip. Siapa tahu kan!
Cover sementara di ILHAM... nanti buat lagi better kot..

Jadi, saya dah upload cerita "Di Bawah Pohon Rindu" ni di ILHAM. Sekarang ni masukkan sehingga Bab 2. Berliku sungguh nak menghabiskan cerita yg satu ini. Nama heroin je tak tukar. Nama hero nya dah berkali-kali tukar. Dasyat betul! Akhirnya stick pd yg publish dalam ILHAM. Perjalanan cerita tu masih panjang... Apa yang rasa tak patut ada, boleh je bagitau ye.. Selamat membaca!

Selasa, November 06, 2012

Mari ke ILHAM.


Berita baik untuk para penulis atau penulis-penulis baru atau mereka yang berminat menulis atau mereka yang baru berjinak-jinak untuk menulis... Kini ada ruangan baru untuk anda, anda dan anda yang ingin karya anda dibaca dan dinilai oleh editor Grup Buku. Ini medium yang tak harus anda pinggirkan OK! Mana tahu kelak anda bakal sebaris dengan novelis terkenal yang lain… Jadi jom hantar/pos karya anda di sini >>>ILHAM . Laman ini mungkin dapat membantu anda untuk menjadi seorang penulis. Ada tip penulisan disediakan di laman ini. Tapi yang paling penting jangan lupa daftar! Anda bebas berkarya di sini. Manuskrip anda juga berpeluang untuk dinilai dan dijadikan novel!
Jadi apa tunggu lagi!



p/s: OK, sambung menulis…… :D