Memaparkan catatan dengan label kenangan mengusik jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan mengusik jiwa. Papar semua catatan

Isnin, Mac 03, 2014

Pensel Kaler LUNA

Tadi jalan-jalan kat Stationery site ternampak Kaler LUNA. Tiba-tiba teringat kenangan zaman sekolah dulu. Umur 7 tahun dah merengek nak kaler pensel sebab kena buat kerja mewarna. Sebelum ada kaler pensel, terpaksa la tebalkan muka pinjam dengan kawan-kawan yang ada. Share. Kalau tak salah dulu, yang paling femes sekali kaler pensel LUNA la sebab bila warna je cantik dan terang.
 



Waktu darjah 2 atau 3 kalau tak sala, kakak pernah belikan Kaler LUNA 24 batang ni. Memang sayang sangat la kan. Paling sayang sekali warna pink. Naluri budak perempuan la katakan. Memang bila kawan-kawan pinjam, akan check balik semua kaler ada tak dalam kotaknya. Yang paling tak best... memang kaler favourite tu pernah kena culik dengan rakan-rakan sebaya waktu tu. Sedihnya bukan kepalang. Ye lah... orang miskin mana boleh hari ni hilang esok beli baru. Maka, pakai je la apa adanya.

Kenangan betul kan! Dan paling best dapat kaler colouring pages yang macam ni..

memang mengancam! Hehe...

p/s: Tengok kaler LUNA teringat kenangan kecik-kecik dulu.

Sabtu, April 13, 2013

Ramalanku benar belaka :)

Ohhh…sangat terkesan dengan persembahan malam ABPBH ari tu. Bila tengok Amir UK, Ayai, Zarul dengan Bagio nyanyi…terasa sesuatu lak. Haha…kenangan zaman asrama dulu menjelma…hehe. Ye la waktu diaorg ni glamer zaman tu baru form 1, form 2 mcm tu. Si Zarul ni dulu sampai berjaya mengumpulkan beribu-ribu kekasih rahsia la waktu tu. Dan memang tak leh lupa ramai sungguh yang lekat pin up poster kat dalam loker dan kat katil double-decker (biasanya sapa yg tido bawah lah buat camni). Itu belum lagi dengar karaoke berkumpulan kat dalam bilik mandi dan bilik basuhan. Masing-masing sungguh gila waktu tu. Tapi kegilaan tu terbantut sekejap la bila dengar berita si Zarul ni dah nak kawin dengan gadis pilihannya si Ayu tu. Lepas kahwin, perasan populariti si Zarul ni dah slow dah.

Bila dengar dia nyanyi malam tu…memori zaman duduk asrama dulu datang kembali. Best waktu tu! Sebab masing-masing fikir umur waktu tu je. Hehehe… Jom layan!